Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, December 15, 2010

HIJRAH

Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya

Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah

Tuesday, December 14, 2010

Outstanding woman i've started to admire

PROMINENT WOMEN RESEARCHER


Researcher Name: Professor Asma Ismail (PhD)
Area of expertise: Medical Microbiology, Medical biotechnology,Rapid diagnostics of infectious diseases
Institution: Universiti Sains Malaysia, Minden, Penang, Malaysia
Contact number: Tel: +604 653 3108 Fax: +604 656 6466 HP: 019 9814214
Email: dvc_rd@notes.usm.my; asma@usm.my

Asma Ismail is currently the Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovations) and a Professor at the Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM), USM. She graduated from the University of Nevada, Reno, USA with distinction in biology, received her MA in Microbiology from Indiana University, Bloomington, USA. and obtained her PhD in the field of Cellular and Molecular Biology at the University of Nevada, Reno, USA in 1986.

Asma is passionate about the idea of developing indigenous health technologies and innovations that can generate wealth for the country and improve the quality of life of society at large. Development of rapid and affordable diagnostics for infectious diseases provides an opportunity to ensure availability and accessibility to quality health especially for the people from the underdeveloped countries. To drive the passion, she specializes in the area of proteomics and its application in the rapid diagnosis of infectious diseases, especially typhoid fever. Her studies on specific biomarkers led to the discovery of an antigenically specific 50kDa of Salmonella typhi.

Prof Asma is one of the scientists credited with the translation of the scientific discovery into 4 rapid diagnostic kits for typhoid that have been successfully commercialized globally to more than 18 countries since 1994. She has filed for 27 patents world wide of which 7 has been granted. Commercialization of TYPHIDOT, a rapid diagnostic test to diagnose for acute typhoid, has generated sales, publications, and more than 500 jobs world wide and supported the local industries in Malaysia She has helped to create a start up biotech company pioneering in Bio-diagnostics for the country and currently served on its board of directors.
Asma started her career as a lecturer in the Department of Medical Microbiology and Parasitology, School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia in 1986. She was a visiting scientist at University of Tokyo in 1989 and a visiting fellow at the Medical College, St Bartholomew’s Hospital in London in 1992. She was promoted to Associate Professor in 1993 and served as Deputy Dean of Administration in 1994. She was promoted to Professor in 2000 and became Deputy Dean of Research in the same year.

In 2001, she became the Director for the Centre for Medical Innovations and Technology Development, USM. In 2003, she became the Founding Director, Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM), the first multi-disciplinary cluster based research institute for USM. In May, 2008 she was promoted to Deputy Vice Chancellor (Research and innovation) at USM.

Prof Asma is actively involved in research attaining more than RM 9 million (USD 2.6 million) in terms of grants within the last 5 years, presented 161 papers with more than 100 invitations as a speaker at national and international levels to share her scientific findings and experience in the commercialization of R&D products. Prof. Asma’s R&D achievements and impact of her research at national and international levels have gained more than 45 scientific publications, filed 8 gene sequences and received more than 57 awards and recognitions at national and international levels. She served as the WHO temporary Advisor for vaccine and diarrhoeal diseases since 2002. She received numerous prestigious awards of the country including the National Young Scientist Award in 1991, Malaysian Toray Science and Technology Award for outstanding contribution in science in 2002, National Inventor Award in 2003, National Innovation Award, 2006 and the National Academic Award for Product and Commercialization in 2007. She was made a Fellow of the Academy of Sciences Malaysia in 2003 and served as its council member since 2007. In 2010, she was made Fellow Academy of Sciences for the Developing World (in Medicine), joining the ranks of 1000 most distinguished scientists in the Developing World.

At the National level, she chairs the Cluster Development Committee for the Nobel Laureate grants in Physiology or Medicine under the Academy of Sciences Malaysia and the Fundamental Research Grant Scheme (medicine) for the Ministry of Higher Education. She is a committee member for the Establishment of Research Universities in Malaysia and is also a member of the Assessment Committee for Research Universities by the Ministry of Higher Education that led to the landmark establishment of Research universities in Malaysia. She also serves as the chair for the development and direction of R&D towards implementation of the national Strategic Planning for Higher Education. She also helped determine the direction in Biotechnology by being a member of the Cluster Working group on Healthcare biotechnology, Member of the Penang Biotech, Pharma and Neutraceutical Advisory panel for Invest Penang and member for the National Strategic Planning and Advisory for Biotechnology, Ministry of Higher Education.

With technology foresight, the ability to acquire and manipulate technology and imbibing the spirit of global competitiveness, Asma is confidant that given the opportunity, local scientists will ensure Malaysia as a player in the Knowledge-based economy and prove that Malaysian R&D can bring in respect and profits and not an economic drain.

Wednesday, December 08, 2010

THE REAL MEANING OF HIJRAH

It will be a long day to begin with...

I just have to go with it slowly...

May Allah give me the strength...


.....

Friday, November 05, 2010

"Kesungguhan": Bekal dalam Jalan Dakwah

Apa yang dikehendaki oleh Islam daripada penganutnya ialah membentuk umat yang saleh untuk menjadi khalifah dan memakmurkan muka bumi, supaya dengan itu ia menjadi umat yang terpelihara identitinya dan memuliakan diri menuju mercu jaya. Itu tidak akan dapat dicapai kecuali dengan sikap positif dan bersungguh-sungguh.

Ia hendaklah bermula dengan dirinya, kemudian berpindah posisi daripada kedudukan pengkritik kepada kedudukan penyumbang yang menggerakkan peristiwa dan mengepalai urusan dengan penuh keyakinan diri dan kebergantungan kepada Allah tanpa mengindahkan segala halangan atau terpengaruh dengan desakan orang awam.

Makna kesungguhan

Kesungguhan lawan kepada perkataan olok-olok, bermudah-mudah, lemah dna lembap. Ia bermaksud: 'melaksanakan tanggungjawab syarak dan dakwah serta-merta, cekal dan berterusan dengan menggunakan semaksimum mungkin kebolehan yang ada, tanpa mempedulikan halangan atau mencari alasan untuk tidak melakukannya.'

Lima syarat yang melengkapi kesungguhan

1. Melaksanakan tanggungjawab dengan serta-merta
Hal ini dapat dilihat dengan sempurna dalam peristiwa pengharaman arak (Al-Maaidah,5:90-91), perubahan kiblat (Al-Baqarah,2: 143) dan arahan supaya wanita bertudung, dimana para sahabat melakukannya dengan serta-merta tanpa berlengah walaupun melibatkan kerugian yang banyak kepada keluarga dan individu. Keteguhan iman...

2. Kekuatan dan keazaman
Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam pendirian Umar ketika berhijrah. Beliau dengan berani mencabar Quraisy: "saya akan berhijrah, sesiapa yang mahu melihat emaknya kehilangan anak, isterinya menjadi janda atau anaknya menjadi yatim sila halang aku..." tak seorang pun berani mengekorinya. Kisah kepahlawanan sahabat dalam perang Hamra' Al-Asad, keberanian Salamah bin al-Akwa' dalam peperangan Zi Qird, dan Ja'far bin Abi Talib mempertahankan panji Islam dalam peperangan Mu'tah, walaupun kudung kedua-dua tangannya.

3. Cekal dan berterusan
Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui peristiwa-peristiwa sepanjang sirah Rasulullah SAW bermula dengan zaman rahsia, dakwah diumumkan , melalui senang dan susah tanpa putus asa. Baginda pernah bersabda, "Jikalau mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk aku meninggalkan urusan ini, nescaya takkan aku meninggalkannya sehingga Allah memberikan kemenangan kepadaku atau aku binasa kerananya...".

4. Menggunakan kebolehan secara maksimum
Abu Bakar As-Siddiq membelanjakan hartanya semua sekali. Uthman r.a menanggung semua keperluan ketenteraan untuk tentera Islam dalam perang Tabuk dan Mus'ab bin Umair meninggalkan kehidupan yang mewah dan berpada dengan bekalan yang sedikit untuk menajdi duta dakwah di Yathrib. Dan beliau syahid dalam keadaan tidak cukup pakaian untuk mengapankannya.

5. Mengatasi halangan atau keuzuran
Kita melihat mereka berpegang kepada 'azimah (lawan rukhsah), sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab dan menyertainya bersama tidak kira apa pun suasana. Amru bin Al-Jamuh ingin keluar berjihad, lalu dihalang oleh anak-anaknya kerana ia cacat. Rasulullah SAW memberitahunya beliau boleh mengambil rukhsah, tetapi ia menjawab, "Mudah-mudahan aku dapat melangkah ke syurga dengan kakiku yang cacat ini".

Subhanallah... Moga-moga jiwa-jiwa para sahabat ini makin menular dalan jiwa kita, insyaAllah...
Moga bermanfaat.
Wassalam

p/s: copied from a handout given by my murobbi.

Monday, November 01, 2010

Pasanganku Superman

oleh: Ummu Atiqah

Mencari Si Superman Baiti jannati yang dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah selamanya menjadi impian setiap insan apatah lagi para aktivis dakwah. Mengimpikan pasangan hidup ideal, bersama anak-anak penyejuk mata, dan jika boleh, alangkah bahagianya jika setiap saat diisi dengan watak hanya kita sekeluarga. Jika boleh, kita mengimpikan kebersamaan keluarga sentiasa menjadi aktiviti rutin yang mengambil paling banyak masa-masa yang ada. Jika boleh, biar ungkapan cinta dari pasangan dan anak-anak sentiasa menjadi ungkapan keramat yang mengisi paling banyak kehidupan kita. Semua ini antara bukti bagi mengungkapkan rasa cinta yang hebat buat keluarga kita, sedari lafaz nikah diungkapkan dan harapannya agar cinta suci ini kekal selama-lamanya, hingga ke syurga.

Impian inilah yang membuatkan kita termotivasi untuk menjadi pasangan ‘ideal’, melebihi standard ‘terbaik’ dalam menuju penyempurnaan impian yang kita bina. Memiliki pasangan yang soleh, romantik, sedap mata memandang, kerjaya yang hebat, dan banyak lagi spesifikasi lain bagi menggambarkan impian pasangan yang akan men emani kita sepanjang hayat, apatah lagi kehidupan impian kita sampai ke syurga. Sesekali, impian itu umpama mengharapkan seorang superman (atau superwoman) sebagai pasangan kita. Dengan wajah sesedap mata memandang, lengkap dengan pakej sempurna. Memiliki sekeping hati yang ikhlas untuk menyelamatkan semua manusia, yang mana sememangnya dicipta dengan kelebihannya yang luar biasa. Meskipun punya kelemahan, tidaklah ia menjadi perkara besar kerana kelemahan itu menunjukkan seorang superman masih ada sisi ‘manusiawi’nya, malah kelebihan atau keistimewaannya yang terlalu banyak dan super hebat mampu me‘lupa’kan kita pada kelemahannya yang ada.

Kebaikan hatinya menjadikan cinta ini sentiasa buat dirinya..

Kesetiaan jiwanya menjadikan cinta ini selamanya hanya untuknya (moga ia hingga ke syurga)..

Semangat menyelamat manusia (da’i ilalLah) menjadikan dirinya ‘anugerah’ serba bisa dan pahlawan dunia..

Kesungguhannya melawan kebatilan menjadikan dirinya dipuja sebagai perwira..

Rendah dirinya (tidak ingin dikenali kerana berjasa)menjadikan dirinya sangat mulia..

Kesabaran dan ketabahannya nyata menjadikan dirinya yang teristimewa ..


Jodohku dengan superman?

Indahnya jika benar pasangan kita adalah memang superman. Nyatanya, insan sesempurna superman agak sukar dicari. Kalau ada pun di dunia ini, besar kemungkinan ‘superman’ itu bukan ditakdirkan sebagai pasangan kita. Kerana itu, marilah kita berpijak di bumi nyata. Usah terpengaruh dengan hebatnya cerita superman. Tidak salah mempunyai impian, namun jangan di‘paksa’ pasangan kita untuk menjadi superman. Terimalah dia seadanya. Dialah pasangan kita yang punya kelebihan dan terlalu banyak kelemahan. Sehingga senarai kelemahan kekadang lebih banyak dari kelebihan sekiranya kelemahan dirinya yang ingin kita tonjolkan. Betapa dia sering melakukan salah dan silap, kerana sesungguhnya dia bukanlah seorang superman. Sekali lagi terimalah dia seadanya, dia bukannya superman.

Kita manusia biasa, sesungguhnya terlalu banyak khilafnya. Berbicara tentang kelemahan, kekurangan dan seringnya melakukan kekhilafan bukanlah ruang untuk penerimaan seadanya tanpa kesungguhan usaha untuk memperbaikinya. Terima seadanya adalah menerima kelemahan ‘manusia melakukan kesalahan’ bagi memberikan peluang untuk kita menjadi terbaik dan lebih baik. Kerana kita mempunyai sisi kelemahan, marilah kita berusaha memperbaikinya. Sebenarnya ‘kesempurnaan’ adalah perasaan yang ‘hebat’ namun kesempurnaan mungkin menjadi satu-satunya kekurangan seseorang manusia biasa. Justeru kita adalah seorang manusia biasa, maka melakukan kesalahan adalah suatu perkara yang boleh diterima. Namun apa yang penting dari sekadar penerimaan adalah bagaimana kita berusaha memperbaikinya.

Profil ‘Superman’ kita

Dengan adanya sisa-sisa impian juga banyaknya kelemahan, marilah kita berusaha mengurangkan jurang antara keduanya. Kesungguhan kita memperbaiki diri inilah antara bekal amal soleh kita. Sampai masanya, nafas kita akan terhenti. Segala janji Allah menjadi suatu hakikat yang pasti. Kita memang bukan superman di dunia ini. Namun kita mengharapkan kita mampu menjadi ‘superman’ di akhirat sana. Terbang menuju syurga yang tertinggi bersama Rasulullah dan mereka yang ikhlas mengikut jejak langkah perjuangan baginda.

Cukuplah syurga menjadi motivasi untuk kita menjadi pasangan yang hebat buat pasangan kita. Meskipun terlalu banyak cabaran dan ujian dalam kehidupan, kita cuba melaksanakan apa yang terbaik dan semampu kita untuk kebahagiaan keluarga yang kita cinta dalam skala lingkungan terdekat kita, dan untuk kemenangan islam dalam skala kerja dakwah untuk ummat manusia. Semoga usaha optima kita yang mana mungkin tidaklah sehebat mana pada orang lain mampu menjadi bekal berharga untuk kita lulus ‘periksa’ pada hari akhirat. Sesungguhnya ‘superman’ pada kita adalah orang yang berjaya melepasi ujian kehidupan dunia dan akhirnya mampu terbang laju menuju syurga.


Dipetik dari Risalah exam Paksi.net
 

Text