Bismillahi Walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt
"Wahai org2 beriman! Bertaqwalah kpd Allah dan carilah wasilah (jln) untuk mendekatkan diri kpdNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung" (Al-Ma'idah,5:35)
Subhanallah... Berkali-kali Sang Pencipta memberi kita peluang untuk bermuhasabah diri dalam mencari identiti sebenar seorang dai'e. Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada Dia yang Maha Mendengar, Maha Teliti.
Malu rasanya dikelilingi akhawat yang siang malam tak henti bekerja untuk Islam. Habis satu program, sambung ahdaf dakwah lain. Dakwah sahaja menjadi nadi mereka. Setiap patah bicara bergegar dengan nafas iman. Allah shj menjadi ghoyah utama mereka. Subhanallah...
Perkongsian kisah dan idea mengenai pembinaan membuat aku bertambah faham dan yakin untuk membina peribadi Muslim dengan sabar. Usah tergesa-gesa mendapat buah yang baik. Kerja pembinaan bukan kerja sampingan. Ia kerja utama seorang da'ie sejati. Mencetak para kader yang akan terus menyampaikan risalah suci ini. Harus bersungguh-sungguh dan yang pasti, berkorban sedikit demi manfaat yang banyak. Allahu akbar!
Ahh... terasa ingin berlama di sini. Mengutip serpihan-serpihan ilmu dan kasih sayang seorang murabbiyah yang penyabar dan sentiasa redha walau apa pun cabaran menanti. Namun aku harus sedar, aku hanya musafir yang menyinggah sebentar untuk seteguk minuman iman. Aku harus berangkat dan pikul tgjwb yang telah diamanahkan sebaik mungkin, biarpun hati tercalar, epidermis terkoyak... kerana di situlah tempat aku.. tempat benih iman disemai, tempat aku belajar erti hidup. Dan kini aku harus meneruskan bajaan semaian benih itu agar tidak sewenangnya musuh2 Allah laknatullah menghancurkannya. Ikhlas dalam beramal, Allah shj tempat bergantung.
Iman itu sangat mahal harganya. Berusahalah bermati-matian untuk mendapatkannya.
Perjalanan masih jauh...
Wallahu a'laam.
Kolam hiasan
6 years ago
2 comments:
terima kasih atas segalanya....
salaam....
"..Setiap patah bicara bergegar dengan nafas iman.."
Berombak dada seketika. Semoga semakin ramai mereka yang begini, tidak kira ikhwah mahupun akhawat.
*mohon untuk disimpan frasa di atas sebagai motivasi mendatang.
Post a Comment