Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 08, 2010

I'll be graduating... =)

Bismillahi Walhamdulillah...

Harini result final keluar... Alhamdulillah, walaupun tidak seperti yang ditarget, tetapi aku tetap syukur dan redha, sebab inilah hasil usaha ku selama ni. 4 tahun di USM, bertungkus lumus disibukkan dengan study dan aktiviti tarbiyah (alhamdulillah)... memanglah tak semantap PNGK Ng Xiang Ying, tapi entah mengapa, aku tidak langsung kesal dan kecewa dengan perbezaan nilai tersebut. Entah mengapa?...

Subjek Organizational Behavior yang aku amek untuk course minor semester lepas, cukup membuat aku terfikir dan tersentuh bila melihat resultnya. First test aku fail... FAIL!!!... study main-main n overconfident. mentang-mentangla soalan objective, aku pandang sebelah mata je. Bila kuar je result test1 tu, aku terduduk... Astaghfirullah... nilah jadinya. Tak pernah sekalipun dalam hidup aku fail dalam exam/test. Memang menyesal, tak keruan habis waktu tu. Tapi aku tak putus asa, sebab adik-adik halaqahku menjadi penguat, akhawatku menjadi semangat untuk terus tekun. Bila lecturer umum prepare untuk test 2, memang aku pulun habis. Keluar result, alhamdulillah... A dalam list. Subhanallah... betapa Allah tidak pernah menghampakan doa dan usaha tekun seorang hambanya. Hah, tekalah... final exam aku dapat apa? --- hehe

Akhir akhir ni aku disibukkan dengan persediaan untuk memulakan projek selepas graduation. Aku menulis bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau menghebohkan hal yang belum pun jadi, tapi ini adalah sebagai langkah motivasi untuk aku terus menapak di atas jalan yang lurus ini. Ya, tertekan juga dengan pelbagai desakan dan tekanan yang ditimpakan tapi, kita perlu sentiasa positif dan pandai mengawal stress. Jangan sampai pengsan sebab stress, sudahlah.

Projek business, insyaAllah dalam usaha memulai walaupun masih baru melangkah dan perjalanan berliku dan berhalangan masih jauh di hadapan. projek apa? nantilah, akan diceritakan kemudian, insyaAllah. Hanya meminta agar pembaca sekalian mendoakan moga-moga semangat dan langkah ini terus walau apa pun yang berlaku, mintalah didoakan.

Dalam langkah-langkah meniti hari pembukaan kedai ni, asyik teringat sahabat nabi, Abdurrahman bin Auf, sewaktu berhijrah ke Madinah, bila ditawarkan untuk mengahwini salah seorag isteri saudaranya, beliau hanya bertanyakan jalan ke pasar. Terfikir, apakah yang berada di benak sahabat besar tersebut. Bagaimana keberadaan dirinya waktu itu, dalam pada sibuk memikirkan strategi untuk berdakwah bersama Rasulullah SAW, masih lagi mempunyai waktu dan kewangan yang banyak untuk membiayai segala peralatan untuk menjalankan misi dakwah.

Aduhai, wahai diri. Jauh sungguh dirimu untuk dibandingkan Abdurrahman bin Auf. Tapi tak mengapalah. Yang penting, inilah pekerjaan yang paling mudah untuk aku berada dekat dan merasai bagaimana cara hidupnya para sahabat yang kaya-raya pada zaman nabi, dan juga perasaannya Rasulullah SAW menghabiskan waktu mudanya dengan berniaga. Perasaan suci ini... subhanallah terlalu rindu untuk dirasai. Apalagi untuk dilepaskan.

Tapi ayah agak kurang setuju dengan perancangan aku. Mungkin kerana aku perempuan? atau mungkin kerana dia kurang yakin dengan kemampuanku. Pastinya dia kesal sebab aku tolak tawaran medic dulu. Dari first year aku kat USM sampaila nak grad ni, itulah yang diungkit oleh parents. Adus, haru juga. Tak kisahlah... Bila aku bentang rancangan perniagaan aku dalam kereta tadi, satu per satu aku cerita pada mereka planning aku dengan yakin, mereka terdiam. Mungkin mereka tak sangka anak perempuan mereka dah sebesar ini. heheheh...

Semoga memberi ilham kepada bakal graduan untuk membuat keputusan selepas graduasi kalian. Bittaufiq wannajah...

Wassalam

Friday, May 21, 2010

Nampak Allah???.....

Suatu petang di rumah...

"Yeah, ibu dah balik..." aku menyambut kepulangan ibu dari kerja. Tak semena-mena,
"Kaklang, mana Allah dalam diri kaklang?" ibu bertanya padaku. Huh? sudah. Killer question. Kena jawab wisely ni. Tak bleh main-main!

"Erm... dalam hati" jawabku separuh dalil. Huh, nak kena ada bukti nak jawab soklan macamni. Bukan hentam keromo. Yang penting, hati benar-benar terasa kewujudanNya. Dalam solat, dalam puasa, dalam tilawah, dalam kehidupan seharian. Bukan hanya boleh dilihat tapi tak dihayati. Aku cuma ingat dalil ini.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran..." (Al-Baqarah,2: 186)

Tetiba kena tanya macamtu oleh ibuku sendiri, rasa macam tak percaya. Messy sekejap.

"Eh, tu tak bleh nampak. Ibu tanya yang bleh nampak. Tula kau ni, blaja agama tinggi-tinggi, ngan ustaz itulah, ustaz nilah. Benda basic camni pun ustaz kau tak ajar ke?" ibu sengaja nak menguji.

Adus. zzzzzzz.... macam kena karen rasanya. "Alah, mana yati tau bu... ibu bagitaula..." aku memuncung minta simpati, kemudian masuk bilik nak buat kerja lain.

"Hah, cepat tunjuk ibu, mana Allah kat diri kaklang," ibuku tak puas hati dan mengekori aku masuk ke bilik.

Ting! aku dapat idea. "Tuha bu..." aku menunjuk pada frame cross-stitch dengan benang emas menulis kalimah 4JJ1 pada dinding bilik. "Ha, kan nama Allah tu."

"Mana pulak, tu bukan kat diri kaklang. Ni, nampak ni," ibuku berkata sambil menunjuk belakang tapak tangan kanannya. "Apa kaklang nampak?"

"Ha, yati tau! ni ha, Alif, Lam, Lam, Ha!" aku berkata sambil mengikut dengan jari telunjuk pada garis-garis tua pada jari jari blakang tapak tangannya. "Fuh, tererla ibu ni!" tersengih aje memanjang. Macam anak kecil bermanja dengan ibunya. Cet, apa salahnya? Ni ibuku!


Ibuku terus pergi tanpa sebarang kata. Itulah ibuku. Dengan anaknya sorang ni, dia seorang 'mother with few words'. And that's my lovely beloved mother.

Alhamdulillah, perubahan pada ibuku. Sebelum ni dia tak pernah sekalipun berbicara perkara agama denganku. Cuma sesekali bila aku berbincang dengan ayah, dia hanya mendengar. Tapi bila ayah dan ibu mengambilku di Terminal 1 Seremban kelmarin, dia mula menyuruh aku mencarikan video youtube 'Andaiku Tahu' oleh ungu dalam iPhone ayah. Kemudian, dia meminta pula video 'Demi Matahari' oleh Snada. Heheh, masa dia tengok video tu, siap buat gaya lagi. Aku tahu ini mesti penangan program ESQ. Alhamdulillah.

Padahal sebelumnya, kalo hari-hariku dipenuhi dengan tilawah, pasti dia bising. "Kaklang ni asyik baca Qur'an je... usrah sana, usrah sini. Nak jadik ustazah? Kalo nak jadi ustazah, tak payahla blaja tinggi-tinggi, tak payah amek Food Technology..." nasihatnya lembut tapi menusuk. Waktu tu, aku cuma mendiamkan diri. Betul juga, kalo tak seimbangkan study dan dakwah, hancurla semua. Pada masa yang sama, sedaya upaya cuba menjadi anak terbaik. Heh, sudah pasti akulah anak kesayangan ibu & ayah =P...

Keluarga sakinah, mawaddah, wa rahmah? keluargaku memang sederhana, dan adakalanya aku sedikit kecewa melihat abang-abang dan adik-adikku dididik di rumah. Tapi aku tak kesal, bahkan tak berputus asa. Padaku, memberi yang terbaik itu lebih baik dan lebih menggembirakan. Pada anak-anakku kelak, insyaAllah akan beri yang terbaik.


Terima kasih ayah, terima kasih ibu. Kedua-duanya permata paling indah dalam hidupku. Moga Allah melindungi mereka dengan rahmat di dunia dan akhirat kelak... Ameen.

Wassalam

Saturday, March 13, 2010

Special Dedication --> Big Lil Bro

Assalamualaikum wbt...

Waktu ibu tepon semalam, aku dah pun slamat sampai kolej adik2, ada mabit semalam... Alhamdulillah berjalan dengan jayanya.

Birthday Acik? [12 Mac 2010]


Adeh, camna bleh lupalak ni. Lepas tu terus call acik kesayanganku. Anyway buat acik yang outstation di Johor, Happy Belated Birthday. Semoga dengan bertambah umur, bertambah taqwa pada Allah, bertambah syukur padaNya dan bertambah amalan ikhlas keranaNya... Tiada lain yang kuharap melainkan dirimu menjadi hamba yang soleh dan taat perintah Allah dengan sepenuh hati. Ameen...

Nanti kalo dah sampai Penang, jangan lupa blanja kaklang Pizza Hut. Kaklang tuntut nanti...hehehe

Subhanallah...sudah besar adik-adikku yang 2 nie (walaupun ramai 'adik2 lain' =P) Teringat peristiwa bila mereka pertama kali pulang ke rumah lepas pertama kali 'merantau' ke tempat orang. Waktu tu acik melanjutkan pelajaran di UNISEL Batang Berjuntai lepas SPM, sedang adik ke SAMURA Johor untuk tingkatan 4. Sedang duduk-duduk, tiba-tiba adik and acik datang padaku. Acik duduk di belah kanan, adik duduk di belah kiri... then bercerita tentang pengalaman mereka pertama kali tinggal di tempat orang. Wah, tak menang telinga melayan mereka. Yang seorang cerita tentang university life, yang seorang bercerita tentg sekolah baru. Waktu itu aku tahu, adik-adikku sudah semakin besar dan akan menjadi 'orang baru'. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu...


Menghantar angah, di KLIA
(p/s: susah betul nak cari gambar yang hanya mereka berdua...)


Membesar bersama adik-adikku ini sebebnarnya tarbiyah awal Allah padaku. Mana taknya, waktu aku di sekolah menengah, memang selalu juga kami ditinggalkan oleh ibu n ayah. Ayah selalu outstation dan ibu pula selalunya akan ikut ayah. Along di KL, sedang angah di Lumut. Tinggallah kami menguruskan keperluan sendiri. Maka aku sebagai kakak perlulah menjaga 'kebajikan' mereka. Heheh, masak? cincai je. Selalunya ibu siap masak sebelum pergi. Aku cuma panaskan shj lauk.

Alhamdulillah, rupanya pengalaman itulah yang mengajar aku menjadi seorang yang independent dan matang menghadapi kehidupan. Aku terdidik bila tiada tempat sandaran, Allah menjadi kuasa utama tempat bergantung. Menguruskan keperluan adik-adikku mendidik sifat keibuan...walaupun aku sangat garang dengan adik-adikku... heheh, jgn marah ye dik.

Begitulah tarbiyah Allah. Aku tidak sedar hal itu sehingga tarbiyah dan pengalaman dakwah datang menyapaku. Begitu besar kurniaan Allah sehingga tidak sanggup rasanya untuk bermalas-malasan dan beralasan dalam berdakwah. Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri dan dihayati untuk mnjadi hamba yang ikhlas beramal keranaNya... Allahu akhbar!

Bila adik-adikku ini jauh di mata, maka aku kini berusaha mendidik 'adik-adik' perempuan ku pula. Biarlah nanti di mana pun mereka berada, dakwah, tarbiyah dan Islam menjadi nadi utama dalam kehidupan mereka. Tak mengapalah 'sakit' sedikit, asalkan Allah sudi menerima amal baik ini sebagai bekal aku bertemu denganNya nanti...

Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wassalam

Saturday, February 27, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian...

Assalamualaikum wbt...

Tatkala terdengar perkataan 'SAH' dilafazkan, aku tak dapat menahan air mata ini daripada mengalir... Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan pernikahan yang barakah ini. Alhamdulillah... tak terkata betapa bersyukurnya aku tika Allah mengabulkan doa kami untuk ukhti yang seorang ini. Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!


I know more than anyone else (maybe not the most) apa yang telah dilalui oleh seorang ukhti Ummu Imarah. Dia begitu tabah, begitu sabar untuk sebuah penantian dan hanya Allah sahaja yang mampu menilai kesabaran itu. Begitu banyak dugaan dilalui dan akhirnya harini dia sah menjadi zaujah seorang mujahid yang berjuang fi sabilillah, dan bakal menjadi sayap kiri dan 'seorang khadijah' buat zaujnya. InsyaAllah, moga rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW terus mekar dengan pernikahan ini. Ameen...

Tahniah buat kalian...

Baarakallahu Laka, Wa Baaraka 'Alaika, Wajama'a bainakuma fi khair, ameen..
Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan...
(HR Abu Dawud, at-Tarmizi, Ibn Majah)

p/s: Tidak lupa juga kepada dua orang ukhti yang menikah pada minggu yang sama, tahniah buat kalian dan doa kami semoga Allah memberkahi pernikahan kalian dan lebih gencar dalam menegakkan syiar-syiar Allah dan lebih teguh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Ameen...

Wassalam

Tuesday, February 23, 2010

Special Dedication --> Lil Bro


Assalamualaikum wbt...

Special dedication for my lil bro in Tanta... (zzzzz)

Happy Belated Birthday! Eid Milad! [21 Februari 2010]

Semoga pertambahan umur ini menjadikan dirimu semakin matang menghadapi kehidupan dan menjadi ummat yang berbakti pada agamaNya... amin.

p/s: this chocolate cake is handly made by our beloved mother. hmm, aku orang pertama yang merasmikan. hehe, jgn marah ye dik...

Di saat merindukan adik...



wassalam...

Monday, April 28, 2008

I'm proud of you!

Bismillahi Walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt.

Masih terasa letihnya memandu dari Sg.Buloh ke Tampin. Semalam lagi best. Memandu straight dari Tampin ke Lumut. Namun, Alhamdulillah atas belas kasihan Allah padaku dan ahli keluargaku, kami selamat sampai rumah.

KLD Tunas Samudera is back! Alhamdulillah misi pelayaran TLDM buat julung kalinya mengelilingi dunia berakhir semalam apabila kapal layar tersebut mendarat di Pelabuhan Kelang. Abangku juga merupakan salah seorang drpd krew yg terlibat dalam pelayaran tersebut. I'm proud of him.

Aku terfikir dan sentiasa terlintas di benak... Mungkin dia bukan seperti tentera Islam dahulu, apalagi mempunyai semangat jihad melawan musuh Allah seperti Salahuddin Al-Ayyubi. Tapi as long as dia berbakti untuk negara ini dan menjamin keselamatan penduduk Islam dan dua't di Malaysia ini, bagiku itu sudah cukup memadai mengikut kemampuan dia.
Dan aku selalu mendoakan agar dia menerima hidayah Allah selalu, seperti yg pernah dia kecapi waktu awal2 dia masuk sekolah agama dahulu. Bila balik dari asrama, dia akan bercerita macam2. Tentang membuat kebaikan, malam lailatul qadar, ajak adik2 pi surau, selalu ingatkan spy solat di awal waktu, selalu kenakan kopiah walaupun berada dalam rumah. Aku rindu dia yang itu.. dan akan tetap menanti dan berusaha sehingga waktu spt itu wujud semula... Ya Allah, kabulkanlah. Ameen..

"Wahai org2 yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras..." (Surah At-Tahrim,66:6)


before departing, KLIA, 22 August 2007


Magnificent KD Jebat


KLD Tunas Samudera arriving...


My family at the TLDM port, Lumut, 27 April 2008


Today was such an exciting day. Well, I had the oppurtunity to see all the big ships and helicopters that are used for war in front of my eyes. Subhanallah. I got the chance to be inside the ship and see what's in. Nothing much, but for me, i got the real expression of feeling on how my brother and other TLDM crew live inside the ship. That's not easy man!

Huhu...terbayang kisah silam, peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah dan juga yang berlaku selepasnya. Aku terbaca kisah perang Hunain dlm Kitab Tafsir Ibn Katsir. Jumlah mereka yang ramai tidak memberi jaminan bahawa mereka akan menang. Boleh rujuk tafsir Surah At-Taubah ayat 25-27. Perang Hunain terjadi selepas peristiwa "fathul Makkah". Ada pihak yang kurang berpuas hati dengan penaklukan tersebut, antaranya kelompok dari suku Hawazin, Tsaqif, bani Jasyam, Banu Sa'ad bin Baker dan Bani Hilal, Bani Amer. Mereka berencana menyerang kaum Muslimin dan telah bergerak ke Mekah dengan kelengkapan yg cukup dan tentera yg ramai, termasuk wanita dan binatang ternak. Kaum Muslimin pula waktu itu dipimpin oleh Rasulullah bersama 10 000 pasukannya. Ramai tu, kalau nak banding dgn bilgn tentera perang sebelumnya (Badar 315, Uhud 1000, etc).

Apabila kaum Muslimin turun ke lembah Hunain, mereka dihujani dengan panah dan barisan yg mendadak menyerbu tengah-tengah pasukan Muslimin. Mereka tidak bersedia untuk itu. Serangan mendadak itu berkesan mencerai-beraikan Muslimin dan ramai antara mereka lari ke belakang. Hanya tinggal Rasulullah dan beberapa org sahabat yang bertahan. Antaranya Abu Sufyan bin Al-Harits, Al-Abbas bin Abd Mutalib (bapa saudara Rasulullah), Ali, Abu Fadhl bin Abbas, Abu Bakar, Umar, Aiman bin Ummi Aiman, Usamah bin Zaid dan lain-lain. Mereka berseru orang2 itu supaya kembali. Pada msa ni, Rasulullah suruh bapa saudaranya Al-Abbas yang terkenal memiliki suara keras supaya menyeru mereka kembali. Seruan tersebut mendapat respon 'Labbaika-labbbaik!', maka berkumpullah mereka mengelilingi Rasulullah SAW.

Sesudah itu, Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu dibaca " Tepatilah apa yg Engkau janjikan padaku..." lantas dilempar ke pihak musuh. Maka tentera musuh tersebut telah diganggu penglihatan dan mulut mereka dgn debu pasir dan teralih perhatian meraka. Pasukan Muslimin tidak mensia-siakan kesempatan baik tersebut dan membalas serangan mereka. Ramai yg lari tunggang langgang dikejar oleh pasukan muslimin, dibunuh apa yg boleh dibunuh dan ditawan apa yg boleh ditawan.

Aku tertarik dengan beberapa ibrah dari riwayat dari para sahabat bawah ini.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Al-Barra' bin Azib bahawa seseorg bertanya kepada Abu 'Umarah (sahabat yg hadir masa perang tersebut), "Apakah kamu lari meninggalkan Rasulullah dlm perang Hunain?"
Ia menjawab, "Akan tetapi Rasulullah SAW tetap bertahan dan tidak lari. Org2 dari suku Hawazin iu itu pemanah-pemanah yang hebat. Mereka pada mulanya mundur apabila kami mengadakan serangan, tetapi tatkala org2 kami sibuk mengumpul ghanimah, kami dikejutkan oleh Hawazin dengan panah-panahnya berjatuhan di tgh2 barisan dan sempat mengacau, mencerai-beraikan anggota pasukan sehingga sebahagian besarnya lari meninggalkan Rasulullah. Baginda hana dengan beberapa org sahabat sahaja, sungguh menakjubkan sikap berani yg ditunjukkan oleh Rasulullah sbg pemimpin pasukan, betapa beliau tetap tegak di atas unta tunggangan disertai kurg dari 100 org sahabatnya. Inilah cth dari sikap tawakal kepada Allah dan iman serta kepercayaan yg teguh bahawa akan dtg pertolongan Allah yg dijanjikan kpd RasulNya, agar dpt menyempurnakan risalahNya sbg penutup Rasul, pembawa agama Allah yg terakhir." Demikian jawab Abu 'Umarah.

Diriwayatkan oleh Said bin Assa'ib dari ayahnya yg mendengar Yasid bin 'Amir Assawa'ie, seorg yg turut mengambil bahagian dlm perang Hunain di pihak kaum musyrikin, yang kemudiannya memeluk Islam. Apabila ditanya tentang rasa takut yg dimasukkan Allah dlm hati mereka, ia mengambil seketul batu lalu dilemparkan ke dalam sebuah baskom seraya berkata, "Semacam suara inilah yg kami rasakan dlm hati kami..."

Aku teringat peristiwa yg berlaku semasa exam week 2 minggu lalu. Tatkala itu aku sedang demam exam, killer paper, Operation Unit I yg banyak kira-kira dan Instrumental Food Analysis yang banyak kena hafal n tahu fakta penting (takla killing sgt pun). Seperti biasa, jika melalui waktu2 mencabar, aku minta doa dari org2 soleh, seperti akhwat tersayang. Kali ini lain jawapannya. Aku sangat menghargainya. Jazakillah ukhti atas ingatan.

"Buang mindset killer paper. Jangan takut pada paper." Serta merta kisah viva nya yg pernah diceritakan padaku menyingkap tabir minda ketika itu. Sewaktu mahu mula viva (presentation Final Year Project), first step hilangkan rasa gemuruh, dia istighfar kepada Allah, takut hanya kepada Allah, bukan kepada penyelia viva, atau penaya soalan, walaupun ketika itu perasaanya sangat mendebarkan. Nanti jika tiba masanya, antum beritahu aku apa perasaannya. TAKUT & BERHARAP hanya pada Allah!

Semoga Bermanfaat. InsyaAllah
Wallahu a'laam.


 

Text