Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 20, 2008

Tinta Mujahadah

Sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatNya tanpa tulus di hatinya



ukhtifillah....... MARI KITA RENUNG BERSAMA...................

Allah jadikan diri kita sebaik-baik kejadian. Allah memberi kita terlalu banyak ni’mat dan kelebihan. Malah, Allah telah jadikan bumi ini untuk tunduk kepada manusia. Cuba kita bayangkan jika Allah perintahkan air yang turun ke bumi itu memilih orang-orang beriman sahaja menggunakannya bagaimanalah jadinya. Apabila orang yang tidak beriman kepada Allah menggunakan air, maka air akan bersuara “ Aku tidak mahu melayan dan memenuhi hajat engkau kerana engkau tidak beriman kepada Allah, engkau tidak boleh menggunakan aku kerana engkau melupakan Allah..” Bayangkan bumi yang kita pijak ini marah bila orang yang tidak beriman berpijak di atasnya “ Engkau tidak beriman, aku tidak redha kakimu berpijak padaku”. Dari situ kita dapat lihat bagaimana hebatnya kasih sayang Allah. Betapa Rahman dan Rahim Allah terhadap sekelian makhlukNya.

Kita sebagai manusia, di mana kita letakkan Allah di hati kita?? Berapa banyak kasih sayang kita kepada Allah jika benar kita cintakan Allah?? Oleh itu, apabila kita merenung alam, bertambahlah iman kita kepada Allah, betapa kita merasa kerdilnya kita di sisi Allah. Hanya Allah yang berkuasa terhadap alam ini. Macam mana kita nampak alam ini hebat sebegini dan macam mana kita nak kaitkan rasa hebat kita kepada Allah. Bagaimana kita hendak timbulkan dalam hati kita kehebatan ciptaan Allah, bagaimana kita gunakan akal kita untuk berfikir sehingga meresap rasa kehebatan itu dalam hati kita. Adakah kita melihat alam ni hanya untuk seronok-seronok sahaja?, adakah hanya melafazkan Subhanallah sahaja tanpa kita ambil pelajaran daripadanya? Tidak cukup hanya lafaz Subhanallah dan kita pun rasa tak puas dengan ucapan-ucapan tersebut apabila kita memerhatikan kehebatan-kehebatan yang Allah beri.

Cubalah tingkatkan keimanan kita kepada Allah dengan mengambil isi pelajaran yang dapat dicungkil dari isi alam. Wallahu ‘alam


p/s: emel dari seorang ukhti... Semoa Allah membalasinya dengan kebaikan yang banyak.Ameen

Sunday, August 17, 2008

Majulah Pejuang Rakyat

Bismillahi Walhamdulillah

Bersempena semangat pilihanraya ni, ada sedikit input ..taken from you tube. Bangkitlah Pejuang Rakyat!



Jangan salah faham pula ya... Saya bukan ahli PKS!!
Ambillah pengajaran walau sedikit darinya. mardhatillah faqat.


Friday, August 15, 2008

Sekejap je dia dah besar...

Bismillahi Walhamdulillah...

Subhanallah...gelagat anak ini benar-benar mengisi hati. Cabaran mengasuh kanak-kanak benar-benar menguji kesabaran dan keteguhan hati. Hatta sejauh mana pun kita berada, di menara CEO, atau menara Parlimen, pendidikan anak-anak ini tidak langsung dapat kita lepaskan jika kita adalah ummunya. Kata nak didik anak jadi mujahid? Takkan nak lepaskan anak pada pengasuh lain pula? kalao sekali-sekala kita mempunyai urusan penting, bolehla hantar sekejap...

huhu..sedang belajar..sedang belajar..

Friday, August 08, 2008

Promote Buku best

Bismillahi walhamdulillah




Assalamualaikum wbt

Buku ini merupakan the most favourite. Mengupas sirah nabawiyah dengan cara yang berbeza, dalam rangka pembentukan sebuah negara Islam. Menceitakan bermula dari awal phase Islam berkembang di Makkah. Bagus untuk dimiliki dan dibaca, insyaAllah. Membuka lebih luas ruang berfikir dan manhaj 'haraki' yang sebenar.

Apa yang dimaksud dengan Manhaj Haraki?

Manhaj Haraki ialah langkah-langkah terprogram (manhajiah) yang ditempuh Nabi SAW dalam gerakan dakwahnya sejak kenabiannya sampai pulang kepada Allah. Jika kita ingin agar gerakan Islam yang kita lakukan berjalan secara benar, kita harus memerhatikan tahapan-tahapan pergerakan Rasulullah SAW langkah demi langkah serta mengikuti langkah-langkah tersebut. Firman Allah,

"Sesungguhnya telah ada dalam (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat... (Al-Ahzab,33:21)

Tidak diragukan lagi bahawa mengikuti langkah-langkah dan tahapan dakwah ini adalah masalah ta'abbudi. Jika kita mengikutinya, kita akan sampai kepada mardhatillah (Redha Allah).

Selain itu, ia merupakan panduan bagi gerakan Islam dalam langkah politisnya untuk mencapai sasaran menegakkan pemerintahan Allah di muka bumi.

Kami meyakini bahawa manhaj haraki ini merupakan taujih Rabbani 'arahan ilahi'. Allah sahajalah yang menuntun NabiNya dalam seluruh langkahnya. Ia bukan sekadar reaksi spontan terhadap situasi yang menghadangnya.

Selanjutnya, dapatlah kami sebutkan beberapa periode manhaj ini serta karakteristik dari periode-periode tersebut secara berasingan, tanpa menyebutkan rincian topik-topik dalam sirah nabawiyah , kecuali hal-hal yang diperlukan.

Periode-periode manhaj ini ditentukan dalam lima periode yang kami istilahkan sebagai berikut:

  • Periode pertama : Sirriyatu ad-Dakwah dan Sirriyatu at-Tanzhim (Dakwah secara sembunyi-sembunyi dan merahsiakan struktur organisasi).
  • Periode kedua : Jahriyatu ad-Dakwah dan Sirriyatu at-Tanzhim (Dakwah secara terang-terangan dan merahsiakan struktur organisasi).
  • Periode ketiga : Iqamatu ad-Daulah (Mendirikan negara)
  • Periode keempat : ad-Daulah wa Tatsbiti Da'a'imiha (Negara dan Penguatan tiang-tiangnya).
  • Periode kelima : Intisyaru ad-Dakwah fi al-Ardhi (Penyebaran dakwah di muka bumi)- masuk jilid 2

Jika kita harus memerhatikan awal dan akhir setiap periode, dapatlah kami sebutkan sebagai berikut:

  1. Periode pertama dimulai dari Bi'tsah Nabawiyah (pengangkatan sebagai nabi) sampai dengan turunnya firman Allah "wa andzir 'asyiratakal Aqrabi" (asy-Syu'araa,42: 214)
  2. Periode kedua berakhir pada tahun kesepuluh kenabian.
  3. Periode ketiga berakhir pada awal tahun pertama hijrah.
  4. Periode keempat berakhir dengan Shulhul Hudaibiyah.
  5. Periode kelima berakhir dengan wafatnya Rasulullah SAW.

Tidak perlu dijelaskan bahawan akhir setiap periode adalah awal periode berikutnya.

p/s: 'kami' disini merujuk kepada penulis/penerbit buku.

Wallahua'laam

Thursday, August 07, 2008

Semangat Baru

Bismillahi walhamdulillah.

Astaghfirullahal Azhim… Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui diri ini…

Subhanallah, kini aku kembali ke profesi asal setelah satu sem meninggalkannya…menggilap peribadi Muslimah yang dirindui. (Ah, sungguh excited nak mengisi sampai terlupa bagi risalah!) Tidak aku akui, kadang-kala aku juga terpukul dengan kata-kata sendiri. Takut juga dosa-dosa lalu menjadi penghambat sampainya ilmu ke dalam hati mereka. Tapi aku cukup yakin, Allah yang memegang hati-hati mereka. Sepertimana Allah merubah peribadi para sahabat sebelum jahiliah kepada peribadi yang mantap selepas Islam. Semua itu atas keyakinan bahawa kalimah La ilaaha illallah adalah yang paling agung di muka bumi. Kalau tidak, masakan Rasulullah SAW para sahabat bermati-matian memperjuangkannya?

Terkenang aku pada satria aku di Sabah sana. Apalah khabarnya dia agakya… (Jangan salah faham ya. Dia abangku..) Teringat aku ketika aku pulang ke rumah sehari sebelum dia berangkat ke Sabah. Dia datang menejemputku di stesen KTM Seremban malam tu. Dengan kereta Gen2 sporty hitamnya, dia kelihatan sangat bergaya. Huhuh…abang aku ke nie? Tak mengapalah. Asalkan dia masih tahu menjaga batasnya sebagai seorang Muslim.

Sebagai seorang yang sedar akan kewajipan, tugas dakwah bukan untuk mad’u di kampus sahaja. Bahkan untuk keluarga lebih-lebih lagi perlu.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan…” (At-Tahrim,66:6)

Pada side satriaku ini pula, tiada yang mampu untuk aku lakukan selain berakhlak yang paling baik dengannya. Lama sudah meninggalkan sekolah agama, banyak yang dia dah ‘lupa’ agaknya. Peluang berada dalam kereta bersama dengannya tidak aku lepaskan begitu sahaja. Banyak perkara yang kami bincangkan, antaranya keadaan hidupnya sebagai seorang pegawai tentera TLDM, pengalamannya mengelilingi dunia dengan KD Tunas Samudera, dan ada juga aku tanyakan misi hidupnya. Dia pulak bawak keta macam formula 1!

“Angah tak teringin ke mati syahid?” aku sengaja bertanya soalan itu.

“Hmm, siapa taknak… “ Dia menjawab perlahan. Ek, macam tak ikhlas je!

Aku cuma tersenyum. Masih segar di ingatan ketika kami kecil2 dulu. Masa tu malam bulan Ramadhan, dia tingkatan 1 di SMKA P****. Aku dan adik2 lain duduk di buaian luar rumah lepas tarawikh, dengar ta’allim dia berkenaan malam Lailatul Qadr. Kami khusuk mendengar dia bercerita. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan bulan mengambang, terasa meremang bulu roma. Subhanallah, indahnya saat itu. Selepas daripada itu, aku dapat merasakan seronoknya tarawikh dan nak tambah lagi banyak2. Huhu…

Ah, Ramadhan…

Ya, pastinya Ramadhan kali ini berbeza. Sangat merinduinya…Dengan system baru yang ku terima, aku sangat mengharap ia sangat membawa erti kepada pengislahan diri dan dakwah. Yang penting, keikhlasan berada dalam saf dakwah. Refresh semula, apa tujuan sebenar? Adakah benar-benar telah mencapai Sibghah wal Inqilab? (Pencelupan dan perubahan total)

KESABARAN = usaha semaksima + seoptima mungkin!

Terkesima sebentar menonton trailer “Sang Murabbi, Mencari Spirit yang Hilang”. Tak perlulah sibuk-sibuk nak bezakan jemaah apa, jemaah apa… atau membahaskan jemaah apa-apa… Yang penting amal jamai’e untuk menghidupkan dan menyalakan obor Islam yang malap. Berdoalah untuk kejayaannya.Amin...

Wallahu a’laam bissowab.

 

Text