Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 22, 2010

Menghayati kelaparan...

Bismillahi walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt...

The same thing that others would felt. If they lack of money, they would cope themselves with hunger... and sometimes people would start to think about fasting. Hey, check ur niyyah! You do it for Allah or because you don't have money? If you do it reversely from the track, well you should cure your niyyah first.

Me, for certain times of course i can't fast! This is the time i tried to feel the feeling of hunger by our beloved Prophet PBUH. In a riwayah said that there're not once, but more than that our beloved Prophet cope his hunger by tiding his precious abdomen with small stones. When he walk and move forward, his Companions could hear the wierd sound came from the stones...

And i read some books, if you want to train yourself towards true taqwa, it should start from feeling of hunger (fasting of course!)

Right now i'm having the feeling, but it seems that my stomach couldn't obey me. It shouts like crazy, craving for food, although i've fed them with some. Then my head started feeling pain. Aih... isn't this a sign of gastric? ...

Diri Baik: Jangan carik pasal Syaima'! Perut tu nak guna berpuluh-puluh tahun lagi! kalo sakit nanti banyak kerja dakwah tertangguh! Mukhayyam akan datang nanti kena bentang pasal pemakanan dai'e. Nak jadi org dlm QS 61:2,3 ?!!

Diri Jahil: Iya, iya... nak makan la nie...

p/s: saja...post semasa musim exam yang menstresskan =P

Tuesday, April 20, 2010

Azure Diamond Generation's View

Bismillahi walhamdulillah...


Assalamualaikum wbt...


Azure Diamond Generation? Program follow up untuk adik2 yang dikasihi kerana Allah. Alhamdulillah, walau hati terluka dan agak down pada awal-awal program, namun kasih sayang dan rahmat dari Allah memberiku kekuatan untuk bangkit dan meneruskan program seperti yang telah dirancang. Mujur Allah mendatangkan akhawat tercinta, ukhti Asma', Ukhti 'Aisyah Humaira and especially Ukhti Khazinatul Asrar yang banyak menenangkan dan meniupkan kata-kata semangat buatku di kala hatiku teruk terluka... Subhanallah, Walhamdulillah. Syukran ya ukhti. Jazakumullahu khairan katsira di atas bantuan dan semangat yang antum hulurkan sepanjang program. Walaupun program ini terlalu banyak kekurangan, tetapi kesungguhan dan keikhlasan yang kalian tunjukkan dan sumbangkan sangat besar maknanya di sisi Allah. Semoga Allah memberkahi usaha kita untuk agamaNya, ameen... =)

Ayat Hafalan: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang beraqal, (iaitu) org2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka..." (Ali-Imran, 3:190-191)

Moga-moga Allah melindungi adik-adikku di rumah, dan sentiasa memberikan mereka hidayah dan kekuatan untuk istiqomah menjaga iman dan mengamalkan apa yg telah diucapkan oleh bibir-bibir mereka. Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. Dia akan memberikan kepada siapapun hambanya yang meminta kepadaNya dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mari adik-adikku, kita sahut seruan ilahi... junjung sunnah Rasulullah SAW!!!

p/s: video dan gambar-gambar khas untuk adik-adik akan akak info tentang lokasi untuk di download dalam masa terdekat. Jangan lupa homework yang diberi ya. Kalo tak dapat bukak www.eramuslim.com, bleh juga amik artikel daripada majalah SOLUSI, Millenia Muslim, atau Majalah i. InsyaAllah akak akan update info latest dalam blog dan juga emel. Rajin-rajin juga hantar emel pada akak. Uhibbukum Fillah (^_^).

Perjalanan Masih Jauh... Minta doa bersama.
Wassalam.

Monday, April 12, 2010

Rintihanku


Munsyidah: Mawaddah

Ya Allah, Ya Rabbi dengarlah tangisan hatiku
Hambamu yang hina ini
Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku

Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat

Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku

Aku mengadu padaMu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan

Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah tersiksa
Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)

(ulang rangkap 4)
(ulang rangkap 2)

Wednesday, April 07, 2010

Tomodachi??

Bismillahi walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt..

Human being is an interesting creature, created by Allah in a very meaningful way. And the thing is that how to create an effective way of communication among those magnificent creatures...

Among *tomodachi that always said those sayings like " Uhibbuki fillah..." and the thing is that how to make the saying real in life... sounds simple, but without taqwa and sabar in ukhuwwah, there's nothing called *tomodachi in some terms.

To all my *tomodachi (in some ways, that's more than *tomodachi perhaps)... i'm very sorry for all my misbehave. May Allah bless u all always and that our spirit in things called ukhuwwah in da'awah will not be ruined by something that lies beneath.

"keimanan, keikhlasan, keberanian, kesabaran dan bersikap optimis adalah
merupakan perkara yang asasi dalam pembentukan psikologi pendakwah
dan dalam persediaannya berdakwah. Begitu juga setelah engkau ketahui
bahawa kesemua sifat ini tidak mungkin terkumpul melainkan di dalam jiwa
mukmin yang merasai kemanisan iman dan menyerahkan dirinya untuk
Islam. Ia tetap dan terus bergerak ke arah matlamatnya sehingga Allah
mengizinkan baginya kemenangan, atau ia kembali menemui Allah dan ia
tetap berada di jalan perjuangan yang dipenuhi dengan rintangan, ujian,
pertarungan dan penderitaan"
- Dr. Abdullah Nashih Ulwan in Tarbiyah Ruhiyah


menjengah sebentar....

risky photo, but i wonder how those *ikemen get along with each other?


note: *tomodachi = friend in japanese
* ikemen = good looking guys

Thursday, March 25, 2010

Rahsia Lelaki Ahli Syurga

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menjelaskan:

Sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan akhlaknya yang baik boleh mencapai darjat yang paling agung di akhirat dan mencapai darjat yang paling mulia meskipun ia lemah dan segi ibadat. Dan sesungguhnya seseorang hamba Allah itu dengan keburukan akhlaknya boleh menjunam ke dasar neraka yang paling bawah.
(Hadith riwayat At Tabrani)

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada suatu ketika kami duduk
bersama Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam, tiba-tiba beliau bersabda:

“Sekarang akan muncul seorang lelaki ahli syurga menjenguk kalian.”
Tiba-tiba muncullah seorang lelaki Ansar. Pada esok harinya dalam kesempatan yang sama. Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam pun berkata seperti itu juga, lantas muncullah orang lelaki yang sama seperti semalam. Pada hari ketiga, Nabi pun berkata demikian juga, lalu muncul lelaki hari pertama tersebut juga. Apabila Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam beredar, ‘Abdullah Amar pun mengekori lelaki tersebut. Beliau mengatakan kepadanya: “Saya telah bergaduh dengan bapa saya dan saya bersumpah tidak mahu bersamanya selama tiga hari. Kalau saudara sudi menumpangkan diri saya dalam tempoh itu nescaya saya akan turut saudara pulang.” “Baiklah, saya sudi, “jawab lelaki itu. Anas radiyAllahu‘anhu meriwayatkan bahawa Abdullah menceritakan yang beliau tinggal bersama lelaki tersebut selama tiga malam tetapi tidak pernah melihatnya bangun sembahyang malam. Cuma apa yang diihatnya ialah apabila lelaki tersebut bertukar kedudukan di tempat tidurnya, ia sentiasa menyebut nama Allah Subhanahu Wata’ala dan bertakbir, sehinggalah akhirnya ia bangun menunaikan Solat Fajar. Abdullah menambah: “Aku tidak pernah mendengar lelaki tersebut berkata kecuali dengan perkataan yang baik sahaja.”

“Apabila berselang tiga malam maka aku pun hampir-hampir meremehkan amalannya, kata Abdullah. Selepas itu aku pun berkata kepadanya: “Wahai hamba Allah, sebenarnya antara aku dan bapaku tidak ada apa-apa sengketa dan pergaduhan. Cuma aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menyebut perihal dirimu sebanyak tiga kali. Beiau berkata: “Sekarang tampil menjengol seorang ahli syurga “. Tiap-tiap kali orang yang muncul itu ialah saudara. Lantaran itulah saya ingin menumpang di rumah saudara untuk melihat apakah amalan saudara supaya dapat saya contohi. Tapi saya tidak nampak saudara melakukan apa-apa amal yang besar” “Apakah yang menyebabkan saudara mencapai martabat seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihi
Wasallam itu.

Jawab lelaki itu: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan selain dari apa
yang telah saudara lihat. Kata Abdullah, “Ketika saya berpaling dan beredar lelaki
tersebut memanggil saya dan berkata lagi: “Tidak ada apa-apa yang saya lakukan, kecuali, apa yang telah saudara lihat. Cuma saya tidak pernah menyimpan dalam hati saya hasrat menipu orang lslam yang lain atau rasa dengki terhadap sesiapa, lantaran inilah yang telah meningkatkan martabat saya.”
(Hadith: riwayat Ahmad dengan Sanad perawi, mengikut Bukhari, Muslim dan
Nasai’e).

Seorang Da’ie memang amat memerlukan kepada hati yang sihat. Akan tetapi ia hendaklah sentiasa bersikap waspada. Ia memerlukan akhlak yang lurus dengan kesedaran. Ia harus kuat dan tidak dapat ditawan oleh sifat marah sehingga kecundang; melakukan perbuatan yang lumrah dilakukan oleh para juhala’ dan orang yang rendah peribadinya. Ia hendaklah yakin bahawa Allah Subhanahu Wata’ala yang Maha Mengetahui segala rahsia akan menguruskan segala-galanya.

Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:maksudnya,

“Tidak ada tiga orang yang berpakat rahsia kecuali Allah pihak yang keempat. Tidak juga lima kecuali Allah pihak yang keenam. Tidak kurang dan bilangan itu atau lebih kecuali Allah bersama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Allah menyatakan apa yang mereka lakukan pada hari Qiamat kelak. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 7)
 

Text