Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Buat tatapan sahabatku.kala ini aku mengingatimu. Adakah layak untuk dikatakan sahabat sedangkan segalanya gagal untuk kita kongsikan bersama, suka dan duka? Sahabat yang terbaik adalah persahabatan yang didasari iman dan berbumbungkan keredhaan Allah. Sekian lama aku membisu memerhati tiap langkah yang kau atur. Batinku meronta-ronta untuk memberitahu, namun lidah kelu untuk berkata-kata.perkhabaran di atas memaksa jari-jemari ini menari di atas keyboard sebagai tanda aku tetap menyayangimu sebagai sahabatku.
“Gadis zina hantar sms bunuh diri”.Ya, aku yakin dan pasti bahawa dia bukanlah dirimu. Akan tetapi setiap pengakhiran pasti ada permulaannya.Pasti ada permulaan yang membawa perhubungan intim 2 insan yang dilamun cinta, mungkin lewat sapaan, sms atau panggilan telefon. Kala ini, aku melihatmu begitu, bagaikan di dunia ini hanya tinggal kalian berdua.Walau apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan keintiman kalian, hukum Allah tetap mengatakan haram untuk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim walaupun dengan permit pertunangan.
Sahabatku,
Andainya kau sedar bahawa kau pemilik permata dan lelaki adalah pencurinya, tentu kau akan sentiasa waspada.namun kau seringkali terlupa bahkan menjemput si pencuri ke kamarmu. Tatkala permata itu telah hilang, barulah kau tersedar dan terjerit-jerit memohon pertolongan. Semestinya tiada pertolongan yang akan kau dapati melainkan tohmahan yang merobek tangkai hati.si pencuri akan bebas berlari tanpa ada yang menghalang, sedangkan kamu yang akan menaggung segalanya. Bagaimana pula kiranya lahir zuriat yang tidak berbapa? Bagaimana pengajianmu dan masa-masa yang akan datang? Lalu ambillah pengajaran dari kisah hitam orang lain.
“Wanita-wanita keji adalah untuk lelaki ang keji, dan lelaki-lelaki ang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula” (An-Nuur,24:26)
Setiap hari kita mengharapka pendamping yang terbaik lalu kita ang perlu memulainya terlebih dahulu. Andaikata diri kita hari ini masih diselimuti dosa, mohonlah ampunan dariNya kerana pintu taubat masih terbuka. Penuhi dirimu dengan ilmu dan amal kerana rumahtangga bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologi bahkan institusi dan madrasah yang bakal melahirkan generasi yang memerintah dunia.
Sahabatku,
“Pasangan yang terbaik ialah pasangan ang ingin mengikatmu dengan akad ang diredhai oleh Pencipta kerana cintanya pada Khaliq melebihi segalanya.” Perkahwinan bukan sekadar menghubungkan dua individu ang saling mencintai kerana Allah, akan tetapi ia adalah ikatan suci yang turut menyatukan dua buah keluarga yang semestinya mempunyai latar belakang yang berbeza, kegemaran dan kehendak yang berbeza. Andaikata kalian masih belum berkahwin lantaran belum mendapat persetujuan dari kedua-dua buah keluarga. Nah, sekiranya tiba masanya untuk kalian membuktikan kepada mereka bahawa kalian kini sudah mampu untuk memikul tanggungjawab masing-masing dalam berkeluarga. Menangilah hati mereka dengan melakukan apa-apa yang disukai oleh mereka dan meringankan beban mereka di rumah. Berdoalah selalu kerana doa itu adalah senjata orang mukmin.
Andaikata segala usaha turut menemui jalan buntu, keluarga tetap berkeras untuk kalian menyelesaikan pengajian, maka akurlah pada suratan takdir. Ingatlah kalian pada ketaatan Abdurrahman yang diperintahkan untuk menceraikan Atiqah oleh ayahnya, Abu Bakar As-Siddiq. Lantaran kecintaan mereka yang mendalam, mereka akhirnya disatukan kembali hinggalah Abdurrahman syahid di medan perang. Andaikata kalian mampu untuk memutuskan hubungan cinta kalian kerana perkahwinan yang dirancang tidak direstui keluarga, insaAllah kalian adalah insan-insan yang memutuskan cinta manusia kerana cintanya kepada Allah melebihi segalanya.
Sahabat,
Biarlah terluka sekarang daripada terluka pada masa akan datang kerana kalian tentunya tidak tahu bagaimana kehidupan yang tidak direstui oleh ayah dan ibu. Selepas berlalu masa yang panjang, kalian akan tersedar bahawa Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih berharga untukmu. Tentunya kalian akan merasakan bahawa kalian sebenarnya belum layak untuk mendirikan rumahtangga dahulu. Lalu, gunakanlah masa yang masih berbaki ini untuk kalian memperbaiki diri. InsyaAllah Dia menjanjikan yang terbaik buatmu kerana Dia lebih mengenali isi hati hamba-hambanya.
Bagaimana pula jika semua bersetuju dengan niat sucimu itu? Alhamdulillah, aku pasti senyuman akan sentiasa terukir di bibir kalian. Adakanlah majlis akad nikah dan walimah seadanya. ‘Wanita yang baik adalah yang paling cepat nikahnya, paling murah maharnya dan paling baik akhlaknya’. Pernikahan itu sangat indah sebenarnya andai didasari iman dan taqwa kepada Allah. Kalian akan saling memberi dan menerima. Suami akan menjadi penjaga dan pelindungmu, yang mengajarkan isteri dan anak-anak untuk mengenal Allah. Isteri pula meletakkan taat setianya hanya untuk suami, menyiapkan bekal serta penghibur jua penasihat buat suami dan anak-anak. Anak pula akan meneladani ummi dan abinya. Sebuah keluarga Islam ialah yang menegakkan hukum Allah di dalam rumahnya, berkasih sayang kerana Allah, dan kalian akan merasakan kedamaian di dalamnya. Subhanallah...
Adakah semua ini akan kau temui dari cinta jalanan yang kau agung-agungkan? Tentu sekali tidak! Kau sendiri mampu menilai yang mana kaca dan yang mana pula permata. Aku amat mengharapkan bahawa kita bukanlah salah seorang mangsa rogol atau ibu pada bayi yang tidak berdosa. Adakah kita yang bakal menggugurkan janin yang belum mengerti apa-apa atau apakah yang bakal kita katakan bila ditanya tentang bapanya? Letakkanlah diri kita pada posisi mereka, tatkala ibu yang kita sayangi menjelaskan bahawa “kamu adalah anak luar nikah kerana ketololan ibu di waktu muda”. Saat itu, esakan tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa. Fikirkanlah sahabatku, kerana aku cukup menyayangi dirimu kerana Allah, dulu, kini dan selamanya...
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment