Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

MAUT '10 (Mukhayyam AUT)

Bismillahi Walhamdulillah...

Biarlah gambar berbicara...

Signboard Mahal... siap model lagi... ish..ish..



Kagum dengan akhwat berdua ni... Subhanallah...



Bersedia hadapi perasaan extreme...


Alhamdulillah, mukhayyam berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada semua urusetia dan peserta atas komitmen dan fokus yang baik sepanjang program. InsyaAllah, mukhayyam akan datang kita buat yang lebih baik lagi insyaAllah.

Cadangan akhawat ummahat tentang pengukuhan ilmu-ilmu rumahtangga sesuatu yang perlu diambil perhatian secara serius. Kerana skil-skil keakhawatan sebegitu yang seharusnya kita perlengkapkan diri kita, seperti menjahit, menjaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan, pengurusan masa dan waktu, terutama bagi yang bekerja dan paling penting pendidikan anak-anak.

Jadi buat semua wanita terutama yang bergelar dai'e, jangan menunggu-nunggu waktu sudah ta'aruf (untuk menikah) barulah ada kesedaran... dah lambat tu! Sejak bujang lagi, kita perlu perlengkapkan diri kita dengan pengetahuan-pengetahuan yang basic tentang pengurusan rumahtangga. Jangan sampai ikhwah (baca: suami) bising... akhwat ni dakwahnya hebat. terbang sana, terbang sini, tapi masak nasi pun tak reti? waduh,waduh... gawat...gawat...

Sukan extreme yang dialami selama ini, Flying fox, river crossing, water repelling, rafting, kayak, etc...pengalaman itu jangan disia-siakan. Bila kita dah ada pengalaman macam tu, jadikan ia sebagai pelatihan kekuatan, terutama bila kita menjadi sayap kiri seorang suami yang menginfaqkan dirinya di jalan dakwah. Suami kita kuat, jadi diri kita juga perlu menjadi penguat untuk menyusun pengurusan bersama. Syura keluarga, giliran menjaga anak-anak sewaktu liqo' & program, susun atur kerja rumah. Subhanallah, bukan mudah jika tidak kuat.

Haha, macam org dah berkeluarga... Sebab akhir-akhir ni selalu sangat dengar masukan & musykilah perkara yang sama :P

Bittaufiq Wan najah...
Wassalam

Tuesday, April 20, 2010

Azure Diamond Generation's View

Bismillahi walhamdulillah...


Assalamualaikum wbt...


Azure Diamond Generation? Program follow up untuk adik2 yang dikasihi kerana Allah. Alhamdulillah, walau hati terluka dan agak down pada awal-awal program, namun kasih sayang dan rahmat dari Allah memberiku kekuatan untuk bangkit dan meneruskan program seperti yang telah dirancang. Mujur Allah mendatangkan akhawat tercinta, ukhti Asma', Ukhti 'Aisyah Humaira and especially Ukhti Khazinatul Asrar yang banyak menenangkan dan meniupkan kata-kata semangat buatku di kala hatiku teruk terluka... Subhanallah, Walhamdulillah. Syukran ya ukhti. Jazakumullahu khairan katsira di atas bantuan dan semangat yang antum hulurkan sepanjang program. Walaupun program ini terlalu banyak kekurangan, tetapi kesungguhan dan keikhlasan yang kalian tunjukkan dan sumbangkan sangat besar maknanya di sisi Allah. Semoga Allah memberkahi usaha kita untuk agamaNya, ameen... =)

Ayat Hafalan: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang beraqal, (iaitu) org2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau mencipta ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka..." (Ali-Imran, 3:190-191)

Moga-moga Allah melindungi adik-adikku di rumah, dan sentiasa memberikan mereka hidayah dan kekuatan untuk istiqomah menjaga iman dan mengamalkan apa yg telah diucapkan oleh bibir-bibir mereka. Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. Dia akan memberikan kepada siapapun hambanya yang meminta kepadaNya dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Mari adik-adikku, kita sahut seruan ilahi... junjung sunnah Rasulullah SAW!!!

p/s: video dan gambar-gambar khas untuk adik-adik akan akak info tentang lokasi untuk di download dalam masa terdekat. Jangan lupa homework yang diberi ya. Kalo tak dapat bukak www.eramuslim.com, bleh juga amik artikel daripada majalah SOLUSI, Millenia Muslim, atau Majalah i. InsyaAllah akak akan update info latest dalam blog dan juga emel. Rajin-rajin juga hantar emel pada akak. Uhibbukum Fillah (^_^).

Perjalanan Masih Jauh... Minta doa bersama.
Wassalam.

Saturday, March 13, 2010

Special Dedication --> Big Lil Bro

Assalamualaikum wbt...

Waktu ibu tepon semalam, aku dah pun slamat sampai kolej adik2, ada mabit semalam... Alhamdulillah berjalan dengan jayanya.

Birthday Acik? [12 Mac 2010]


Adeh, camna bleh lupalak ni. Lepas tu terus call acik kesayanganku. Anyway buat acik yang outstation di Johor, Happy Belated Birthday. Semoga dengan bertambah umur, bertambah taqwa pada Allah, bertambah syukur padaNya dan bertambah amalan ikhlas keranaNya... Tiada lain yang kuharap melainkan dirimu menjadi hamba yang soleh dan taat perintah Allah dengan sepenuh hati. Ameen...

Nanti kalo dah sampai Penang, jangan lupa blanja kaklang Pizza Hut. Kaklang tuntut nanti...hehehe

Subhanallah...sudah besar adik-adikku yang 2 nie (walaupun ramai 'adik2 lain' =P) Teringat peristiwa bila mereka pertama kali pulang ke rumah lepas pertama kali 'merantau' ke tempat orang. Waktu tu acik melanjutkan pelajaran di UNISEL Batang Berjuntai lepas SPM, sedang adik ke SAMURA Johor untuk tingkatan 4. Sedang duduk-duduk, tiba-tiba adik and acik datang padaku. Acik duduk di belah kanan, adik duduk di belah kiri... then bercerita tentang pengalaman mereka pertama kali tinggal di tempat orang. Wah, tak menang telinga melayan mereka. Yang seorang cerita tentang university life, yang seorang bercerita tentg sekolah baru. Waktu itu aku tahu, adik-adikku sudah semakin besar dan akan menjadi 'orang baru'. Subhanallah, begitu cepat masa berlalu...


Menghantar angah, di KLIA
(p/s: susah betul nak cari gambar yang hanya mereka berdua...)


Membesar bersama adik-adikku ini sebebnarnya tarbiyah awal Allah padaku. Mana taknya, waktu aku di sekolah menengah, memang selalu juga kami ditinggalkan oleh ibu n ayah. Ayah selalu outstation dan ibu pula selalunya akan ikut ayah. Along di KL, sedang angah di Lumut. Tinggallah kami menguruskan keperluan sendiri. Maka aku sebagai kakak perlulah menjaga 'kebajikan' mereka. Heheh, masak? cincai je. Selalunya ibu siap masak sebelum pergi. Aku cuma panaskan shj lauk.

Alhamdulillah, rupanya pengalaman itulah yang mengajar aku menjadi seorang yang independent dan matang menghadapi kehidupan. Aku terdidik bila tiada tempat sandaran, Allah menjadi kuasa utama tempat bergantung. Menguruskan keperluan adik-adikku mendidik sifat keibuan...walaupun aku sangat garang dengan adik-adikku... heheh, jgn marah ye dik.

Begitulah tarbiyah Allah. Aku tidak sedar hal itu sehingga tarbiyah dan pengalaman dakwah datang menyapaku. Begitu besar kurniaan Allah sehingga tidak sanggup rasanya untuk bermalas-malasan dan beralasan dalam berdakwah. Terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri dan dihayati untuk mnjadi hamba yang ikhlas beramal keranaNya... Allahu akhbar!

Bila adik-adikku ini jauh di mata, maka aku kini berusaha mendidik 'adik-adik' perempuan ku pula. Biarlah nanti di mana pun mereka berada, dakwah, tarbiyah dan Islam menjadi nadi utama dalam kehidupan mereka. Tak mengapalah 'sakit' sedikit, asalkan Allah sudi menerima amal baik ini sebagai bekal aku bertemu denganNya nanti...

Amin ya Rabbal 'Alamin...

Wassalam

Saturday, February 27, 2010

Berakhirnya Sebuah Penantian...

Assalamualaikum wbt...

Tatkala terdengar perkataan 'SAH' dilafazkan, aku tak dapat menahan air mata ini daripada mengalir... Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan pernikahan yang barakah ini. Alhamdulillah... tak terkata betapa bersyukurnya aku tika Allah mengabulkan doa kami untuk ukhti yang seorang ini. Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar!


I know more than anyone else (maybe not the most) apa yang telah dilalui oleh seorang ukhti Ummu Imarah. Dia begitu tabah, begitu sabar untuk sebuah penantian dan hanya Allah sahaja yang mampu menilai kesabaran itu. Begitu banyak dugaan dilalui dan akhirnya harini dia sah menjadi zaujah seorang mujahid yang berjuang fi sabilillah, dan bakal menjadi sayap kiri dan 'seorang khadijah' buat zaujnya. InsyaAllah, moga rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW terus mekar dengan pernikahan ini. Ameen...

Tahniah buat kalian...

Baarakallahu Laka, Wa Baaraka 'Alaika, Wajama'a bainakuma fi khair, ameen..
Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan...
(HR Abu Dawud, at-Tarmizi, Ibn Majah)

p/s: Tidak lupa juga kepada dua orang ukhti yang menikah pada minggu yang sama, tahniah buat kalian dan doa kami semoga Allah memberkahi pernikahan kalian dan lebih gencar dalam menegakkan syiar-syiar Allah dan lebih teguh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Ameen...

Wassalam

Sunday, January 03, 2010

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum wbt...

Kenduri menyambut kakak ipar sulung sudah seminggu berlalu. Teringat soalan kak Wan, menantu sulung pak Long, "Ha, camna perasaan dapat kakak ipar?"... Huhu, honestly takda rasa pape pun, sebab belum sempat berinteraksi lagi. Dah bertambah ahli keluarga rupanya keluarga aku... Alhamdulillah.







Bilik pengantin

Rumah dah berubah habis... subhanallah, sgt cantik. Sampai adikku di mesir sudah tak kenal rumah bila aku mengirimnya gambar. Sorry dik, tak dapat skype hrtu.

Khemah jamuan tetamu kami buat di suaru tak jauh dari rumah memandangkan jalan berdekatan rumahku sedang dibaiki...banyak habuk. Jadi memang kelam kabut dan kami tak sempat langsung mengambil gambar penuh satu family. Masing-masing sibuk melayan tetamu, dan aku pun tak pasti dah berapa kali aku berulang-alik dari rumah ke surau. Penat dan....Sedihnya!...



Gabungan dua keluarga

Subhanallah, unik sungguh nikmat ini. Keluarga bertambah, dan hubungan kekeluargaan semakin erat, bila semua ahli keluarga berganding bahu berusaha menjayakan majlis yang meriah ini. Terima kasih semua tetamu yang menghadirkan diri. Kehadiran kalian sangat dihargai dan semoga Allah membalasnya dengan nikmat yang lebih baik. Ameen.

Baarakallahu fiekum ya Ahlil Bait...

Wassalam

Monday, December 21, 2009

Akhirnya Dia Menikah jua....

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah, along sudah selamat menikah dengan gadis pilihannya, org Taiping. Kami sekeluarga lega sket kini. Sekarg tgh bertungkus lumus menyiapkan rumah untuk kenduri menyambut menantu 27 Disember ini. Aku pula di sini, di dalam makmal...masih sibuk menyiapkan projek. Sedih juga tak dapat membantu mereka di sana menyiapkan kelengkapan... Sedey...wuahhh...


Along dengan 2 kali lafaz. Alhamdulillah...



Menyarung cincin pernikahan



Keluarga besar...


Sewaktu majlis pernikahan, aku terlewat 5 minit...terlepas pernikahan along. sedey juga! Waktu yang sama, ada 18 pasangan dinikahkan sekali. Sebab tu masjid nampak penuh. Lepas solat Jumaat, dimulakan dengan pasangan pertama. Along ku pasangan ke-7. Tu pun aku terlewat juga.

Keluarga kami berkonvoi lebih 10 buah kereta. Subhanallah...sangat meriah. Keluarga belah ibu n ayah datang sekali.

Alhamdulillah... alhamdulillah... Semoga Allah memberkahi pernikahan mereka, dan minta doa drpd pembaca semua, semoga Allah memberikan alongku hidayah melalui perkahwinan ini. Ameen...

Wassalam.

Sunday, November 08, 2009

Khazinatul Asrar '09

Bismillahi Walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt..

Khazinatul Asrar? Ini adalah nama program yang dijalankan lebih kurang 2 minggu yang lalu, baru nak update...

Alhamdulillah, program ini brjalan dgn jayanya walaupun jumlah peserta tak mencapai target. Subhanallah, dalam kesempitan budget, akhirnya berlebih banyak baki akaun. Alhamdulillah.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini, peserta, fasilitator, dan khasnya para urusetia yang bertungkus lumus berusaha sejak awal lagi. Ana bersyukur pada Allah atas komitmen antum. Subhanallah... semoga pengalaman ini menjadikan antum lebih matang dalam berda'wah, ameen.

Serba sedikit perkongsian pengalaman sepanjang LDK dan aktiviti yang berjalan...

Makan makanan berkhasiat... nyum..nyum.. (peria, epal hijau, tomato, limau nipis)



Nak tengok, kenela berkorban sikit! (pekena roti lada hitam, bawang putih, bawang merah, air asam jawa) =P



Memasukkan daun dalam jag air (jauhnya 1.5 meter)



Mengisi air dalam botol



Taaruf..yang kalah kene suap kek ke mulut akhawat =)


Jumpa lagi di next program, InsyaAllah...

p/s: Nantikan NEXTGCG '09...

Tuesday, August 04, 2009

Family Day


Bismillahi walhamdulillah..

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas, saya dan akhawat menghadiri family day anjuran Istimrar Enterprise. Alhamdulillah, kami blajar banyak perkara. Ukhuwah semakin erat, perkongsian rasa dan pemikiran dengan ikhwah dan akhawat yang datang dari jauh.. Semua integrasi ini membuatkan kami semakin memandang ke hadapan dalam membentuk suasana dakwah dalam kehidupan yang harmoni. Alhamdulillah.

Program kali ni, saya dilantik menjadi 'baby sitter'. Bukan sebarang urusetia, tapi urusetia untuk mengendalikan anak-anak ikhwah dan akhwat semasa mereka sibuk menjalani aktiviti program. Subhanallah... walaupun jiwa saya selama ni memang sudah sebati dengan anak-anak, tapi tugasan kali ni memang amat mencabar fizikal dan mental. Latihan kami sebagai urusetia kanak-kanak benar-benar menguji kesabaran iman dan kekuatan jasad sebagai akhawat tarbiyah. Wah, baru benar-benar terasa, begini rupanya perasaan menjadi seorang ummi murobbiyah.

Saya digandingkan bersama 4 lagi akhawat. Seorang daripadanya bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi, seorang merupakan pengusaha kedai jahit, dan dua lagi guru dan penyelia taska. heheh, semua sudah mempunyai profesi, cuma saya seorang pelajar universiti. Tapi hal itu tidak pernah mematahkan semangat untuk terus belajar mengendalikan anak-anak, (walaupun ada 3 lab report pending untuk disiapkan, hari isnin kene hantar!)...

Hari pertama selepas solat dhuha, para ummahat berkumpul di bilik urusetia untuk menyerahkan anak masing-masing. Selepas menyusukan dan menidurkan mereka, ummahat ini keluar untuk menyertai aktiviti di dewan. Tinggallah kami baby sitter dan juga beberapa ummahat. Cabaran demi cabaran bermula apabila kanak-kanak yang berusia 2-4 tahun mula berlari-lari tak mau duduk diam. biasalah tu.. maka teacher-teacher taska mengambil inisiatif memberikan mereka kertas A4 untuk dilukis dan diwarnakan. Alhamdulillah, terkawal sket.

Haha, keadaan aman tu sekejap je. pastu mereka mula lari-lari semula. panjat katil.. masuk toilet.. berguling-guling. Sungguh energetik. Anak-anak fitrah, suci dari dosa. Walaupun pening kepala juga tapi seronok melihat mereka. Ukhti Asma' menanyakan laptop saya untuk menayangkan kartun. Keadaan mula terkawal bila mereka menonton upin & ipin.

Kanak-kanak memang tak boleh duduk diam. Jadi, pengasuh harus mengambil inisiatif untuk menarik perhatian mereka dengan sesuatu yang menarik. Memarahi mereka hanya akan membuat emosi mereka terganggu dlm proses tumbesaran. Bahkan, mereka tak bersalah.. mengapa harus memarahi mereka?




Saya teringat peristiwa 2 orang anak ukhti ni mengamuk kerana dipisahkan dari ibu mereka. sungguh dahsyat. kalo mereka saja mengamuk takpa, baby yang sedang tidur satu persatu terbangun dan menangis. Wah, memang riuh rendah bilik tu. Sabar, teacher... sabar... Termasuk yang bangun menangis ialah si kembar nasrul dan fathul. Si abang nasrul ni badannya kecil, agak mudah juga menidurkannya. Tapi si fathul... masyaAllah.. badan besarnya menyukarkan proses pendodoian. Saya mengambil masa agak lama untuk menidurkannya. mendukung sambil membuai badan, dan menepuk2 belakang. Pada mulanya dia menolak2 saya kerana dia tahu, saya bukan umminya. Kuat juga si fathul ni! tapi takpa, saya tahu dia mengantuk dan lama kelamaan dia akan tidur juga. Sabar...sabar...Tapi proses peniduran si fathul ni memang mengambil masa yang agak lama. Memang lenguh juga tangan. Selepas dia tidur, saya meletakkannya di atas katil perlahan-lahan. Lepas letak je... FUH... lega! sakit2 badan ni. Adei...

Sementara tu, pihak akhawat menjalani 'flying fox' merentasi sungai Perak, sementara ikhwah berada dalam dewan untuk aktiviti sesama mereka. Subhanallah, sangat seronok. Saya mengambil keputusan untuk tidak ikut serta memandangkan kekangan masa dan kesibukan menguruskan anak-anak. Tak kisah pun sebab dah pernah buat sebelum ni di tempat yang sama =D



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang sentiasa memberi peluang kepada kami untuk berkumpul dan mencurahkan mahabbah keranaNya. Pada waktu sekarang, semua orang kecoh pasal H1N1, kami sempat mengambil 'safety precautions'... pakai topeng muka. Tapi tahan kejap je. Pastu dah lesap dah suma topeng2 tu. Tapi Alhamdulillah, Allah pelihara kami. Setakat ini tiada lagi kes berlaku dlm kalangan ikhwah dan akhawat.


Entah mengapa, pulang sahaja dari Family Day, saya mendapat semangat baru. Saya bertambah yakin melangkah menghadapi kehidupan (walaupun sakit2 badan). Laptop saya rosak lepas menayangkan upin & ipin pada hari pertama. Tapi Alhamdulillah, saya tak rasa kesal, malah saya rasa tenang kerana saya tahu setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya (walaupun 3 lab report yang saya perlu hantar semua ada dlm laptop tu, xda copy pun!) Subhanallah... subhanallah... malah Allah memudahkan jalan saya dan memberi saya kekuatan untuk menyiapkan baki report yang tersisa dlm waktu yang singkat. Alhamdulillahi wa Allahu Akhbar!

Bertambah iman, bertambah tsaqafah, maka bertambahlah semangat untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. InsyaAllah, moga Allah memberkahi pertemuan mahal kami dalam rangka membentuk jiwa-jiwa yang mencintai jalan para Nabi & Rasul.

Wassalam...

Sunday, December 28, 2008

Adaptations

Bismillahi walhamdulillah...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walau permulaannya sedikit rushing dan kelam kabut. Minggu pertama bekerja, i mean industrial training, banyak yang ingin dikongsi tapi kesuntukan masa dan tenaga. InsyaAllah jika diizinkan banyaklah yang dicoret dengan suasana belajar dan tarbiyah yang baru. Mana-manapun kita akan belajar...sampai mati, insyaAllah.

Really hope that i can make it for 4 months.Thats quite a number! Ameen

Wassalam

Tuesday, September 09, 2008

Jalinan Ramadhan


Bismillahi Walhamdulillah...

Program Jalinan Ramadhan baru-baru ni mencatat rekod apabila jumlah yang hadir agak ramai berbanding biasa. Alhamdulillah, Allah kabulkan juga keinginan aku untuk menapak di bumi Institut Ibnul Qayyum Al-Jauziyah di Bkt Mertajam. Selama ni dok dengaq org bercerita aja. Tempat+makan free. Huhu..save duit. Alhamdulillah moga Allah membalas pihak yang membuat jariah ni dengan kebaikan yang banyak..Ameen

Solat tarawikh kami malam itu diimamkan oleh 2 imam IQ secara bergilir. Aku dapat kesan cara bacaan yang berbeza. 8 rakaat + 3 rakaat witir. Alhamdulillah, tenang dan tidak tergesa-gesa. Bacaan surah, mungkin baca 1 muka Ql-Quran, sekitar surah Al-Ma'idah. Lama berdiri membuat aku ingin memahami bacaan surah yang dibaca. Terkadang lost juga. Membuat aku tak penat. Tapi bila dengar kisah2 akhwat yang jarang berdiri lama begitu, buat aku nak pecah perut juga. hihih..

Dalam tengah-tengah rakaat, ramai yang pergi ke toilet perbaharui wudhuk. Ada yang duduk berehat di belakang sementara yang lain sambung solat. Kasihan, kebanyakannya adalah akhwat yang sampai lewat malam tu. Hujan lebat membuat mereka terkandas di atas jalan dan berbuka juga di atas jalan raya. Yang lucunya, aku terperasan akhwat sebelah aku bergoyang-goyang ketika solat sebab menahan mengantuk.

"Ana memang tak tahan betul, ukhti. Sampai terpaksa bertahan atas badan Asma' kat sebelah ana. Ngantuk betul!" luah Ukhti Salihah

"Owh, patutlah ana rasa berat je bahu ana!" kata Ukhti Asma'. Berderai ketawa kami malam tu.

Lucu + kasihan melihan telatah akhwat. Muka semua monyok aja. Letih. Perjalanan kami bukan mudah. Cuma guna van buat trip 2-3 kali ke IQ. Ada yang basah kuyup naik motor. Pastinya akhwat yang uruskan transport yang paling penat. Subhanallah, aku yakin Allah akan memberi kemudahan kepada mereka dalam urusan dunia. Ameen.

Lepas tarawikh, Dr. Asri naik beri sket tazkirah. Alhamdulillah, dapat juga dengar suara Dr. Asri direct first time. Haha, tapi tak fokus sangat sebab sangat mengantuk. Sambil dengar sambil terlelap. Tempat wanita di bahagian atas, jadi tak nampak si penceramah di bawah. Apalagi, ramaila yang terlelap. Ukhti Humaira' sempat lagi landing atas badan aku. Amboi, amboi! Memang rugi, tapi apa boleh buat. Yang aku dapat dengar sket2 pasal istiqomah. Yang lain xlekat. Alahai...

Selepas solat subuh, ada riadah dan sket tazkeerah subuh. Kami sempat tengok VCD Sang Murobbi pagi tu. alhamdulillah, tgk sket pun jadile. sempat 45 minit je. Lepas tu ada slot dari Ustaz IQ. Uniknya VCD ni, dia tak bleh main dalam laptop. Cuma bleh main dalam VCD Player. Sebab tu kami sangat menanti saat ni.

Selepas itu, ada pengisian dari Ustaz Hisyam yang skarang buat master kat USM dalam bidang hadis. Tentang ibadah Ramadhan. Cara dia mengisi sebijik macam cara Dr Asri. Anak didik dia kot. Banyak input yang kami perolehi pagi tu. Alhamdulillah, ramai yang bertanya soalan. Tapi aku ada sedikit yang tak setuju dengan ustaz ni. Cthnya dia kata tentang sahur, kalo ada makanan dalam pinggan dan dah azan, kita habiskan apa yang ada kat tangan je. Tak perlu habiskan dalam pinggan. Aku yang kurang ilmu ni rasa macam nak tanya, tapi lupa dalil yang kata kena habiskan dalam pinggan. Balik bilik baru dapat kaji semula. Boleh rujuk dalam posting sebelum ni.

Balik dari program, aku ditugaskan drive van angkut akhwat pulang. Trip kedua, kami terserempak dengan Dr Asri dengan isterinya yang nak pulang ke rumah. Dia lambai2 aja. Subhanallah, sosok2 soleh seperti ini wajar dicontohi agar semangat dakwah bukan tinggal semangat saja. Tapi perlu selari dengan perjalanan sirah Nabawiyah, aqidah yang lurus dan ibadah yang sahih. Banyak yang kami perolehi, Subhanallah Allah telah memudahkan perjalanan kami. Semoga Allah memberkahi ilmu yang diterima dan juga memberi petunjuk kepada akhwat yang mahu hadir tapi tak dapat hadir.

Wallahu a'laam, Wassalam.

Wednesday, December 12, 2007

Senior?Junior?


"Bagaimana kita nak beristiqomah?" tanya salah seorang peserta kem kepadaku dalam perjalanan ke stesen bas.
Aku berfikir seketika. Kemudian, aku cuma menjawab permasalahan tersebuat berdasarkan pengalamanku sendiri.
"Kita mesti sentiasa berada dalam lingkungan yang baik.Tetap terus baca buku-buku yang membina iman, selalu berbual tentang perkara kebaikan,dan jgn lupa terapkan apa yg didapati kat sekolah and rumah nanti."
Bukan mudah nak beristiqomah.Juga beristimrar.Kem Riang Ria Rimba banyak mengajar aku erti kesabaran dan berprofesional dalam segala tindakan. Sepanjang program, aku mengenakan vest yang aku jahit sendiri.Begitu juga urusetia lain. Tidak risau apa sebab semua di situ perempuan dan slot camping kami agak jauh dari tempat awam.


Tiada senioriti dan junioriti dalam dakwah.Itulah yang diterapkan kepada semua urusetia sepanjang program.Juga tiada senioriti dan junioriti dalam Islam.Semuanya saling berkait antara satu sama lain. Bayangkan jika seseorang yang baru mengenal Islam menegur anda mengenai sesuatu yang sudah anda lazim perbuat,apakah reaksi anda?Jika benar Islamnya anda kerana Allah, anda akan mengambil ia sebagai suatu yang membina walau pahit. Tidak dinafikan semua orang mempunyai ego sendiri. Juga bayangkan seseorang yang agak 'baru' dalam dakwah dan tarbiyah memberi arahan kepada anda.Apakah reaksi anda?Jika benar anda berbuat kerana Allah, patuhilah arahan tersebut.

Mari kita review ketika terjadinya pemilihan Usamah bin Zaid menjadi panglima perang dalam suatu peperangan ketika beliau berumur 18 tahun(Kira junior lah ni).Apakah reaksi para sahabat?Mereka menentang.Tetapi apa kata Abu Bakar??Test untuk anda.Cari sendiri...

Akibat kelalaianku selaku AJK logistik, aku mengambil ringan hal 'baygon'-semburan untuk mengelakkan pacat.Bahananya terasa selepas mereka pulang dari jungle trekking."Slot berperang dengan pacat".Walaupun slot tersebut tiada dalam tentatif, tapi kukira ia satu slot yang agak memenatkan. Almaklumlah, baru lepas hujan, hutan agak 'basah'. Bila bukak saja stokin...Nah,tu dia pacat tergolek kekenyangan.Ramai juga yang masih digigit pacat semasa membuka kasut.Kasihan mereka. Alhamdulillah,aku tak masuk hutan, jadi aku terselamat.Ajk semua agak kelam kabut kerana tak bersedia untuk slot tersebut. Akhir sekali, seorang Ajk meninggalkan kerja yang sedang dia buat dan cari seplastik besar tissue paper di dapur.

Darah mengalir tak henti-henti.Itu memang kelebihan mulut pacat.Selagi dia tak kenyang kalau dicabut, darah akan susah untuk berhenti mengalir.Maka aku pun mengambil tissue paper dan membersihkan luka tersebut.First aid kit sangat berguna tika ini.Aku keluarkan iodin dan cuci luka tersebut dengan tisu yang dicelup iodin.Seterusnya tekap luka tersebut dengan tissue lain yang bersih selama beberapa minit.Ramai yang menderita darah tak berhenti mengalir sehingga apabila wakt zohor masuk, ramai juga yang miss solat jemaah.Aku tak menang tangan.Alhamdulillah knowledge aku tentang pertolongan cemas berguna juga di camp ni.huhuh.

Itulah.Aku sarankan semua orang wajib tahu pertolongan cemas walau yang utamanya bertawakal kepada Allah.Allah yang hentikan pengaliran darah tu, bukan tisu paper.Hal ni aku lupa nak tekankan pada suma peserta.Cuma ada jugakla segelintir yang diberi peringatan.

Pengajarannya, ingat Allah setiap masa.Bukan waktu susah je.Latihla diri sebab manusia ni selalu lupa.Kedua, jgn lupa bawa baygon setiap kali pi camping.Jangan pandang rendah pada pacat.Garam pun boleh juga.Pacat akan mati kalau kita taruk garam atas badan dia.Ketiga,belajarlah pertolongan cemas walau sedikit.Mana tau, kita boleh berbakti dengan pertolongan yang sedikit itu.

Wallahu a'laam.Bersedia untuk sem baru, azam baru, gaya baru.
Ila Mardohitillah
....
 

Text