Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, June 18, 2009

Satu Pertanyaan Dari Hati Yang Resah

Bismillahi walhamdulillah..
Assalamualaikum wbt.

Di antara cabaran menjadi seorang murobbi ialah bagaimana untuk menjawab dengan baik apabila mendapat soalan yang pelik2 drpd mutarabbinya. Lebih mencabar apabila murobbi tersebut tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang sesuatu perkara tersebut.

Huh... the same goes with me. Aku membuat sedikit study apabila seorang adik bertanya soalan yang pelik (bukanlah pelik, tapi tak pandai nak jawab yang terbaik..) Maka hasil carian ilmu, aku bertemu sesuatu yang menarik dan ingin berkongsi.

Selamat membaca...

______________________________________________


Maafkan saya saudara,

kiranya pertanyaan ini berada di tempat yang salah, saya seorang lelaki islam yang jahil. Jiwa saya sejak akhir-akhir ini begitu resah dan gelisah. soalan saya

1. Kenapa masa kita berada dalam kejahilan rezeki kita banyak dan ketika kita cuba hampir kepadaNya kita tidak mempunyai apa-apa.
2.Setiap kali sujud akhir dalam smbyh kenapa dosa masa silam terbayang kembali.
3.Masih adakah keampunan dariNya walaupun kita pernah berlaku Syirik terhadap Allah. 4.Adakah ada insan memang ditakdirkan hidupnya didunian ini sia-sia saja, tidak memiliki apa-apa kecuali dirinya dan tuhanya serta disisih oleh semua manusia.
5.Kenapa dalam mencari sinar tuhan, perjalanannya penuh dengan ranjau dan duri sehingga kita merasa kecewa dengan dunia, masyarakat dan Tuhan. Maafkan saya jika pertanyaan ini lucu buat saudara disini delete aje post ini jika soalan saya ini tidak bernilai untuk dijawab.


Jawapan:

Kepada saudara yang bertanya, ianya bukanlah satu soalan yang lucu tapi saya rasakan ianya suatu pertanyaan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas…

Katahuilah wahai saudaraku Allah s.w.t. itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allah s.w.t. mendengar setiap permisalam...ntaan hamba-hambaNya, dan Allah amat suka kepada hamba-hambaNya yang meminta kepadaNya. Pohonlah kepadaNya, mengadulah kepadaNya, anda perlu meyakini bahawa doa anda diterima olehNya.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah berfirman, Berdoalah kepada Ku, Aku akan perkenankan untukmu. (Surah al-Mukmin: 60)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
Maksudnya: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (katakanlah) bahawasanya Aku ini sangat dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu (Surah al-Baqarah: 186)

Kewajipan kita di dalam berdoa mestilah Husnu al-Zhan (bersangka baik) terhadap Allah s.w.t. bahawa Allah akan menerimanya.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً. Maksudnya: “Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.” (Al-Bukhari)

Hayatilah firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi dari sahabat , Abu Zar al-Ghifari r.a.:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَ تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتُهُ فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلاًّ مَنْ كَسَوْتُهُ فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ، Daripada Nabi s.a.w. baginda meriwayatkan daripada Allah Tabaraka wa Ta’ala bahawa Allah berfirman: Wahai Hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku, dan Aku mengharamkannya diantara kamu maka janganlah kamu berlaku zalim, Wahai hamba-Ku, Kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali sesiapa yang aku berikan hidayah kepadanya makan pohonlah hidayah kepada-Ku nescaya Aku akan memberikan kamu hidayah, Wahai hamba-Ku, Kamu semua dalam keadaan lapar kecuali sesiapa yang aku berikan makan kepadanya, maka pohonlah kepada-Ku makanan nescaya Aku akan memberikan kamu makanan, Wahai hamba-Ku, Kamu semua tidak berpakaian kecuali sesiapa yang Aku berikan kepadanya pakaian maka pohonlah kepada-Ku pakaian nescaya aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-Ku sesungguhnya kamu melakukan kesalahan di waktu malam dan siang, dan Aku menghapuskan dosa kesemuanya maka pohonlah keampunan kepada-Ku, nescaya Aku ampunkan Kamu.

Di dalam hadis yang sama Allah berfirman lagi:

يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ
فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي
Maksudnya: Wahai hamba-hamba-Ku, Kiranya semua manusia yang terdahulu dan terkemudian daripada kamu dari kalangan manusia dan jin berada di satu tempat, mereka meminta kepada-Ku, lalu Aku berikan setiap orang akan permintaannya, Yang demikian itu tidaklah mengurangkan sedikitpun apa yang ada disisi-Ku.
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim: 2577)

Manusia itu akan diuji oleh Allah s.w.t. dan semakin hampir seorang hamba itu kepada Tuhannya semakin diuji. Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Baqarah: 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ.
Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Maka orang yang paling kuat ujian yang ditempuhinya ialah Para Nabi kemudian orang-orang yang soleh dan seterusnya.

Nabi bersabda:
أشد الناس بلاء الأنبياء ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى الرجل على حسب ( وفي رواية :قدر) دينه، فإن كان دينه صلبا اشتد بلاؤه وإن كان في دينه رقة ابتلي على حسب دينه.
Maksudnya: Orang yang paling kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian seterusnya dan seterusnya, diuji seorang itu mengikut kadar agamanya, kalau kuat agamanya maka kuatlah ujiannya, sekiranya agamanya nipis akan diuji mengikut kadarnya. (al-Tirmizi, Ibn Majah, silsilah al-Sohihah 1/225)

Di dalam hadis yang lain, Nabi bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء، ثم الصالحون، إن كان أحدهم ليبتلى بالفقر، حتى ما يجد أحدهم إلا العباءة التي يحويها.
Manusia yang kuat ujiannya ialah para Nabi kemudian orang-orang soleh, seorang itu diuji dengan kefakiran sehingga tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya Aba’ah (jubah yang dipakai diluar) yang ada padanya

Seseorang yang telah melakukan dosa di masa silamnya setelah dia bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat Allah akan mengampuninya. Taubat yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah, dan berjanji tidak akan mengulanginya, serta dia perlu memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan. Khabar gembira kepada anda bahawasanya ketika sujud itulah saat ketika anda berada sangat-sangat hampir kepadaNya, doa anda akan dimaqbulkan oleh Allah Allah s.w.t. Maha Pengampun dan Penyayang..sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat daripada perbuatan Syiriknya dan kembali kepangkuan Tuhannya, Allah s.w.t. akan mengampunkannya Allah s.w.t. menciptakan semua makhlukNya ini bukanlah sia-sia.

Allah s.w.t. berfirman

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُونَ
Yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakanmu sia-sia atau main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Setiap yang diciptakan mempunyai tujuan, manusia umpamanya diciptakan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya…

Janganlah kita berputus asa dalam mencari rahmat Allah s.w.t. walaupun di dalam perjalanan tersebut kita menempuhi pelbagai ranjau yang berduri..seperti yang disebutkan sebelum ini Allah pasti akan menguji hamba-hambaNya yang hampir kepadaNya Allah berfirman di dalam surah al-ankabut ayat 2 yang bermaksud apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan :kami beriman, sedangkan mereka belum diuji lagi… Wallahu a’lam

source: www.al-ahkam.net

Saturday, June 06, 2009

Jelajah Minda

Bismillahi walhamdulillah


Jauh sudah menjelajah. Dari celah bangunan tinggi KLCC hinggala ke ceruk kampong ‘native’ sana. Subhanallah, rupanya disebalik keperitan manusia menempuh kehidupan, Allah seringkali memberiku kesempatan untuk melihat dan merasai sendiri kebesaranNya. Namun seringkali juga diri ini lupa. Lupa dengan segala nikmat yang telah dukurniakan. Astaghfirullahal ‘azhim..
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim(14) :7)

Cuti-cuti ni, biasalah, ramai yang naik pelamin. Kini aku di rumak pakcik sebelah ibu di Johor. Kakak sepupuku yang paling rapat, Kak Jaja telah pun selamat dinikahkan petang tadi. Alhamdulillah. Terlihat senyuman manisnya sepanjang hari membuatkan hatiku turut berbunga, Mana taknya, inilah dia insan yang banyak berkongsi suka duka bersamaku waktu kecil-kecil dahulu. Tawanya, tawaku jua. Tangisku tangisnya jua, walaupun kami jarang bertemu. Doaku buatmu kakakku, semoga sentiasa berbahagia selalu di bawah lindungan dan rahmat Allah, amen.

Entah apa cerita ukhti Aini di Terengganu. Akhawat kental ini juga selamat dinikahkan jumaat lalu. Namun sayang, family priority tidak membernarkan aku bertandang ke rumahnya. Namun, aku yakin, janji Allah itu pasti buat hamba-hambaNya yang bertaqwa. Aku kenal suaminya. Ikhwah yang banyak berkorban harta demi dakwah. Namun bukan harta menjadi ukuran. Rupa paras jauh sekali. Iman dan taqwa yang dibaja sejak awal, pernikahan yang barakah yang tidak pernah secebis pun dikotori dengan maksiat2 hati sebelum bernikah… Subhanallah… Moga kalian dikurniakan Allah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.

Lucu pula diri bila asyik ditanya, “Kamu bila pula?”. Heheh, bukan sekali, dah berpuluh kali (beratus agaknya) soalan ditanya oleh orang yang berbeza ragamnya. Jawapanku simple je. “Kalau ditaqdirkan Allah ia datang, datanglah ia, insyaAllah. Jangan risau. Doakan saja”… (Tersenyum)

Di sekelilingku penuh dengan keluarga yang baru nak dibina. Anak-anak kecil 2-3 orang. Aku senang melihat mereka. Suci dari dosa. Ahli fitrah. Namun aku kurang senang melihat cara anak-anak itu dilayan dan diasuh oleh ibu bapa mereka. Silap sikit, ditegur dengan nada agak keras (sakit telinga aku). Mahu memperbaiki kesilapan anak itu dengan ancaman. Bahkan ibu dan ayah sama saja perangainya, dua-dua memberikan arahan. Padahal anak itu masih kecil, perlukan didikan sebaiknya. Seeloknya jika ayah memarahi, ibu menjadi pelembut/ tempat anak mengadu, atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka mencerahkan kembali perasaan yang keruh. Jika perasaan buruk dalam diri anak-anak itu berlarutan, ia akan merangsang pertumbuhan emosi yang tidak baik untuk kanak-kanak, bahkan mungkin akan menyebabkan kemurungan.

Anak-anak ini adalah amanah Allah. Maka kita sebagai ibu bapa (walaupun aku belum menjadi seorang ibu) harus sedar tanggungjawab yang dipikul. Bukan hanya tahu melahirkan. Didik anak-anak dengan sabar dan penuh kasih saying. Sebab kesabaran mendidik anak itu adalah suatu perasaan yang mahal, tak ramai orang memilikinya. Maka, hasilnya juga sangat mahal. Anak soleh yang berbakti untuk agama. Mana nak cari????!!!

Cuti ini memang penuh dengan pengalaman baru. Hasil program-program under syarikat motivasi, maka aku ditugaskan membuat ‘follow up’ adik2 sekolah yang melanjutkan pelajaran di negeriku. Subhanallah, aku dapat lihat perubahan dan hasil ketara yang mereka tunjukkan. Maka jiwa-jiwa ini harus sentiasa dibaja dengan iman yang kukuh dengan akidah yang lurus agar kesinambungan dakwah di bumi ini akan terus mekar mewangi, Ya Allah, lindungilah jiwa-jiwa ini dari kemaksiatan dan berilah mereka kekuatan untuk terus istiqomah di jalanMu, amen…

Aku ingin sekali berkongsi pengalaman sepanjang aku menjalani Latihan Industri di Petaling Jaya. Banyak pengalaman baru yang meilibatkan masyarakat luar dan non-muslim yang sedikit merubah pemikiranku yang agak ke’katak bawah gelas’an sebelum ini. Aku belajar menerima bagaimana sebenarnya masyarakat berfikir dan bertindak, cara berinteraksi dengan mereka dan bagaimana menyentuh hati mereka. Sebelum ni hanya tahu masyarakat belia saja. Maka kali ni, Alhamdulillah, persekitaran baru yang mematangkan pemikiranku. Subhanallah.

Tapi insyaAllah, lain kalilah.. Belum ada ‘feel’ nak bercerita.. (Maaf ye).

Cukuplah sampai sini. Nak prepare untuk LQ on9 esok.
Wallahu a’laam.
Wassalam.

Friday, June 05, 2009

Faktor-faktor yang Membawa Keberhasilan

1. Iman yang tak tergoyahkan bahawa pendidikan adalah satu-satunyajalan untuk merubah masyarakat, membentuk pemimpin danmewujudkan cita-cita. Pemimpin gerakan itu, Hasan Al-Banna,menyedari bahawa pendidikan itu jalannya panjang dan kesulitannyabanyak. Hanya sedikit orang yang sabar menempuh jalannya yangpanjang dan kesulitannya yang banyak, iaitu orang yang berkemahuankeras. Tetapi Hasan Al-Banna yakin pula bahawa pendidikan itu satu-satunya jalan yang dapat menyampaikannya kepada tujuan dantidak ada jalan lain lagi. Itulah jalan yang ditempuh oleh Nabi SAWuntuk membentuk generasi teladan yang diridhai Tuhan, yang tidakpernah disaksikan bandingannya oleh dunia. Mereka inilah yangmelaksanakan pendidikan bagi berbagai bangsa dan mengarahkannyakepada kebenarah dan kebaikan.

2. Rencana pendidikan mempunyai tujuan tertentu, langkah-langkahyang jelas, sumber yang terang, bahagian-bahagian yang salingmendukung, dengan sistem beraneka ragam dan ditegakkan atas falsafahyang jelas, digali dari ajaran Islam bukan dari ajaran lainnya.

3. Suasana kebersamaan yang positif, yang dibina oleh jamaah. Hal ituakan membantu setiap anggotanya untuk hidup secara Islam, melaluisugesti (nasihat), contoh teladan, persamaan perasaan dan tindakan.Manusia menjadi lemah bila menyendiri dan menjadi kuat denganjamaahnya. Jamaah merupakan kekuatan untuk menegakkan kebaikandan ketaatan serta merupakan perisai terhadap kejahatan dan maksiat.

4. Pemimpin yang mendidik dengan bakat, ilmu dan pengalamannyayang dianugerahkan kepadanya kekuatan iman yang luar biasa,membekas pada setiap hati orang yang berhubungan dengannya,melimpah dari hatinya ke hati orang-orang di sekitamya. Dia sepertidinamo yang dari kekuatannya hati mereka diisi dengan "kekuatan" Kata-kata bila keluar dari hati langsung masuk ke hati pendengarnya tanpa memerlukan keizinan, tetapi bila keluar hanyadari lidah maka pengaruhnya tidak akan melampaui telinga. Orang yangmemiliki hati yang hiduplah yang dapat mempengaruhi pendengar danpengikutnya. Sedangkan orang yang mempunyai hati yang matitidaklah mampu menghidupkan hati orang lain. Sebab orang yang tidakmemiliki sesuatu tidak dapat memberikannya kepada orang lain danwanita yang tidur tidak sama dengan wanita yang kehilangan anak.

5. Adalah sejumlah pendidik yang ikhlas, kuat dan terpercaya yangmeyakini jalan yang dibentangkan oleh pimpinan. Mereka mempunyaipengaruh terhadap murid-muridnya dan mereka ini menjadi pendidik -pendidik bagi generasi sesudahnya, demikianlah seterusnya.Dengan para pendidik di sini tidaklah saya maksudkan alumni PerguruanTinggi Ilmu Pendidikan atau pemegang ijazah Majester (MA) dan Doktor dalampendidikan. Yang saya maksudkan ialah orang yang memiliki "kualiti" iman yangtinggi, kekuatan jiwa, keberanian hati, kekerasan kemahuan, kelapangan dada dankesanggupan mempengaruhi orang lain. Mungkin mereka seorang jurutera ataupegawai rendahan atau pedagang atau buruh, diantara orang-orang yang tidakmempelajari dasar-dasar pendidikan atau sistemnya.

6. Cara pelaksanaan yang bermacam-macam, yang bersifat peribadi,yang bersifat kelompok, yang bersifat teori, yang bersifat praktikal, yangbersifat pemikiran, yang bersifat perasaan, yang berbentuk perintah danyang berbentuk larangan semua itu dilaksanakan dalam bentuk pelajaran,ceramah, seminar, diskusi dan pendekatan peribadi, begitu pula syairsyairyang dihafal, bacaan-bacaan yang diulang-ulang, nyanyian-nyanyiandengan kata-kata, irama dan lagunya mempunyai pengaruh tertentu . . .pertemuan-pertemuan bergilir dari kelompok-kelompok di rumahrumah dengan acara membaca Al Qur-an, memperluas ilmu pengetahuan, ibadat dan memperkuat tali persaudaraan, semuanya itu dinamakan kelompok "keluarga" yang menanamkan perasaan cinta dankasih sayang di antara anggota-anggota keluarga itu.

Disalin drpd buku Madrasah Tarbiyyah Hassan Al-Banna

Tuesday, May 19, 2009

The Seven Islamic Daily Habits Dalam Surat Al-Fatihah: Bersyukur Atas Segala Nikmat

Allah SWT Berfirman:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam” (Al-Fatihah:2)

Al-hamdulillah Robbil ‘alamin adalah apresiasi rasa syukur yang tulus dari seorang anak manusia karena merasa mendapatkan perhatian penuh sepanjang hidupnya dari Rabb sekalian alam. Dia menciptakan manusia dengan perangkat lengkap yang memungkinkannya untuk melaksanakan perintah-perintah-Nya dan melaksanakan berbagai aktivitas sepanjang hari, menghirup udara tanpa beban, menggerakkan anggota tubuh dengan mudah dan lain sebagainya; Allah buka pintu-pintu rezki untuk seluruh makhluk-Nya tanpa meminta mereka untuk membayar atau memberikan sesuatu apapun kepada-Nya; dan Dia juga mengajak manusia untuk meniti jalan menuju kenikmatan tanpa batas di surga-Nya.

Selain rasa ungkapan syukur, Al-hamdulillah yang meluncur dari lisan manusia juga merupakan ekspresi kekaguman dan luapan kebahagiaan seseorang saat melihat perhatian Allah SWT yang sangat tinggi kepada seluruh makhluk-Nya meskipun si pengucap tidak langsung merasakan nikmat tersebut.

Karena itulah kita diajarkan oleh Rasulullah saw setiap pagi dan sore untuk membaca dzikir, mengucap Al-Hamdulillah atas segala nikmat yang diberikan kepada kita dan orang lain.

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِنَا مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

“Ya Allah, tidak ada kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami atau kepada orang lain dari hamba-hamba-MU dan makhluk lainnya, kecuali semuanya berasal dari-MU semata, tidak ada sekutu bagi-Mu, maka segala puji hanya milik-MU dan Syukur hanya untuk-MU.
Ekspresi kekaguman hati, apresiasi lewat lisan, menginternalisasi nikmat-nikmat ke dalam jiwa, maupun mengembangkannya dalam kehidupan tidak mungkin terwujud kalau kita tidak mampu membaca nikmat-nikmat Allah. Ia bermula dari kemampuan membaca nikmat.

Membaca nikmat Allah

Jika kita telusuri lebih mendalam, maka akan kita temukan begitu banyak nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada umat manusia, dan karena saking banyaknya pemberian Allah swt tersebut, sehingga mereka tidak akan mampu menghitungnya, Allah SWT berfirman:

وَآَتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya.

Sesungguhnya manusia itu, sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”. (Ibrahim:34)

Adapun beberapa nikmat yang nampak di hadapan manusia dan dirasakan olehnya adalah sebagai berikut;

- Nikmat menjadi manusia sebagai makhluk yang sempurna;

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

“Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling sempurna” (At-tiin:4),
dan firman Allah:


وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آَدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Dan Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra:70)

- Nikmat mampu berkomunikasi komunikasi, Allah berfirman:

خَلَقَ الْإِنْسَانَ. عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

“(Allah) yang telah menciptakan manusia. dan (Allah juga) yang telah mengajarkan untuk dapat komunikasi” (Ar-Rahman: 3-4),

Dan firman Allah SWT:

وَمِنْ آَيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِلْعَالِمِينَAr-Ruum:22),

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”. (

- Nikmat hidup bersama alam (Al-Mulk;3-5), (Al-Qashash:73), (Al-Hajj:65),
- Nikmat Reazki (Ar-Ruum:50), (Ar-Rahman:10-12),
- Nikmat sehat; baik sehat fisik (As-Syu’ara:79-80), dan sehat batin (Al-Jumu’ah:2),
- Nikmat Al-Qur’an (Yunus:57),
- Nikmat memiliki keturunan (Al-Furqan:74),
- Nikmat rasa aman (Al-A’raf:97-99),
- Nikmat Islam (Al-Hujurat:17) dan nikmat-nikmat lainnya.

Pembagian syukur:

1. Syukur i’tiqadi; syukur dalam mengapresiasi nikmat iman yang telah Allah anugerahkan kepada manusia, melalui pengenalan diri kepada sifat dan asma Allah, dan mengapresiasi segala nikmat Allah SWT dengan terus komimtmen dan istiqamah pada jalan dan petunjuk Allah SWT.

2. Syukur qauli; syukur dalam mengapresiasi segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada manusia melalui lisan dan ucapan, membaca doa pada setiap kali mengakhiri perbuatan.

3. Syukur amali; syukur dalam rangka mengamalkan ibadah yang telah diperintahkan Allah dengan sebaik-baiknya, menggunakan harta yang telah diberikan pada jalan yang disyariatkan dan tidak menghamburkannya serta tidak dijadikan untuk menghalangi orang yang berjalan di jalan kebenaran.

Langkah-langkah menghadirkan nikmat Allah di dalam jiwa:

1. Mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya
2. Mengenal kadar dan nilai nikmat yang diberikan
3. Memandu hadirnya nikmat dengan melaksanakan amalan doa dan dzikir
Syukur akan berbuah nikmat

Allah SWT sungguh penyayang. Nikmat yang diberikan kepada kita akan Dia tambah berbanding lurus dengan apresiasi kita terhadap nikmat-Nya… karenanya Allah SWT mengingatkan kepada manusia dalam firman-Nya:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيد

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (Ibrahim:7)

Dan dalam surat Ar-Rahman disebutkan:
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان


“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Ayat diatas disebutkan berulang-ulang oleh Allah SWT hingga 31 kali, untuk menyatakan bahwa Allah SWT telah begitu banyak menyebutkan berbagai nikmat, sehingga tidak ada bagi seorang manusia untuk mengingkarinya kecuali harus bersyukur dan bersyukur.

source: www.al-ikhwan.net

Sunday, May 17, 2009

Semangat Ashabul Kahfi


Tak sabar menanti pengisian...

=)
 

Text