Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label fiqh. Show all posts
Showing posts with label fiqh. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

I’tikaf Dan Adab-Adabnya

oleh:

Badrul Hisham bin Sulaiman (abikamil05@yahoo.com.my)


Menyebut perkataan i'tikaf mengingatkan saya kepada kenangan lama ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Madinah. Apa tidaknya, ketika berada di tahun akhir pengajian seorang rakan sekuliah berasal dari wilayah Pattani, Selatan Thailand, mengajak saya untuk beri'tikaf bersama beliau di Masjidil Haram Mekah, sepuluh terakhir bulan Ramadhan.


Pada mulanya saya merasa teragak-agak dan serba salah kerana tidak biasa dan tiada pengalaman, apatah lagi amalan i'tikaf yang hendak dilaksanakan akan berlangsung di Masjidil Haram. Namun setelah diyakinkan oleh beliau yang sudah ada pengalaman beri'tikaf di Masjidil Haram saya memberanikan diri.


Percubaan saya tidak sia-sia. Sesungguhnya saya merasai keseronokan beramal ibadah yang belum pernah saya rasai sebelum itu. Di dalam artikel ini, saya tidaklah berhasrat untuk menceritakan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui selama tempoh berkenaan. Cukuplah saya nyatakan, bagi anda yang berkesempatan dan berkemampuan untuk melakukan amalan i'tikaf. Walau di mana jua anda berada, berusahalah untuk melaksanakannya kerana ia adalah sunnah yang tidak pernah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam walaupun hukumnya tidak wajib.


Takrif i'tikaf.


Dari segi bahasa bermaksud menahan atau berhenti. Dari segi syara' ia bermaksud berada di dalam masjid dengan niat untuk melazimkan diri di dalamnya bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Ia merupakan satu ibadah yang telah lama disyariatkan. Al-Quran menunjukkan bahawa di zaman Nabi Ibrahim alaihissalam ianya sudah wujud. Firman Allah yang maksudnya:


Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia

dan tempat yang aman. dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim

(tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka'abah) tempat shalat.

Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:

"Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".

Al-Baqarah [2:125] .


Hukum i'tikaf.

Para ulama' sepakat mengatakan bahawa amalan i'tikaf disyariatkan berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam beri'tikaf pada setiap bulan Ramadhan iaitu pada sepuluh akhirnya. Hukumnya adalah sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut) pada bila-bila masa tanpa mengira di dalam bulan Ramadahan atau di luar bulan Ramadhan. Ada kalanya i'tikaf itu menjadi wajib apabila seseorang itu bernazar untuk melaksanakannya atas tujuan tertentu. Aisyah Radhiallahu anha berkata yang maksudnya:


Bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam adalah beliau beri'tikaf sepuluh terakhir dari Ramadhan

sehingga Allah mewafatkan beliau, kemudian para isteri baginda juga beri'tikaf selepas itu

(selepas kewafatan baginda).[1]


Sekalipun amalan i'tikaf adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, tiada sebarang dalil sahih yang menyatakan tentang apa-apa jua fadhilat tentangnya. Berkata Imam Abu Daud: Aku berkata kepada Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah: Adakah kamu mengetahui apa-apa dalil tentang kelebihan i'tikaf ? Kata Imam Ahmad: Tidak, melainkan sesuatu yang lemah (riwayatnya).


Manakala i'tikaf yang wajib ialah apa yang diwajibkan oleh seseorang ke atas dirinya sendiri. Samada dalam bentuk [1] nazar mutlak, contohnya seseorang berkata: Kerana Allah Taala ke atas diriku bahawa aku beri'tikaf sekian sekian ( tempohnya). [2] nazar muallaq, contohnya seseorang itu berkata : Sekiranya Allah sembuhkan aku dari penyakit ini nescaya aku akan beri'tikaf sekian sekian. Di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda melalui hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:


Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka Taatlah kepadaNya, sesiapa yang bernazar untuk menderhakainya maka janganlah dia derhakaiNya.[2]


Diriwayatkan bahawa Umar Al-Khattab Radhiallahu anh pernah bernazar di zaman jahiliah untuk beri'tikaf di Masjidil Haram. Setelah beliau memeluk Islam, hasrat beliau untuk beri'tikaf di Masjidil Haram disuarakan kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, maka jawab baginda: Tunaikanlah nazarmu itu, maka Umar beri'tikaf satu malam.[3]


Tempat i'tikaf.

Di antara persoalan yang sering dilontarkan oleh orang ramai tentang amalan i'tikaf ialah [1] Adakah dibolehkan i'tikaf di tempat yang bukan masjid seperti surau yang banyak kedapatan di kawasan kampung? [2] Adakah masjid-masjid yang tidak ditunaikan padanya solat Jumaat, dibolehkan kita beri'tikaf di dalamnya?


Jumhur ulama' berpendapat i'tikaf hanya dilaksanakan di masjid-masjid sahaja. Berhubung dengan permasalahan ini Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh Al- Sunnah meperincikannya di bawah tajuk kecil: “Pandangan para fuqaha' tentang masjid yang dibolehkan beri'tikaf di dalamnya”.[4] Ia seperti berikut:

  1. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad berpendapat amalan i'tikaf hanya dilaksanakan di dalam masjid yang ditunaikan padanya solat lima waktu dan solat secara berjemaah.

  2. Imam As Syafie dan Imam Malik pula berpendapat ianya sah dilaksanakan pada setiap masjid[5] tanpa mengkhususkan masjid-masjid tertentu. Namun di sisi As Syafieyah (para ulama' mazhab Syafie) yang afdhal ialah i'tikaf di dalam masjid yang ditunaikan padanya solat Jumaat. Ini kerana bilangan para jemaah di dalamnya lebih ramai. Bahkan memudahkan pihak yang beri'tikaf menunaikan solat Jumaat pada hari Jumaat tanpa keluar untuk pergi ke masjid lain.

Adakah disyaratkan orang yang i'tikaf berpuasa?

Ada tiga pendapat di kalangan ilmuan dalam persoalan ini:

  1. Adalah lebih baik bagi orang yang beri'tikaf berpuasa kerana begitulah dari segi sunnahnya. Sekiranya dia tidak berpuasa, tidaklah menjadikan apa-apa kesalahan ke atasnya. I'tikafnya dikira sah.

  2. Tidak dikira i'tikaf kecuali dalam keadaan berpuasa.

  3. Harus beri'tikaf walaupun tidak berpuasa.

Penulis cenderung kepada pendapat pertama di mana orang yang mahu beri'tikaf boleh memilih samada mahu beri'tikaf dalam keadaan berpuasa atau sebaliknya. Seandainya amalan i'tikaf itu berlaku di siang hari bulan Ramadhan maka tidak timbul soal puasa atau tidak kerana sememangnya ibadat puasa pada ketika itu adalah wajib.


Sebagai tambahan penulis memetik penjelasan Al-Imam Ibnu Al-Qayyim (w.751 H) di dalam kitab beliau Zaad Al-Maad yang cenderung kepada pendapat kedua:


Oleh kerana tujuan i'tikaf ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengasingkan jiwa dari tarikan duniawi, hanya sanya ia dapat disempurnakan dengan berpuasa. Bahkan i'tikaf disyariatkan dalam tempoh yang dikira paling utama dalam ibadah puasa Ramadhan (sepuluh hari terakhir). Dan tidaklah pernahkan dinaqalkan (apa-apa riwayat) dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam bahawa baginda pernah beri'tikaf dalam keadaan tidak berpuasa.


Aisyah Radhiallahu anha pernah berkata: “Tidak dikira i'tikaf kecuali dalam keadaan berpuasa".[6] Allah Subhanahu Wataala juga tidak menyebut persoalan i'tikaf (di dalam Al-Qur'an) melainkan bersama dengan ibadah puasa. Bahkan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tidak pernah melakukannya kecuali bersama ibadah puasa.


Maka pendapat yang rajih berdasarkan dalil dan dihujjahkan oleh jumhur para salaf ialah, ibadah puasa menjadi syarat dalam melakukan amalan i'tikaf. Pendapat ini ditarjihkan oleh Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah (w.728 H).[7]

Dalil pihak yang berpendapat tidak disyaratkan puasa kepada orang yang beri'tikaf (pendapat ketiga) ialah hadis Ibn Abbas Radhiallahu anhuma bahawa baginda bersabda yang maksudnya:


Tiadalah kewajipan puasa ke atas yang beri'tikaf melainkan dia menjadikannya wajib ke atas dirinya.[8]


Tidak sabit dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebarang dalil yang menunjukkan diperlukan berpuasa bagi sesiapa yang mahu beri'tikaf. Syaikh Muhammad Siddiq Hasan Khan di dalam kitab beliau Al Raudhah An Nadiyyah Syarah Ad Durrul Bahiyyah memberikan pandangan:


Ketahuilah! Menjadikan sesuatu syarat bagi sesuatu yang lain, atau rukun baginya dan salah satu kefardhuan – tidaklah ianya boleh disabitkan melainkan dengan dalil kerana ianya adalah hukum syarak. Dan tidak datang sebarang dalil yang menunjukkan bahawa I'tikaf tidak boleh dilaksanakan tanpa puasa. Bahkan apa yang sabit dari Nabi ialah galakan supaya beri'tikaf.


Tidak pula ada dinaqalkan kepada kita bahawa baginda menjadikan puasa sebagai syarat untuk beri'tikaf. Kalaulah puasa itu diambil kira sebagai syarat untuk beri’tikaf sudah tentu baginda akan menjelaskannya kepada umatnya. Sekalipun i'tikaf Nabi itu dilaksanakan dalam keadaan baginda berpuasa, bukanlah menjadi satu kelaziman bahawa i'tikaf disyaratkan dalam keadaan berpuasa. Sekiranya puasa Nabi itu diambil kira sebagai syarat untuk melakukan amalan i'tikaf maka sudah tentu yang turut diambil kira ialah i'tikaf hanya boleh dilakukan di dalam masjid Nabawi (di Madinah) sahaja kerana baginda tidak pernah beri'tikaf di masjid lain.[9]


Amalan-amalan orang yang i'tikaf dan adab-adabnya.


Dengan lain perkataan, tajuk ini mengupas apakah amalan yang harus dilakukan oleh pihak yang beri'tikaf, dan apakah amalan yang tidak digalakkan mereka melakukannya?

Adalah disunatkan bagi pihak yang beri'tikaf ialah membanyakkan amalan-amalan sunat samada dalam bentuk solat, berzikir kepada Allah dengan cara bertasbih, bertahmid dan bertahlil atau membaca Al-Qur'an, berselawat dan berdo'a.[10]


Termasuk di dalam pengertian amalan-amalan diharuskan ke atas pihak yang beri'tikaf ialah mempelajari ilmu (menyertai majlis pengajian ilmu yang berlangsung di dalam masjid), mengulangkaji kitab-kitab tafsir, hadis, fiqh, membaca kisah-kisah perjuangan Nabi-nabi dan orang-orang soleh terdahulu dan seumpamanya.


Adalah makruh bagi orang yang beri'tikaf meyibukkan diri dengan urusan atau perkara yang tidak penting dan berfaedah untuknya. Ini berdasarkan umum sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang berbunyi:


Di antara tanda keelokan Islam seseorang itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak perlu baginya.[11]


Juga dikira makruh seorang yang menahan diri dari berkata-kata (langsung tidak bercakap) atas alasan tindakan itu ialah untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. Sebaiknya hendaklah dia bercakap mengikut sekadar keperluan yang diperlukan olehnya.


Perkara-perkara yang harus dilakukan oleh orang yang i'tikaf.

  • Keluar dari tempat i'tikaf untuk bertemu dengan ahli keluarga yang datang menemuinya.

    Berkata Safiyyah: Adalah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sedang beri'tikaf, kemudian aku datang menziarahinya pada waktu malam. Aku bercakap-cakap dengannya seketika, kemudian bangun untuk beredar. Baginda turut bangun dan mengiringiku pulang. [12]

  • Menyikat rambut, mencukur kepala, memotong kuku, membersihkan badan dari kekotoran, memakai pakaian yang dan elok dan mengenakan bau-bauan yang harum.

    Kata Aisyah: Adalah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ketika baginda sedang beri'tikaf, dia menghulurkan kepalanya dari tingkap rumah (kerana rumah baginda bersebelahan dengan masjid), maka aku membasuh kepalanya. Aku menyikat rambutnya sedang dalam keadaan haidh.[13]

  • Keluar dari masjid kerana sesuatu keperluan ( hajat ) yang tidak boleh dielakkan .

    Kata Ibnu Sal-Munzir: Para ilmuan bersepakat bahawa orang yang beri'tikaf boleh keluar dari tempat i'tikafnya atas tujuan buang air besar dan air kecil. Atau juga dengan tujuan untuk makan dan minum sekiranya tidak ada sesiapa yang membawa makanan dan minuman kepadanya.

    Termasuklah semua perkara yang tidak mungkin dapat dilakukan di masjid, dia diharuskan keluar. I'tikafnya tidak dikira rosak selagi mana tempoh keluarnya tidak terlalu panjang. Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha: Bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam pernah melalui di sisi orang yang sakit padahal baginda masih dalam tempoh beri'tikaf.

    Adapun apa yang diriwayatkan dari Aisyah, bahawa menjadi sunnah bagi orang yang beri'tikaf tidak menziarahi orang sakit ialah dengan maksud tidak keluar dari tempat i'tikaf atas tujuan semata-mata untuk menziarahi orang sakit.

  • Diharuskan kepada pihak yang beri'tikaf makan dan minum di masjid dan tidur di dalamnya.

    Cuma hanya perlu diberi perhatian dalam aspek menjaga kebersihan. Bahkan dibenarkan juga melakukan apa jua bentuk akad (seumpama akad nikah dan juga akad jual beli) selama dalam tempoh beri'tikaf.

Perkara-perkara yang membatalkan i'tikaf.

  • Keluar dari masjid secara sengaja tanpa sebarang keperluan .

  • Murtad – keluar dari agama Islam.

  • Hilang akal (gila) atau mabuk. Perempuan yang didatangi haidh dan nifas.

  • Bersetubuh. Perbuatan jimak antara suami dan isteri haram dilakukan di masjid. Maksud bersetubuh di sini seorang yang sedang beritikaf keluar dari tempat i'tikaf kerana satu keperluan yang tidak dapat dielakkan, kesempatan keluar sekejap dari masjid digunakan untuk melakukan persetubuhan dengan isterinya. Firman Allah :

Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, Maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. Al-Baqarah [2:187].


Seorang yang sedang beri'tikaf dibenarkan bersentuhan dengan isterinya dengan syarat tanpa keinginan (syahwat). Manakala berhubung dengan perbuatan mencium (isteri) dan menyentuhnya dengan rasa keinginan (syahwat, para ilmuan berselisih kepada dua pendapat :


    • 1. I'tikafnya tidak batal, cuma pihak berkenaan dikira telah melakukan sesuatu yang tidak baik yang berkemungkinan akan menjerumuskan dirinya kepada perbuatan yang merosakkan i'tikafnya.

    • 2. I'tikafnya batal.

Qadha' i'tikaf.


Seseorang yang melakukan I'tikaf sunat, kemudian memutuskannya, diharuskan baginya untuk mengqadha' i'tikafnya itu. Berikut perincian secara ringkas dari pendapat para ilmuan dalam masalah ini :

  1. Wajib dia mengqadha i’tikafnya.

  2. Sekiranya i'tikaf itu bukan i'tikaf yang dinazarkannya, maka tidak ada apa-apa yang wajib ke atasnya sekiranya i'tikaf itu dihentikannya.

  3. Sesiapa yang merosakkan i'tikaf yang ditunaikan atas sebab sesuatu nazar, maka wajib baginya mengqadha' i'tikafnya itu. Sekiranya dia meninggal sebelum sempat ditunaikan i'tikaf yang dinazarkan itu, maka tidak perlu diqadha oleh pihak walinya (ahli keluarganya) kecuali satu pendapat dari Imam Ahmad Rahimahullah yang mengatakan wajib bagi pihak wali mengqadha' i'tikaf yang dinazarkan itu.

Bernazar i'tikaf di dalam masjid tertentu.


Sesiapa yang bernazar untuk beri'tikaf di dalam Masjidil Haram, Masjid Nabawi atau Masjid Al-Aqsa, maka wajib ke atasnya menunaikan nazar berkenaan di dalam masjid yang telah dia tetapkan. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam :


Janganlah kamu memanjangkan perjalanan melainkan kepada tiga buah masjid:

Al-Masjid Al-Haram, Masjid Al-Rasul Shallallahu alaihi wasallam dan Masjid Al-Aqsa.[14]


Manakala sesiapa yang bernazar untuk beri'tikaf di dalam mana-mana masjid selain dari tiga masjid yang tersebut di atas, maka tidaklah wajib ke atasnya beri'tikaf di dalam masjid yang telah dia tentukan.[15] Bahkan memadai dia melaksanakan i'tikaf berkenaan di dalam mana-mana masjid yang dia kehendaki.


Ini kerana Allah Taala tidak menjadikan tempat yang tertentu secara khusus bagi urusan ibadat itu. Hal demikian juga menggambarkan bahawa sesebuah masjid tidak mempunyai apa-apa kelebihan (fadhilat) berbanding masjid lain selain tiga masjid yang disebut dalam hadis berkenaan. Telah sabit dari Nabi Shallallahu alaini wasallam bahawa baginda ada bersabda :


Satu ibadat solat yang ditunaikan di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik (ganjaran pahalanya)

dari seribu solat di dalam masjid selainnnya kecuali Al-Masjid Al-Haram.[16]


Sekiranya seseorang itu bernazar untuk beri'tikaf di Al-Masjid Al-Nabawi, adalah harus baginya beri'tikaf di Al-Masjid Al-Haram kerana Al-Masjid Al-Haram lebih afdhal.[17]



[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 2026

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 6696

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 2042

[4] Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq, Dar Al-Kitab Al-Arabi, ms. 421.

[5] Perkataan "semua masjid" datang secara umum, bermaksud masjid yang ditunaikan padanya solat Jumaat atau masjid yang tidak ditunaikan di dalamnya solat Jumaat, surau-surau, masjid bersaiz kecil atau bersaiz besar, musolla juga termasuk tempat yang dibolehkan i'tikaf di dalamnya.

[6] Sanad Kuat: Dikeluarkan oleh Abdul Razzak dalam Musannaf, no: 8037 dengan sanad yang qawiy (kuat). Demikian nilai para penyemak Zaad Al-Maad: Syu‘aib al-Arna‘uth dan Abdul Qadir al-Arna‘uth.

[7] Ibnu Al-Qayyim Al- Jauziyyah, Zaad Al-Maad, Muassassah Ar-Risalah, jilid 2, ms. 87-88.

[8] Sanad Dhaif: Dikeluarkan oleh Ad Daraqutni dalam Sunannya, no: 2330 dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no: 1555. Sanadnya dha‘if kerana salah seorang perawinya yang majhul. Rujuk keterangan Majdi bin Manshur dalam semakannya ke atas Sunan Ad Daraqutni.

[9] Ar Raudah An Nadiyyah, Maktabah Al-Kauthar, Riyadh, jlid 1, ms. 572.

[10] Amalan-amalan seperti berzikir dan membaca Al-Qur'an perlu dijaga adab-adabnya. Iaitu janganlah terlalu ditinggikan suara ketika bertasbi , bertahlil atau membaca Al-Qur'an kerana dikhuatiri akan mengganggu orang-orang lain di dalam masjid. Cara sedemikian lebih menepati perintah Allah di dalam ayat:

Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. Maksud surah Al-A'raaf [7: 205].

Terdapat sesetengah pihak yang gemar berzikir secara berjemaah dengan suara yang serentak dan berirama (berlagu). Kaedah berzikir dengan cara sebegini tidak sabit dari amalan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat. Orang yang melakukan hanya bertindak mengikut selera sendiri dan bukannya mengikut dalil yang disyariatkan dalam agama.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Tirmizi dan dinilai Sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi, no: 2317.

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim. no: 2175.

[13] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 2028.

[14] Sahih : Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 1189.

[15] Contohnya: Ahmad bernazar untuk melaksanakan i'tikafnya di dalam masjid Negara Kuala Lumpur. Namun dia dikira sudah melaksanakan i'tikafnya itu walaupun ia berlangsung di dalam masjid berhampiran rumah dan bukannya di masjid Negara. Jadi tidaklah perlu dia bersusah payah ke Kuala Lumpur untuk menunaikan nazar berkenaan.

[16] Sahih: Dikeluarkan oleh Bukhari, no: 1190.

[17] Sayid Sabiq, Fiqh Al-Sunnah , jilid 1, ms. 428.


source: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Amalan%20Ramadhan/12.htm

Sunday, September 27, 2009

Knowledge About Al-Istihalah

Assalamualaikum wbt...

Aku mendapat assignment
daripada lecturer subject "Halal Food Management", yang dalam kuliah agak 'panas' dgn persoalan-persoalan drpd student. Tajuk assignment: Forbidden Animal in Islam and Istihalah in this Products. Aku cukup takut membuat assignment ini sebab belum dapat maklumat-maklumat kukuh tntg Al-Istihalah, sejauh mana ia diterima oleh ulama-ulama muktabar dalam menentukan kehalalan sesuatu produk. Takut menyebarkan maklumat yang salah. Tapi alhamdulillah, mujur lecturer, Dr. Tajul adalah seorg yg open-minded dan sentiasa menerima soalan-soalan dan buka diskusi untuk student2 nya.

Cari punya cari, terjumpa satu forum diskusi daripada Indonesia, cerita bab bactosoytone dan istihalah... Alhamdulillah. Di sini aku pastekan untuk tambahan knowledge pembaca sekalian... Bukalah minda anda untuk berfikir. Jangan menjadi manusia yg terlalu 'rigid' dan t'aasub...


_____________________

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Catatan: saya tinggal di NY dan sampai saat ini masih selalu memilih makanan yang ada logo halal dan/atau logo kosher (utk non meat). Dan artikel di bawah ini hanya saya gunakan sebagai wawasan pengetahuan tanpa membuat saya menjadi taqlid.
artikel di bawah ini menerangkan konsep istihalah, perubahan materi. seperti dari wine menjadi cuka, dll.


Artikel ini ditulis oleh ulama kaliber seperti Syeikh M. Bazmool dan Syeikh Nasiruddin Albaani (salah satu muhadist terbaik abad 20). Silakan di google.

Dalam masalah fiqih akan selalu ada perbedaan dan selama perbedaan itu dilandasi dalil dan argumentasi yang kuat, maka kita patut menghargainya.

Contoh: teman-teman saya yang bermazhab hanafi menajiskan alkohol apapun bentuknya. Sedangkan kita memiliki pengertian bahwa alkohol tidak najis, yang najis adalah khamr nya.

berikut ini artikelnya:


Sh Muhammad Bazmool is a well known Scholar of fiqh from Mecca and the translation is by Moosa Richardson also a well know Canadian student of knowledge studying at the university of Hadeeth in Mecca.

Bismillahi wa salaatu wa salaamu 'alaa rasulillah,

(Taken entirely from a dars given by Sh. Muhammad Bazmool, translated by Moosa Richardson and a fatwa given by Sh. Nasiruddin al-Albaani)

Istihala is when something becomes pure. It was najis (impure) but it is now taahir (pure). A good example would be maitah (animal carcass): it is najis, but should it be burned and become ashes, or decompose and become earth, then it is taahir, it is no longer
najis. This can happen with dung or feces or whatever. Whenever something changes from one property to another, then the ruling likewise changes.

Example: Let us say that someone uses the fat of a dead animal to make soap. That fat is najis, but the chemical change that it was put through makes it taahir.

Ibn Hazm put it concisely when he said,

"Ruling upon an object is upon what it is named (what it is), if the name (what it is) changes then so does the ruling."

He also mentioned in his book of fiqh, Al-Muhalla: "If the quality of the substance of naturally impure objects changes the name which was given to it so that it is no more applicable to it and it is given a new name which is given to a pure object, so it is no more an impure thing. It becomes a new object, with a new rule."

Meaning that if the natural composition of a substance changes to another substance of a different composition, so much so that you can no longer call the new substance by the name of what it was-- ruling upon that substance changes too.

Proof/Example 1:

The companions (radyallahu anhum) used to eat a cheese that came from the land of the disbelievers. In that cheese was a part of the calf which was slaughtered by the disbelievers in a way that is not in accordance with Islaam. The companions knew this, but they also
knew that the prohibition was upon the calf, what is directly from the calf, and what could be properly called part of the calf; the ruling is not upon that which you cannot identify as part of the calf nor is it called any longer such-and-such part of the calf. This is called istihala.

Proof/Example 2:

Another proof from the Sunnah: The Prophet (sallallahu 'alayhi wa sallam) forbade making vinegar out of wine, but he said that if you should come across vinegar that has been made from wine then it is halaal.

Why?

The ruling is upon what the object is, and not what it was. Wine is haraam; vinegar is not, and before the wine became an intoxicant, it was halaal. Why? Because it was fruit before that.

Proof/Example 3:

Allah says in the Qur'an:

"And surely there is a lesson for you in the cattle we give you to drink of what is in their bellies from between the feces and blood, pure milk, wholesome to those who drink it." (16:66)

Allah is putting forth an example for us of how something pure can come from something impure.

And we can also use as proof something that we've already gone over. The Prophet (sallallahu 'alayhi wa sallam) said that when the hide of maitah (the carrion) is tanned, then it is taahir. He (sallallahu 'alayhi wa sallam) gave us a method to purify something which was first impure.

Let us examine things we are familiar with: mono and diglycerides, whey, gluten, emulsifiers, gelatin, and whatever else is on the international haraam list. These by-products sometimes come from animals, pigs even, in which case the ruling on the initial substances is that they are haraam. But the initial substances (e.g. fat, marrow, cartilage, etc.) are put through chemical change so that you no longer can even call it "pig fat" or "animal bone" or "skin" or
"cartilage", etc. because it is no longer that, hence it is taahir, it is halaal.

What is gelatin? As Oxford dictionary of science defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble protein obtained by boiling collagen with water andevaporating the solution. It melts when water is addedand dissolves in hot water to form a solution that
sets to a gel on cooling." (page 290)

Is this a chemical change or is this not a chemical change? Is it protein any longer? No, it is not.

You are in disbelief so you ask, "But how can it be halaal when it came from something haraam?"

Because of the proofs mentioned above, the ruling is not based upon what it was, the ruling is based upon what it is. A Hanafi scholar, Ibn Abedin gave the example: "the swine which drowns in a salt lake and decomposes and becomes salt itself, is now halaal."

And other Hanafi scholars go on to say: "salt is different from meat and bones. If they become salt, they are salt."

To take the salt example further: salt consists of sodium chloride (NaCl) when together they are the halaal food known as salt, when separated they make up two poisonous substances which are then haraam for consumption.

The ahnaaf (Hanafis) also use as an example the human semen, saying that it is najis, then when it inseminates the egg and becomes a blood clot it is still najis, but when it becomes flesh it is no longer najis. And the ahnaaf are not the only ones who take this position.

The examples are numerous and they extend beyond food:
Yesterday a man was kaafir and going towards Hell, today he is Muslim, so what is the ruling upon him? It is based upon what he is today.

We must be careful when we call things haraam because it is a form of thulm (oppression) . Scholars have said that it is worse that you make something halaal to haraam rather than making something haraam to halaal. This deen Allah has made yusr (easy) let us not make
it 'usr (hard). Wallahu 'Alim.

source: http://groups.yahoo.com/group/Halal-Baik-Enak/message/9647

Monday, March 02, 2009

Bab 16 Riyadus Solihin Jilid 1

Perintah Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

Allah Ta'ala berfirman:

"Apa saja yang diberikan oleh Rasul kepadamu semua, maka ambillah itu - yakni lakukanlah -dan apa saja yang dilarang olehnya, maka hentikanlah itu." (al-Hasyr: 7)

Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Ia - yakni Muhammad - itu tidaklah berkata-kata dengan kemauannya sendiri. Itu tiada lain kecuali wahyu yang diwahyukan kepadanya." (an-Najm: 3-4)

Juga Allah Ta'ala berfirman pula:
"Katakanlah-hai Muhammad, jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah aku, maka Allah tentu mencintai engkau semua dan akan mengampuni dosa-dosamu." (ali-lmran: 31)

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan niscayalah di dalam peribadi Rasulullah itu merupakan ikutan - teladan - yang baik bagimu semua, juga bagi orang yang mengharapkan menemui Allah dan hari akhir." (al-Ahzab: 21)

Allah Ta'ala berfirman lagi
"Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum beriman benar-benar sebeium mereka meminta keputusan kepadamu dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang bulat-bulat." (an-Nisa': 65)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Jikalau engkau semua memperselisihkan dalam sesuatu persoalan, maka kembalikanlah itu kepada Allah dan RasulNya, apabila engkau semua benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir." (an-Nisa': 59)

Para alim-ulama berkata: "Maksudnya itu ialah supaya dikembalikan sesuai dengan al-Kitab - al-Quran - dan as-Sunnah - al-Hadis."

Allah Ta'ala berfirman pula:
"Barangsiapa mentaati Rasul ia telah benar-benar mentaati Allah." (an-Nisa')

Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan sesungguhnya engkau itu niscayalah memberikan petunjuk kejalan yang lurus yaitu jalan Allah.'' (asy-Syura: 52-53)

Allah Ta'ala berfirman:
"Hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul itu menjadi takut, supaya jangan sampai tertimpa oleh kefitnahan atau tertimpa oleh siksa yang pedih." (an-Nur: 63)

Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Dan ingat-ingatlah olehmu semua - kaum wanita - apa-apa yang dibaca dalam rumahrumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmat - ilmu pengetahuan." (al-Ahzab: 34)

Ayat-ayat dalam bab ini amat banyaknya.
Adapun Hadis-hadisnya ialah:

Pertama: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: "Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan untukmu semua -maksudnya: Jangan ditanyakan apa yang tidak saya terangkan kepadamu semua, karena hanyasanya yang menyebabkan kerusakan orang-orang - ummat -yang sebelumnya itu ialah sebab banyaknya mereka bertanya-tanya - yang tidak berfaedah - lagi pula mereka suka menyalahi kepada Nabi-nabi mereka. Oleh sebab itu jikalau saya melarang padamu akan sesuatu hal, maka jauhilah itu dan jikalau saya memerintah padamusemua akan sesuatu perkara, maka lakukanlah itu sekuat usahamu."
(Muttafaq 'alaih)

Keterangan:

Isi yang terkandung dalam Hadis ini ialah:
Sesuatu yang merupakan larangan, maka samasekali jangan dilakukan, tetapi kalau berupa perintah, cobalah lakukan sedapat-dapatnya dan jangan putusasa untuk memperbaiki dan menyempurnakannya. Misalnya shalat di waktu sakit: Tidak dapat dengan berdiri, lakukan dengan duduk; tidak dapat dengan duduk, boleh dengan berbaring dan pendek kata sedapat mungkin, asal jangan ditinggalkan sekalipun hanya dengan isyarat memejamkan serta membuka mata dalam melakukan shalat itu.

Allah telah berfirman:
"Allah tidak memaksa pada seseorang melainkan menurut kekuatannya." Ummatnya Nabi Musa 'alaihissalam yang meminta pada beliau sebagaimana kata mereka yang diuraikan dalam al-Quran:
"Tampakkanlah pada kita Allah hu dengan terang-terangan."
Bukankah ini permintaan yang melampaui batas dan tidak bermanfaat sedikitpun?
Juga seperti ummatnya Nabi Isa 'alaihissalam sebagaimana yang diterangkan dalam
al-Quran pula.

Mereka berkata:
"Adakah Tuhan Tuan dapat menurunkan pada kita hidangan dari langit?" Mereka menyangka bahwa Allah tidak kuasa melakukannya. Tetapt setelah dikabulkan permintaan mereka, tetap masih banyak yang ingkar dan kufur. Bukankah ini keterlaluan yang luarbiasa?Menyalahi Nabi-nabinya sendiri sehingga menyebabkan timbul bid'ah yang bermacam-macam dan lain-lain lagi.

Adapun kalau berselisih dalam memahamkan hukum cabang (furu'iyah), maka itu tidaklah menjadi bahaya sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
"Perselisihan ummatku adalah rahmat."
Tetapi perselisihan yang berbahaya dan tercela ialah apabila soal-soal cabang atau perincian-perincian itu dibesar-besarkan hingga menjadi retaknya barisan ummat Islam dalam menghadapi lawannya. Ini sungguh terlarang dalam agama sebagaimana firman Allah:
"Dan janganlah engkau semua bercerai-berai, maka akan lemahlah engkau semua dan
lenyaplah kekuatanmu."

Kedua: Dari Abu Najih al-'Irbadh bin Sariyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah memberikan wejangan kepada kita semua, yaitu suatu wejangan yang mengesankan sekali, hati dapat menjadi takut karenanya, matapun dapat bercucuran. Kita lalu berkata: "Ya Rasulullah,seolah-olah itu adalah wejangan seseorang yang hendak bermohon diri. Oleh sebab itu, berilah wasiat kepada kita semua!"

Beliau s.a.w. bersabda:
"Saya berwasiat kepadamu semua, hendaklah engkau semua bertaqwa kepada Allah, juga suka mendengarkan dan mentaati -pemerintahan - sekalipun yang memerintah atasmu itu seorang hambasahaya Habsyi. Karena sesungguhnya saja, barangsiapa yang masih hidup panjang di antara engkau semua itu ia akan melihat berbagai perselisihan yang banyak sekali. Maka dari itu hendaklah engkau semua menetapi sunnahku dan sunnah para Khalifah Arrasyidun yang memperoleh petunjuk - Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali radhiallahu 'annum; gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi-gigi taringmu - yakni pegang teguhlah itu sekuat-kuatnya. Jauhilah olehmu semua dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, karena sesungguhnya segala sesuatu kebid'ahan itu adalah sesat."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa
ini adalah Hadis hasan shahih.

Keterangan:

Banyak sekali hal-hal penting yang terkandung dalam Hadis ini, di antaranya ialah:

  1. Orang yang berpamit yakni hendak meninggal dunia,sebab isi nasihatnya itu sangat mendalam.
  2. Memang kita wajib taat pada pemimpin-pemimpin kita yang memegang pemerintahan itu, apabila mereka itu tetap menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diridhai oleh Allah.
  3. Sunnahku yakni perjalanan dan sari hidupku.
  4. Khalifah-khalifah Arrasyidun yakni pengganti-pengganti Nabi yang bijaksana dan senantiasa mengikuti kebenaran. Mereka itu ialah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali radhiallahu 'anhum.
  5. Gigitlah teguh-teguh yakni peganglah selalu sekuat-kuatmu dan jangan sampai terlepas sedetikpun.
  6. Apa yang disabdakan Nabi s.a.w. ini agaknya kini telah tampak benar, bukanlah bermacam-macam perselisihan yang kita hadapi sekarang, baik karena banyak faham yang tumbuh atau memang percekcokan sesama ummat Islam sendiri dan lain-lain sebab lagi. Karena itu satu-satunya jalan agar kita tetap selamat di dunia dan akhirat ialah dengan berpegang teguh pada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah khalifah-khalifah Arrasyidun, yang pokok kesemuanya itu ialah dalam kandungan al-Quran dan Hadis.
  7. Bid'ah yakni sesuatu yang tidakada dalam agama lalu diada-adakan sehingga seolah-olah itu jugatermasuk dalam agama. Bid'ah yang sedemikian inilah yang sesat dan setiap yang sesat pasti ke neraka sebagaimana dalam Hadis lain disebutkan:
    "Maka sesungguhnya setiap sesuatu yang diada-adakan, itu bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah di dalam neraka."
  8. Tetapi kalau yang diada-adakan itu baik (bid'ah hasanah), maka tentu saja tidak terlarang seperti mendirikan sekolah-sekolah (madrasah), pondok-pondok, pesantrenpesantren dengan cara yang serba moden. Semua tidak terlarang sekalipun dalam zaman Rasulullah s.a.w. belum ada.

Ketiga: Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Semua ummatku itu dapat memasuki syurga, melainkan orang yang enggan - tidak
suka."
Beliau ditanya: "Siapakah orang yang enggan itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:
"Barangsiapa yang taat kepadaku, maka ia dapat memasuki syurga dan barangsiapa
yang bermaksiat padaku - menyalahi ajaranku, maka dialah orang yang benar-benar enggan."
(Riwayat Bukhari)


Keempat: Dari Abu Muslim; ada yang mengatakan, dari Abu lyas, yaitu Salamah bin 'Amr bin al-Akwa' r.a., bahwasanya ada seorang lelaki disisi Rasulullah s.a.w., makan dengan tangan kirinya. Kemudian beliau s.a.w. bersabda padanya: "Makanlah dengan tangan kananmu!" Orang itu berkata: "Aku tidak dapat." Beliau s.a.w. bersabda: "Jadi engkau tidak dapat?" Sebenarnya ia berbuat demikian itu hanyalah karena terdorong oleh kecongkaannya belaka. Akhirnya ia benar-benar tidak dapat mengangkat tangan kanannya ke mulutnya -
untuk selama-lamanya." (Riwayat Muslim)

Kelima: Dari Abu Abdillah yaitu an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hendaklah engkau semua benar-benar meratakan barisan-barisanmu - dalam shalat, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan antara wajahwajahmu semua -maksudnya ialah bahwa Allah akan memasukkan rasa permusuhan, saling benci membenci dan perselisihan pendapat dalam hatimu semua." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan:
"Rasulullah s.a.w. itu meratakan barisan-barisan kita sehingga seolah-olah beliau itu meratakan letaknya anak panah, sampai-sampai beliau meyakinkan bahwa kita semua telah mengerti betul-betul akan meratakan barisan itu. Selanjutnya pada suatu hari beliau keluar - untuk bersembahyang - kemudian berdiri sehingga hampir-hampir beliau akan bertakbir. Tiba-tiba beliau melihat ada seorang yang menonjol dadanya - agak ke muka sedikit dari barisannya - lalu beliau bersabda:
"Hai hamba-hamba Allah, hendaklah engkau semua benar-benar meratakan barisanmu, atau kalau tidak suka meratakan barisan, pastilah Allah akan membalikkan antara wajah-wajahmu semua."

Keterangan:
Dalam Hadis di atas terdapat anjuran yang sangat keras agar di waktu shalat, barisan itu benar-benar dilempangkan, diratakan dan diluruskan sekencang-kencangnya. Selain itu terdapat keterangan pula perihal dibolehkannya berkata-kata dalam waktu antara selesai-nya iqamah dengan akan dilakukannya shalat, tetapi kata-kata itu hendaknya yang bermanfaat dan berguna.

Keenam: Dari Abu Musa r.a. katanya:
"Ada sebuah rumah di Madinah yang terbakar mengenai penghuni-penghuninya di waktu malam. Setelah hal mereka itu diberitahukan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya api itu adalah musuhmu semua. Maka dari itu, jikalau engkau semua
tidur, padamkan sajalah api itu dari padamu." (Muttafaq 'alaih)

Ketujuh: Dari Abu Musa r.a. juga, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi.Di antara bumi itu ada bagian yang baik,yaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, tetapi di antara bumi itu ada pula yang gersang, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang tertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, karena mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan menanam. Ada pula hujan itu mengenai bagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang yang pandai dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi. Maka orang itupun mengetahuinya - mempelajarinya, kemudian mengajarkannya - yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau dapat menahan air, dan itu pulalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu saya dirasulkan - ini contohnya bumi yang rata dan licin." (Muttafaq 'alaih)

Faquha, dengan dhammahnya qaf adalah menurut yang masyhur digunakan. Ada pula yang mengatakan dengan dikasrahkan berbunyi Faqiha), artinya menjadi pandai atau ahli fiqih.


Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaanku dan perumpamaan engkau semua itu adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian banyaklah belalang dan kupu-kupu yang jatuh dalam api tadi, sedang orang itu mencegah binatang-binatang itu jangan sampai terjun di situ. Saya ini - yakni Rasulullah s.a.w. - adalah seorang yang mengambil -memegang - pengikat celana serta sarungmu semua agar tidak sampai engkausemua terjun dalam neraka, tetapi engkau semua masih juga hendak lari dari peganganku." (Riwayat Muslim)

Al-janadib ialah seperti belalang dan kupu-kupu (dari golongan binatang kecil yang terbang), sedang Al-hujaz adalah jamaknya Hujzah, artinya tempat mengikatkan sarung atau celana.

Kesembilan: Dari Jabir r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh menjilat tangan-tangan dan piring; beliau juga bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak tahu di tempat manakah yang ada berkahnya." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan lagi:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jikalau suapan seseorang dari engkau semua itu jatuh, maka baiklah diambil kembali, kemudian hendaklah disingkirkan kotoran yang melekat di situ, selanjutnya hendaklah memakannya dan janganlah itu dibiarkan - ditinggalkan -untuk dimakan oleh syaitan. Jangan pula seseorang itu mengusap tangannya dengan saputangan - sehabis makan itu - sehingga jari-jarinya dijilat-jilatnya dulu, sebab seseorang itu tentulah tidak mengetahui di dalam makanan yang mana letaknya keberkahan."

Dalam riwayat Imam Muslim pula:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mendatangi seseorang di antara engkau semua di waktu ia melakukan segala sesuatu dari pekerjaannya, sampai-sampai syaitan itupun mendatangi orang itu di waktu ia makan. Maka dari itu jikalau suapan itu jatuh dari seseorang di antara engkau semua, maka hendaklah menyingkirkan kotoranRiyadhus kotoran yang melekat di situ, kemudian makanlah dan jangan dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan."

Kesepuluh: Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan kita semua untuk memberikan nasihat. Beliau bersabda:
"Hai sekalian manusia, sesungguhnya engkau semua itu akan dikumpulkan kepada Allah Ta'ala dalam keadaan telanjang kaki, telanjang badan dan kuncup - tidak dikhitan, sebagaimana firman Allah Ta'ala yang artinya: "Sebagaimana Kami memulai membuat makhluk untuk pertama kalinya, maka itulah yang Kami ulangkan kembali. Sedemikian adalah janji atas Kami sendiri,sesungguhnya Kami akan melaksanakan yang sedemikian itu." (al-Anbiya': 104)

"Ingatlah, bahwasanya pertama-tama makhluk yang diberi pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim a.s. Ingatlah, bahwasanya Ibrahim itu akan didatangkan dengan disertai beberapa orang dari ummatku, kemudian orang-orang itu diseret ke sebelah kiri -maksudnya ke arah neraka. Saya berkata: "Ya Tuhanku, mereka adalah sahabat-sahabatku." Lalu kepadaku dikatakan: "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sepeninggalmu." Oleh sebab itu saya berkata sebagaimana yang diucapkan oleh seseorang hamba yang shalih - yakni Nabiullah Isa a.s.: "Dan saya dapat menyaksikan perbuatan mereka selagi aku ada di kalangan mereka - semasih sama-sama di dunia," hingga ucapannya "Maha Mulia Serta Bijaksana."

Lengkapnya ucapan Nabiullah Isa a.s. itu tersebut dalam sebuah ayat yang artinya:
"Dan saya dapat menyaksikan perbuatan mereka selagi aku ada di kalangan mereka. Tetapi setelah Engkau menghilangkan diriku, maka Engkaulah yang mengamat-amati atas kelakuan kelakuan mereka itu dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. Jikalau Engkau menyiksa mereka, maka mereka itupun hamba-hambaMu, tetapi jikalau Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Bijaksana." (al-Maidah: 117-118)

"Setelah itu lalu dikatakan kepadaku: "Sebenarnya mereka itu tidak henti-hentinya kembali pada kaki-kakinya - maksudnya menjadi murtad dari agama Allah - sejak engkau berpisah dengan mereka itu." (Muttafaq 'alsih)

Kesebelas: Dari Abu Said yaitu Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu melarang berkhadzaf - yaitu melemparkan kerikil dengan jari telunjuk dan ibu jari yakni kerikil itu diletakkan di jari yang satu yakni ibu jari lalu dilemparkan dengan jari yang lain yakni jari telunjuk.
Selanjutnya ia berkata: "Sesungguhnya berkhadzaf itu tidak dapat membunuh binatang buruan, tidak dapat pula membunuh musuh. Dan bahwasanya berkhadzaf itu dapat melepaskan mata - membutakannya - dan dapat juga merontokkan gigi." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan: Bahwasanya ada seorang keluarga dekat dari Ibnu Mughaffal berkhadzaf, lalu olehnya orang tersebut dilarang dan berkata bahwasanya Rasulullah s.a.w. melarang berkhadzaf itu dan berkata: "Sesungguhnya berkhadzaf itu tidak dapat membunuh binatang buruan." Kemudian orang yang dilarangnya itu masih mengulangi lagi perbuatannya. Lalu Ibnu Mughaffal berkata: "Saya telah memberitahukan kepadamu bahwasanya Rasulullah s.a.w. melarang berkhadzaf itu, tetapi engkau masih juga mengulangi perbuatanmu. Mulai sekarang saya tidak akan berbicara lagi padamu selama-lamanya."

Keterangan:
Hadis ini menjelaskan bolehnya tidak menyapa atau tidak berbicara dengan para ahli pelaku kebid'ahan, orang-orang fasik serta para penentang dan pelanggar sunnah Rasulullah s.a.w., sekalipun hal itu dilakukan untuk selama-lamanya. Tetapi keadaan sedemikian itu wajib diakhiri, manakala mereka yang tersebut di atas itu sudah mengubah sikapnya dan suka mentaati ajaran-ajaran agama sebagaimana yang semestinya dilakukan oleh seorang muslim dan mu'min.

Dari'Abis bin Rabi'ah, katanya: "Saya melihat Umar bin Alkhaththab r.a. mencium batu hitam - hajar aswad -dan ia berkata: "Saya mengetahui bahwa engkau itu adalah batu, engkau tidak dapat memberikan kemanfaatan dan tidak pula dapat membahayakan. Andaikata saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. sendiri menciummu, pastilah aku juga tidak suka menciummu." (Muttafaq 'alaih)

 

Text