Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 29, 2009

Aku dan Makanan

Assalamualaikum wbt...

Puas memasak + baca Food Packaging... dah 3 hari berturut-turut bubur nasi menjadi menu utama. Bubur ni hanya dimasak dengan bawang putih, sedikit garam dan sedikit kiub ayam. Rasanya...Fuh! subhanallah... simple je tapi berkhasiat dan mengenyangkan. Aku makin loya makan makanan cafe.

Sepanjang Khazinatul Asrar 09 berjalan, aku mengalami sakit tekak (sedikit pendarahan). Mungkin kerana cuaca yang sering berubah dan kekurangan air dalam badan. Ditambah dengan kekurangan tidur (adeh)... Aku hampir demam semasa program berjalan. Makanan sukar ditelan membuat aku malas nak makan (heheh, sapa kenal Izyati, tahulah bahawa perkara itu adalah mustahil! =P) Tapi bila mengingatkan amanah yang dipikul dan juga semangat para urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program, aku lawan juga sakit itu. Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang. Demam aku kebah juga pada hari yang sama. Cuma sakit kepala tu, biasalah...

Kini sedang menikmati air rebusan halia yang kutahu banyak khasiatnya untuk kesihatan badan. Bila kulihat di pantri, banyak sangat bungkusan makanan segera (mee maggi) dalam tong sampah. MasyaAllah! ini adalah contoh mengkufurkan nikmat Allah. Sengaja memberikan toksin dan racun dalam badan. Akibatnya, belum pun sempat tua, kulit berkedut, rambut sudah keputihan, apa lagi banyak penyakit dalam badan. Diabetes, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang, cancer. Kini kita lihat sekarang bilangan doktor-doktor hospital bertambah disebabkan perkara inilah. Bila dah kronik, salahkan doktor! Bila ahli keluarga mati, dalahkan doktor! Semua salah doktor! habis, yang kamu dok telan makanan yang tak sihat tu pasal apa?

Bukan tak boleh makan mee segera, boleh... tapi berkadarlah. kalo sekali 2 minggu tu kira minimumlah. Kurangkan...kurangkan... Jangan beri peluang penyakit-penyakit datang menyerang badan, espacially ikhwah wa akhawat yang memegang amanah dakwah. Pemakanan sangat penting untuk menjamin tubuh badan yang sihat. Amalkan pemakanan yang sihat. kurangkan minyak, garam dan gula. lebihkan sayur dan buah-buahan dalam gizi. Banyakkan juga bersenam. Kalaupun tak banyak berjogging, berjalan laju juga adalah satu senaman yang simple, ditambah dengan pernafasan yang betul. Banyakkan minum air masak.

Aku juga sedang berusaha mengamalkan. Doakan moga istiqomah, ameen.

Sebenarnya dah tak larat makan makanan kat cafe. Berminyak dan banyak perasa. Setiap kali makan, aku akan terasa loya dan pening kepala. Especially lepas sakit tekak kelamarin. Maka aku mengambil inisiatif masak sendiri. Lebih sihat dan tak memeningkan.

Semoga bermanfaat.
Wassalam.

1 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Barakallahu fiki untuk perkongsian ilmu makanan ini.

Mungkin lepas ni boleh banyakkan lagi entry tentang pemakanan sihat, kalau boleh biarlah kami orang awam yang bukan bidang pemakanan faham, kalau istilah-istila pelik tu pening lah pula.

Lagi elok kalau terus tunjuk cara masak, mana tahu ada akhawat tidak tahu memasak, asyik ke hulu ke hilir memikul urusan da'wah, hingga lupa urusan asasi seorang akhawat [ikhwah perlu jua tahu memasak ya!]

Syafakillah Ya Ukhti

 

Text