Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 25, 2009

When the Trainees said "Goodbye"

Bismillahi Walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, tamat sudah Latihan Industri selama 4 bulan di Premier Milk, PJ. Bererti tamat sudah keberadaan aku di bumi kL ini. Bumi yang banyak memberi pengalaman & kenangan yg amat bernilai. Perlu pulang ke 'kampung halaman' membuka lembaran baru untuk pentarbiyahan seterusnya, InsyaAllah. Jalan masih jauh...










Tiada kata mampu melafazkan betapa bersyukurnya diri ini diletakkan di sini. Namun, masih ada hati-hati batu yang begitu rabun dengan kekuasaanNya. Dan diri ini begitu kesal kerana gagal melembutkan hati-hati tersebut.


"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak dari hambaMu, ubun-ubunku (nasibku) ada di tanganMu. Telah berlalu hukumMu atasku, adil ketetapanMu atasku, aku mohon kepadaMu dengan perantara semua nama milikMu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan seseorang dari hambaMu, atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku, dan pengusir keluh-kesahku..
(HR Ahmad [1/391], disahihkan oleh Al-Albani dlm Kalim Ath-Thayyib no.124)


Balik, sambung buat kerja....!

Wassalam

Sunday, April 12, 2009

Al-Indibath...

Bismillahi walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt.

Sedikit perkongsian.
Sudah memuatkan barang dalam kereta, bersedia untuk men'start' enjin.Tiba-tiba...

"Yati, mana spare tyre yati?" Pak Din bertanya...
"Eh, ada kat blakang tula pak Din...kenapa?"
"Kenapa dah takda ni?"

Huh?..sudah... aku keluar dan melihat ke belakang kereta.... Astaghfirullah, innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..... Spare tyre yang sepatutnya tergantung di belakang kereta pacuan empat roda ini sudah tiada di tempatnya!!!

Nak ketawa pun ada. Bonet kereta kelihatan pelik tanpa tayar itu. Yang tinggal cuma skrunya sahaja. Astaghfirullahal azhim... Allah sedang menegurku.

"Nanti pak Din tanya pakguard. Macamana boleh hilang ni.." bapa saudaraku mula risau.
"Tak mengapalah Pak Din. Dah bukan rezeki. Nak buat macamana. Dah hilang pun.Kitorg gerak dululah Pak Din. Tima kasih ya.."
"ok, hati-hati jalan.."

Aku berlalu meninggalkan Setapak bersama pengalaman berharga. Ini adalah kesilapanku sendiri. Malam itu hujan lebat...aku terus meredah hujan lebat bersama barang-barangku untuk cepat-cepat masuk ke rumah Cik Mi, adik ibuku tanpa sedikitpun aku ingat untuk menyerahkan kepada Allah untuk menjaga hartaku yang sementara ini. Subhanallah, maha cepat musibah ini datang. Ini baru ujian harta....

Alhamdulillah walaupun begitu, Allah masih lagi beri aku kekuatan untuk berbakti kepada ahli keluargaku. Dalam kereta, aku berbual dengan sepupuku tentang banyak perkara. Aku menghantarkannya pulang ke KUIS. Kisah lama waktu kami 'muda2' dahulu menjengah minda. Beraya bersama-sama, kenakalan adik2 lelaki, etc..etc.. sehingga aku menyentuh tentang satu perkara yang dirasa amat seronok dibualkan..

Perkara apa? Tak perlulah cerita. Ini rahsia kami.. =)

Aktivis dakwah... nama ini cukup sinonim dengan kehidupan aku dan sahabat seperjuanganku yang lain.

Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik..." (Yusuf,12 :208)

Indibath(disiplin) luar biasa seorang aktivis dakwah menjadikan dakwah itu mekar subur di jiwanya sehingga sampai satu tahap dakwah itu sudah sebati dalam hati dan hidupnya. Dia tidak lagi menghiraukan keterbatasan dirinya apalagi sekatan luaran yang ditimpakan pada dirinya. Padanya dakwah kepada Allah itu menjadi satu kemanisan yang tiada nilaiannya di sisi Allah. Sebenarnya itu satu nikmat daripada Allah yang Allah berikan pada hamba-hamba pilihanNya, dan juga pada orang yang benar-benar mencintai jalan para rasulNya...

Aku melihat di sekelilingku orang2 yang benar-benar menginfaqkan dirinya di jalan Allah. Yang tiada wang, berusaha berbisnes walau dgn kecil-kecilan untuk diinfaqkan ke jalan dakwah. Yang sakit juga, sanggup meredah embun malam untuk menghadiri majlis2 ilmu. Pada sang isteri, sanggup bangun 3-4 pagi untuk menyiapkan keperluan keluarga sebelum berangkat berjihad di jalan Allah. Pada yang bekerja, sanggup menggadaikan hujung minggu untuk menyampaikan ilmu2 Allah. Pada si bujang pula, toksah ceritalah... tiap detik saat memikirkan bagaimana mahu buat perbaikan pada sang mutarabbi yang dahagakan kasih sayang dan ilmu dari sang murabbi... Subhanallah...subhanallah...subhanallah...

Namun, aku ingin menegaskan, tiada apa yang sempurna di dunia ini. Aku juga ingin menegaskan sebagai seorang yang cinta pada jalan dakwah yang pernah di tempuh oleh Rasulullah SAW dan para sahabat ini, setiap ketidaksempurnaan itu perlulah ditampali dengan perbaikan. Jika kurang pada ilmunya, maka kewajipan setiap aktivis untuk pergi keluar mendapatkan ilmu tambahan. Jika kurang kefahaman dakwahnya, maka setiap aktivis perlu banyak lagi menggiatkan diri dalam program-program dakwah. Jika kurang ketaatannya, maka setiap jundi harus merasa menjadi murabbi... rasakan bagaimana bila mutarabbi sendiri kurang komitmen dalam menaati perintah Allah, kurang sabar dalam menjunjung sunnah Rasulullah SAW.

Aku merasa kurang selesa bila melihat satu persatu sahabat seperjuangan gugur 'syahid' di pertengahan jalan sebelum sempat merasai nikmat sebenar berada di medan juang.

Katanya, "letihla, ukhti"....
Katanya, "ana dah tak sanggup, ukhti"....
Katanya, "ini bukan apa yang ana cari, ukhti"...
Katanya, "Ana nak fokus study"....
Katanya, "Ana sibuk"...

Subhanallah.... keletihan apakah yang lebih manis daripada berdakwah? Kesanggupan apakah yang lebih mahal harganya daripada dakwah? Pencarian apakah yang lebih besar maknanya daripada dakwah? Kesibukan apakah yang lebih indah daripada berdakwah?....

Akhwati fillah,
Soroti kisah perjuangan para sahabat yang rela berkorban demi Islam. Bagaimana Mus'ab bin Umair sanggup meninggalkan kebangsawanannya demi menaati perintah Allah dan berada di samping Rasulullah SAW? Dia semasa jahiliyyahnya sangat kaya, tetapi semasa syahidnya dia di medan Uhud, kain yang menyelimutinya tidak cukup, bahkan ditutupi pula kakinya dengan daun-daun kering... Subhanallah...

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, salah seorang drpd 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Saat kesyahidannya sangat mengharukan. Bahkan khalifah Umar menitiskan air mata melihat pengorbanannya sebagai seorang pemimpin. Penyakit taun yang melanda kawasannya tidak menyebabkan dia berganjak sedikitpun daripada anak-anak buahnya. Bahkan diterbangkan semula surat arahan dari sang khalifah supaya pulang dengan jawapan 'TIDAK'. Itulah kali pertama dan kali terakhirnya dia menjadi jundi yang tidak taat... Subhanallah....

Tidak dilupakan syahidah pertama, Sumayyah yang tidak ragu dan tidak takut mempertahankan aqidahnya walaupun tahu nyawanya pasti berakhir jika berdegil. Tapi dia masih memilih berada di sisi Allah. Tiada kemanisan yang lebih nikmat daripada kesyahidan itu. Subhanallah....

Tak tercoret di sini bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat bermati-matian berjuang menegakkan agama Allah untuk diteruskan kepada generasi seterusnya...kepada kita... Tapi kita di sini pula masih sibuk memikirkan kuasa, harta dan pangkat. Sibuk memikirkan kesilapan orang lain dalam membawa dakwah Rasulullah SAW, sibuk mengatakan ukhti itu...ukhti ini... murabbiyah ni tak bagus.... Astaghfirullah. Bagaimana dengan diri kamu?

Sudah penuhkah ketaatan kamu pada Allah? Sudahkah kamu merasa segala keperitan yang pernah dialami Rasulullah SAW dan para sahabat? Sudahkah kamu berusaha menjadi jundi yang baik? Sudah terpenuhikah hak2 manusia lain atas diri kamu? Sudahkah kamu berbuat baik kepada orang tuamu?

Rupanya banyak lagi tak terpenuhi.. sama-sama kita menjadi ummat terbaik.

"Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah... " (Ali-Imran,3 :110)

"Barangsiapa yang mempunyai niat untuk mati syahid, maka Allah akan kumpulkan dia bersama-sama dengan para syuhada (di akhirat) walaupun dia mati di atas tempat tidurnya" (HR Tarmidzi, Ibn Majah, Abu Daud)

Astaghfirullahal Azhim... Asif katsir
Moga Allah ampuni segala dosa2ku & juga kalian...
Ameen...
Barakallahu fiekum
Wassalam

Sunday, April 05, 2009

TEKNIK MENGHAFAZ EFEKTIF

Alhamdulillah, kali ni dipaparkan input yang diterima dari D. Hafazan oleh seorang ustaz lulusan sebuah universiti di Yaman. Untuk tatapan akhwati wa ikhwati. Moga bermanfaat...

TEKNIK MENGHAFAZ EFEKTIF

1) Tentukan bilangan ayat yang ingin dihafal
2) Membetulkan bacaan dari aspek makhraj, hukum, mad, dan waqaf
3) Ayat2 yang hendak dihafaz itu hendaklah diperdengar kepada orang yang lebih mahir
4) Melancarkan bacaan seluruh ayat2 yang hendak dihafaz terlebih dahulu.
5) Lancarkan bacaan dgn nada dan intonasi yang menarik
6) Mula menghafaz dgn membaca secara melihat Al-Qur'an ayat pertama berulang kali
7) Mula membaca ayat 1 tanpa melihat ayat AQ dan dibaca berulang kali sehingga yakin kemantapannya
8) Mula menghafaz ayat kedua spt proses menghafaz ayat pertama
9) Jgn sesekali menghafaz ayat AQ selagi bacaan x diperbetulkan
10) Guna mushaf (AQ) yang sama
11) Beri tumpuan, jaga mata, jgn berbual-bual semasa menghafaz ayat2 baru
12) Elakkan daripada sebarang gangguan semasa menghafaz (jgn tension, jgn tgk makna ayat)
13) Jgn ganggu teman anda yg sedang bersusah payah mengingati ayat AQ
14) Lakukan sedikit gerakan badan atau membasuh muka sekiranya mengantuk
15) Ingat kedudukan ayat dlm muka surat itu, di atas, di tgh atau di bawah
16) Pastikan ayat2 yang ada persamaaniaitu 'ayat mutasyabihaat', apa perbezaan dan persamaan antaranya.
17) Selepas menghafaz ayat2 g ditentukan tadi, tasmi' hafalan kpd teman anda terlebih dahulu
18) Selepas itu, lancarkan kembali hafazan dan barulah diperdengar kepada guru anda
19) Hendaklah saling bantu membantu
20) Pilih waktu yg berharga untuk menghafaz ayat sebelum, selepas Subuh dan selepas Mghrib
21) Pilih tempat yg sesuai y xda gangguan
22) Hafal semasa muda spt mengukir di atas batu. Jgn sia-siakan tempoh ini. Hargai setiap minit dan masa yang anda miliki.

Alhamdulillah, sangat puas dengan input dan pengalaman yang dikongsi oleh ustaz sepanjang pengalaman beliau menjaga seorang Al-Hafiz. Dia juga ada bercerita mengenai seorang anak muridnya yang berjaya khatam menghafaz Al-Quran dlm masa 4 bulan sahaja. Subhanallah... katanya, muridnya itu memang cerdas otaknya. Tipsnya, dia menjaga pandangannya, menjaga makanannya, dan sudah pasti ibunya sangat 'menjaganya'.. subhanallah, di rumahnya tiada TV, tiada radio. Subhanallah..subhanallah...

InsyaAllah, mulailah pasang azam dan niat baru untuk menjadi Al-Hafizah pula lepas ni. InsyaAllah...

Wallahu a'laam
Wassalam.

Monday, March 30, 2009

Sabar Dalam Tahap Membangun Dasar La Ilaha ill-Allah

Ketika Nabi shollallahu ’alaih wa sallam dan para sahabat berda’wah di Mekkah sebelum hijrah ke Madinah, mereka memfokuskan da’wah Islam kepada urusan membangun dasar kukuh berupa aqidah yang bersumber dari kalimat La ilaha ill-Allah. Mereka tidak bergeser dari tema fundamental ini karena mereka menyedari bahwa untuk mengubah masyarakat jahiliyyah tidak mungkin dilakukan kecuali dengan membongkar dari dasar kepercayaan, ideologi dan konsepsi masyarakat tersebut. Segenap kerusakan moral, ketimpangan sosial-ekonomi, impotensi kepemimpinan dan kezaliman sistem politik serta hukum bersumber dari ketidak-jelasan ideologi, kepercayaan dan konsepsi yang dimiliki masyarakat jahiliyyah. Sehingga percuma saja dilakukan upaya perbaikan bila dilakukan dengan semangat dan metode tampal-sulam. Diperlukan suatu langkah perombakan mendasar sebelum dilakukan upaya perbaikan pada dimensi moral, sosial-ekonomi, kepemimpinan, politik dan hukum yang berlaku. Oleh sebab itu Nabi shollallahu ’alaih wa sallam dengan tekun dan sabar menyerukan da’wah yang menitikberatkan pada pelurusan kepercayaan, ideologi dan konsepsi. Sebagaimana para Nabi dan Rasul lainnya beliau menyerukan pesan universal dan abadi yaitu:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu". (QS An-Nahl ayat 36)



Tidak ada seorang Nabi maupun Rasul kecuali mengajak umatnya masing-masing untuk memerdekakan diri dari penghambaan manusia kepada sesama manusia (yaitu Thaghut) untuk hanya menghambakan diri kepada Allah semata. Sembahlah Allah semata dan jauhilah Thaghut...! Dan sepanjang sejarah bilamana wujud suatu masyarakat jahiliyyah niscaya suburlah kehadiran aneka thaghut di dalam masyarakat tersebut. Sebaliknya bilamana berdiri suatu masyarakat berlandaskan kepercayaan, ideologi dan konsepsi aqidah Tauhid La ilaha ill-Allah, maka bersihlah masyarakat itu dari eksistensi thaghut. Seluruh masyarakat menyembah dan mengesakan Allah secara komprehensif, baik dalam aspek peribadatan, mu’amalat, hukum dan perundang-undangan maupun kepemimpinan. Berjalanlah masyarakat tersebut sarat dengan perlombaan dalam kebaikan menjunjung tinggi nilai-nilai dan hukum Rabbani. Tidak ada yang dipatuhi dan diberikan loyaliti pada prioriti pertama dan utama selain Allah Subhaanahu wa Ta’aala.

Selama mayoritas warga di dalam masyarakat masih tenggelam dalam kejahiliyyahan maka Nabi shollallahu ’alaih wa sallam terus menganjurkan seruan kalimat La Ilaha ill-Allah. Sebab inti kejahiliyyahan terletak pada kepercayaan, ideologi dan konsepsi yang mengakui dan menerima penghambaan manusia kepada sesama manusia, mematuhi para pemimpin yang tidak menjadikan Allah semata sebagai sumber utama pengabdian, loyalitas dan kepatuhan, baik dalam urusan ritual-peribadatan, nilai-nilai moral maupun sistem hukum dan perundang-undangan. Artinya, tidak mungkin sesaatpun Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memandang urusan pembenahan kepercayaan, ideologi dan konsepsi masyarakat menjadi perkara usang alias out of date apalagi jadul (urusan jaman dulu) sebelum tampak perbaikan hal ini pada mayoritas masyarakat yang menjadi sasaran da’wah beliau.

Tetapi risiko menempuh jalan menyerukan kalimat La Ilaha ill-Allah di dalam suatu masyarakat jahiliyyah ialah menghadapi reaksi keras penentangan. Inilah yang dialami oleh Nabi shollallahu ’alaih wa sallam dan para sahabat. Dan ini pulalah yang akan dialami oleh siapapun yang konsisten menyerukan hal serupa di negeri manapun di zaman bilapun. Sehingga bila tidak cukup sabar menempuhnya pastilah akan tergoda untuk mencari jalan lain yang kiranya dapat mendatangkan risiko yang lebih ringan bahkan diyakini dapat mendatangkan jalan pintas meraih kemenangan da’wah. Sahabatpun sempat mengalami kondisi seperti itu. Di antaranya apa yang tergambar dalam hadits berikut:

عَنْ خَبَّابِ بْنِ الْأَرَتِّ قَالَ شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الْكَعْبَةِ قُلْنَا لَهُ أَلَا تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلَا تَدْعُو اللَّهَ لَنَا قَالَ كَانَ الرَّجُلُ فِيمَنْ قَبْلَكُمْ يُحْفَرُ لَهُ فِي الْأَرْضِ فَيُجْعَلُ فِيهِ فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُشَقُّ بِاثْنَتَيْنِ وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيدِ مَا دُونَ لَحْمِهِ مِنْ عَظْمٍ أَوْ عَصَبٍ وَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ وَاللَّهِ لَيُتِمَّنَّ هَذَا الْأَمْرَ حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لَا يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ أَوْ الذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ

Dari Khabab bin Al-Arat ia berkata: ”Kami mengeluh di hadapan Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam saat beliau sedang bersandar di Ka’bah. Kami berkata kepadanya: ”Apakah engkau tidak memohonkan pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?” Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam kemudian bersabda: ”Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan kepalanya dibelah menjadi dua namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Dan disisir dengan sisir besi sehingga terkelupaslah daging dan kulitnya sehingga tampaklah tulangnya namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini akan disempurnakanNya sehingga seorang penunggang kuda akan berkelana dari San’aa ke Hadramaut tidak takut apapun selain Allah atau srigala menerkam dombanya, akan tetapi kalian tergesa-gesa!” (HR Bukhary 3343)

Khabab merupakan salah seorang sahabat yang mendapat penyiksaan luar biasa dari kaum musyrikin semenjak ia masuk Islam. Ia datang kepada Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengeluhkan nasib para sahabat yang mengalami hal serupa dengan dirinya. Ia hanya memohon Nabi shollallahu ’alaih wa sallam agar mendoakan para sahabat tersebut, agar Nabi shollallahu ’alaih wa sallam memohon pertolongan Allah bagi mereka. Ia tidak sampai mengusulkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam agar merubah strategi berjuangnya. Ia tidak sedang menyatakan protesnya terhadap jalan penuh risiko karena menyerukan kalimat La Ilaha ill-Allah. Ia hanya memohon Nabi shollallahu ’alaih wa sallam agar mendoakan para sahabat agar mendapat pertolongan Allah.

Namun demikian, keluhan Khabab telah dibalas dengan jawaban tegas Nabi shollallahu ’alaih wa sallam. Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengingatkan Khabab akan tabiat jalan da’wah yang telah ditempuh orang-orang beriman sepanjang masa. Ini bukanlah jalan melewati taman-taman bunga. Ini bukan jalan bagi mereka yang sengaja melalui jalan da’wah agar menghasilkan berbagai kemudahan dan kesenangan duniawi. Ini bukan jalan bagi mereka yang ingin segera memperoleh kemenangan da’wah dengan meninggalkan seruan asli da’wah Islam iaitu proklamasi umum pembebasan manusia dari penghambaan kepada sesama manusia menjadi penghambaan manusia kepada Allah semata. Ini bukan jalan bagi mereka yang demi kekuasaan rela mengaburkan seruan La Ilaha ill-Allah menjadi seruan lain, seperti Nasionalisme atau Sosialisme atau bahkan Moralisme.

*******

Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami di atas jalanMu. Karuniakanlah sabar sejati di dalam diri kami. Peliharalah istiqomah kami dalam proyek pembangunan Tauhid di dalam diri, keluarga dan masyarakat kami.

Source: www.eramuslim.com


Saturday, March 21, 2009

Kiriman: Da'ie dan Movie?

Posted by ustaz_paksi on 2008/12/10 8:04:53 (165 reads) 

Excerpt from: www.paksi.net

Nak dijadikan cerita, ada seorang sahabat datang mengadu dimarahi teruk ayah gara-gara kerja men'delete' movie dan series ayahnya secara tidak sengaja. Banyak gigabyte juga yang hilang. 300GB komputer, penuh dengan movie, series, anime dan lain-lain. Belum ditambah lagi yang telah di'burn' ke dalam DVD yang bertimbun.



"Bodoh!! aku download berminggu-minggu!! Kurang ajar punya budak!! kata-kata pedas dari ayahnya yang keras kepala.

Perkara ini kelihatan wajar jika ayahnya hanya orang biasa yang tidak pernah ditarbiyyah ataupun yang telah islam sejak lahir tapi tidak komitted mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ayahnya merupakan mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam.

Adakah kita merasa pelik? atau sikap kita biasa-biasa saja. Saya tertarik dengan status mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam yang dimiliki ayahnya. Dah nama pun jemaah islam, mestilah mengaku dirinya berdakwah. Buat itu, buat ini yang saya percaya semuanya hanya lebih kepada kerja-kerja pengurusan. Sikap-sikap seperti ini kalau dianalisa pasti kita akan lihat satu kesamaan antara pelaku-pelakunya.. Bagi saya, ayahnya itu tak ubah seperti Raja Namrud yang membakar Nabi Ibrahim kerana menghancurkan berhala-berhala milik Raja Namrud.

Fokus saya di sini adalah movie yang jelas-jelas haram, yang mempamerkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat (ada ke movie barat yang wanita tutup aurat? yang tak tutup pun pakaian tidak sopan) lebih-lebih lagi yang menontonnya adalah seorang yang mengaku da'ie? Saya percaya ayahnya akan menonton secara istiqamah kerana size 300gb itu bukan sekejap untuk khatam.

Mari kita kaji perilaku ayah dia ini. Siapa yang pernah mengalami, tahu-tahu sendiri lah ya. Ayahnya dah tentu bekerja. Kebiasaannya jam 8 pagi hingga 5 petang. Ayahnya juga seorang manager. Selalu balik malam.. Pada pendapat saya, dia tidak akan menonton berhala-berhala yang didownload di pejabat. Jadi, masanya di rumah pasti dia akan gunakan sebaiknya.

Bermula dari sampai di rumah, terus on computer, menonton berhala kesayangan sehingga larut malam sampaikan terpaksa menunda solat isya' ke saat-saat akhir dek kerana tertidur sewaktu menonton berhalanya. Secara tidak langsung, masanya ditiadakan untuk anak-anak. Dia tidak kisah akan anak-anak, lalu anak-anak tidak akan kisah akan bapanya.

Kenapa saya sebut berhala? Kerana berhala ini sesuatu yang kita sembah, yang amat kita cintai dan sedia mengorbankan segalanya kerana berhala ini. Jadi tidak salah jika saya sebut berhala, kerana dia sanggup mengorbankan pandangan orang lain terhadap dia, mengorbankan anak-anak, mengorbankan masa dan sebagainya.

Kalau yang tadi, bapaknya. Sekarang kita cermin diri sendiri, lihat di sekitar kita. Kita bisa lihat bagaimana menonton movie dan series ini seperti menjadi satu kebiasaan bagi kita. Dari yang aktif berdakwah sehingga la yang duduk termenung goyang kaki. Yang dah sibuk bertambah tiada masa, yang menang banyak senggang masa terus takda masa.

Saya tahu diluar sana masih ramai lagi para da'ie yang mengambil enteng akan hal ini. Ada yang nonton Naruto, Bleach, dan lain lagi. Sehingga tahu episod berikut bila bisa di download. Bisa cerita dari mula hingga episod semasa. Untuk berehat? Di manakah tahajud yang menjadi rehat dari dunia yang melelahkan? Apakah rehat seorang da'ie itu dengan memuskan hawa nafsu?

"Akhi, anta dah tengok Quantum of Solace?"

Wah, sekali imbas lunak dan sopan sungguh pertanyaannya. Tapi ramai juga da'ie-da'ie moden ini yang menjawab "masih belum". Apa ini?

Saya ingin berkongsi beberapa sebab yang menjadikan mereka ini tengok movie keluaran terbaru. "Nak catch up supaya tidak ketinggalan bersama mad'u". Waduh-waduh, dahlah murobbinya pun tengok movie berlumba pulak dengan mutarobbi. Nanti bolehlah ikhwah wujudkan satu pawagam untuk ikhwah akhwat (asing ye) sebab semua dah ditarbiyyah tengok movie. Apakah tidak cukup dengan hanya membaca preview atau story plot saja? atau kita lebih rela menghabiskan masa dan menggadaikan keimanan kita dengan melihat aurat wanita?

"Banyak pengajaran yang boleh diambil". Apa lagi yang kalian perlu selain Al-Quran dan Hadith? Sirah para sahabat? Bahan bacaan yang bermanfaat? Dokumentari yang ilmiah? Kenapa mesti movie tayangan perdana? atau movie top ten? Jauh di sudut hati "Rasa best bila tengok movie, enjoy, releks," rasa-rasa hawa nafsu.

Wahai para da'ie, ketahuilah akan bahaya ini dosa kecil ini. Ia seharusnya menjadi takutan umat yang mengaku da'ie ini melainkan jika dia hanya mengaku da'ie tapi tidak bekerja sebagai da'ie. Atau lebih dikenali sebagai da'ie olok-olok. Saya tidak tahu jika masih ada di antara kita yang terus beralasan untuk membenarkan perkara lagho dan bisa menambah dosa ini.

Bermula dengan melihat movie secara kecil-kecilan, bintik-bintik hitam akan mula menutupi hati sehingga membekas seperti marker permanent lalu cahaya ilahi akan sukar masuk ke dalamnya dan hasutan iblis mudah mendekati dan menempel.

Lalu timbul pula dosa-dosa lain yang lebih berat. Tinggal solat, mudah marah (orang yang pentingkan diri akan mudah marah, dan tanda orang yang pentingkan diri adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu) dan seterusnya.

Wahai da'ie diluar sana!
Kalian kata kalian berdakwah. Tapi kalau perkara seperti ini tidak dapat kalian pelihara, lupakan saja medanmu kerana hati-hati kalian telah dikotori.

*Penonton movie yang saya gambarkan adalah yang menonton kebanyakan movie. Semua nak tengok. Saya juga menonton movie, Children of Heaven, Paradise Now dll yang boleh dikira dengan jari. Yang peliknya yang berjaya penuhkan hard-disc dengan movie dan series. Takkan simpan saja? mestilah tengok?
 

Text