tag:blogger.com,1999:blog-21391219.post6719061853682199195..comments2023-05-06T20:05:38.517+08:00Comments on Penantian Kelahiran Generasi Rabbani: Bab 16 Riyadus Solihin Jilid 1Syaima' Azurehttp://www.blogger.com/profile/11993449571552740483noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-21391219.post-20845880503260299372010-01-16T18:17:43.086+08:002010-01-16T18:17:43.086+08:00Masya Allah, semoga cerita di atas menambah kita b...Masya Allah, semoga cerita di atas menambah kita beriman dan dekat dengan Allah dengan menjalankan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. dan untuk menambah wawasan agar hati kita tambah sejuk dan tenang dalam menjalni hidup, maka saya mengajak kawan-kawan membaca buku "HIDUP ADALAH SEOLAH-OLAH karya ustadz abdul baits atau membaca renungan beliau di www.ponpes-alburuj.com. semoga bemanfaat.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-21391219.post-45572232495621834512009-03-02T16:42:00.000+08:002009-03-02T16:42:00.000+08:00Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah,Jazakillahu Khai...Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,Jazakillahu Khairan Kathira kerana post hadith-hadith dari Riadussolihin tentang kepentingan mengikut sunnah.

Cuma ada beberapa persoalan:

a) Ulasan kepada hadith-hadith ini diambil dari mana eg; buku, kitab, website etc. Kerana Riadussolihin hanya memuatkan hadith tanpa ulasan, dan banyak kitab-kitab lain yang ulas.

b) terdapat hadith yang tidak sahih di dalam artikel ini (Hadith ini bukan Imam Nawawi catat dalam Riadussolihin, akan tetapi ia adalah dari ulasan pengulas). Hadith ini masyhur tetapi tidak sahih:

sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
"Perselisihan ummatku adalah rahmat."

Sahabat saya di UIA ada menuliskan ringkasan ulasan ke atas hadith ini. Di sini saya pastekan:

Hadith ini adalah termasuk diantara hadith yang terkenal didalam bab menerima perbezaan pandangan didalah hukum fiqh sehingga Imam Ibn Hajib menyebutkan hadith ini didalam kitab al-Mukhtasar, perbahasan mengenai Qiyas tanpa menyebutkan sanad.Begitu juga al-Baihaqi menyebutkan hadith ini tanpa sanad.

Imam as-Sakhawi menyebutkan didalam kitab maqasid al-hasanah bahawa Kebanyakan ulama’ hadith menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu disebabkan tidak dijumpai sanad bagi hadith ini.Berikut adalah nukilan as-Sakhawi , Muhammad Tahir al-Fattani didalam al-maudhuat al-kubra dan al-albani didalam silsilah ad-dha’ifah daripada perkataan ulama’

1)Ishak al-musili dan Amru bin jahr al-Jahidz berkata :Andaikata perbezaan pendapat adalah rahmat , maka maksudnya persetujuan pula merupakan azab(oleh itu hadith ini tidak boleh diterima akal)

2)Al-Munawi menaqalkan bahawa as-Subki berkata :Hadith ini tidak dikenali dikalangan ulama’ hadith . Aku tidak menjumpai sanad yang sahih , daif bahkan yang palsu sekalipun untuk hadith ini.

3)Kata zakaria al-ansaari “Maksud hadith ini dibantah oleh ulama’ yang kritis”

Ibn hazm menyebutkan didalam kitab ah-Ihkam ti Usul al-Ahkam :Ini adalah diantara perkataan yang paling buruk.kerana jika perbezaaan adalah rahmat maka persepakatan pula merupakan azab.Maka ini adalah penipuan(keatas nama Rasulullah)

Imam al-Khattabi didalam kitab gharib al-hadith telah mempertahankan hadith ini dan menjawab kritikan terhadapnya tetapi as-sakhawi dan al-Fattani berpendapat bahawa tidak ada sesuatu yang dapat meningkatkan taraf hadith ini dari ucapan al-Khattabi.Al-Khattabi hanya sekadar menunjukkan seolah-olah dia mengetahui kewujudan sanad hadith ini tetapi tidak menunjukkannya.

Disebabkan hadith ini seringkali disebut maka Imam as-Suyuti pula berpandangan bahawa ada kemungkinan hadith ini disebutkan didalam beberapa kitab hadith yang tidak sampai kepada kita(al-Albani memetik ucapan as-Suyuti dari al-Jami’ as-Soghir).Tetapi kemungkinan yang disebutkan oleh as-Suyuti ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana beliau pernah menyebut “Pada zaman sekarang , (Didalam menerima hadith) kita bergantung kepada kitab yang telah tertulis.Segala yang tidak terdapat didalam kitab adalah tertolak”(abu al-laith memetik dari kitab tadrib ar-rawi).

Adapun hadith “perbezaan pendapat dikalangan Sahabatku adalah rahmah” diriwayatkan oleh beberapa muhadith seperti at-Tabrani , ad-dailami dan albaihaqi.Kebanyakan ulama’ seperti as-Sakhawi(Maqasid al-Hasanah) dan al-Iraqi(takhrij Ahadith Ihya’) menyatakan hadith ini terlalu lemah.Al-Albani(silsilah ad-Dhaifah) menyatakan hadith ini adalah palsu.

http://hafizdasar.com/?p=62Mohd Masri bin Mohd Ramlihttps://www.blogger.com/profile/04137884860599203128noreply@blogger.com