Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 29, 2009

Coretan Pengorbanan

Bismillahi Walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt.

Eidul Adha kali ni disambut biasa aja. Cuti semester sudah seminggu. But it seems that i will not have the opportunity to enjoy the long semester break. I have to go back tomorrow and serve for my project. Ah, that's the first sacrificing term for me i think.. (sigh)

Raya eidul adha ni kami banyak habiskan masa menyiapkan persediaan walimah along disember ini. Klaka pulak bila fikir, kami pergi 'beraya' dari rumah ke rumah sambil mengajak ke kenduri. Dan aku suka suasana itu. Pagi lepas solat sunat aidul adha, kami ke rumah wan seperti biasa, menjamu selera. Rendang wan yang tak boleh sapapun challenge. Tapi kali ni ada addition sket, gulai maman favourite aku... fuh, subhanallah, kat umah wan je aku bleh dapat gulai ni. Tempat lain xde! =P

Then pi umah paklong. Sedikit berbincang tentang hantaran along. Memandangkan keluarga kami ni baru nak terima menantu, maka ibu banyak minta tolong menantu-menantu maklong yang berpengalaman menguruskan 6 kenduri kahwin (anak paklong 8 org semuanya). Termasuk juga sepupu lelaki yang sebaya aku. Sekarang anaknya dah 1 tahun setengah! (huhu...)

Lepas tu mula operasi, aku sibuk nak mengekor ibu n ayah pi jenjalan (jalan kaki tau!). Pegi umah jiran-jiran dan akhirnya kami berjalan sejauh 700m (lebih kurangla)... menjemput ke kenduri. Aku saja ikut sebab nak tambah pengalaman. Nak tengok macamana jiran-jiran kampung ni lepas lama tinggal di "hutan batu". Alhamdulillah, aku suka pengalaman ni. Walau penat berjalan n lenguh kaki (sebab pakai high-heel...xda kasut dah!) subhanallah, aku rasa bagaimana sebenarnya perasaan Mus'ab bin Umair berdakwah di Madinah semasa menjadi duta Rasulullah SAW. Bagaimana KH Rahmat Abdullah yang aku selalu baca ceritanya berdakwah di kampungnya, dimulai dengan menziarahi jiran-jiran tetangganya dan menunjukkan akhlak yang baik. Barangkali pengalaman ini nampak simple, tapi ia banyak membantu aku restore semangt dakwah dan iman yang hanya senipis kulit bawang. Alhamdulillah..

Kami juga melalui satu jalan yang dikelilingi hutan pokok getah. Keadaan di situ agak menyeramkan.. Fuh, selama aku hidup kat kampung Pondoi ni, tak pernah lagi aku jejakkan kaki ke sini, walau masa kecik-kecik dulu selalu gak pi jalan-jalan raya. Tak pernah pulak datang sini. Ada seekor ular hijau di tepi jalan, sedang nyawa-nyawa ikan. Kepalanya penyek...kasihan... pasti digelek motor budak-budak kampung. Bila aku tolak badannya sedikit dengan kaki, ia masik bergerak-gerak... seram gak. Sebelum papehal, baik aku blah.



Aku pandang ke depan, jalan yang agak jauh ke depan, di kelilingi pokok getah. Subahanallah, sungguh cantik pemandangan itu. Macam dalam hutan "winter sonata". Di hadapan aku lihat loving couple sedang berjalan berpimpin tangan. Haha...nak tergelak pun ada. Sayangnya handset tertinggal dalam kereta. Gambar seperti itu adalah yang paling suka aku tangkap. Yang seorang berjubah putih, berkopiah putih. Yang seorang berbaju kurung ungu, bertudung sedondon. Wah, dah tua-tua begini pun masih romantik lagi! (Parents aku tuh!) Aku dah biasa dah dengan pemandangan begini =P

Banyak jugak pengalaman yang mematangkan diri bila kita banyak berinteraksi dengan masyarakat dan orang-orang yang berpengalaman. Semoga kelebihan itu dapat dimanfaatkan unduk dakwah ke depan.

Jalan masih jauh...

Wassalam.

2 comments:

deliciousdeen said...

Salam,

All the best for your project!
n Selamat menerima kakak ipar ;)

Syaima said...

Ameen...
tq, all the best for you too =)

 

Text