Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 03, 2010

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum wbt...

Kenduri menyambut kakak ipar sulung sudah seminggu berlalu. Teringat soalan kak Wan, menantu sulung pak Long, "Ha, camna perasaan dapat kakak ipar?"... Huhu, honestly takda rasa pape pun, sebab belum sempat berinteraksi lagi. Dah bertambah ahli keluarga rupanya keluarga aku... Alhamdulillah.







Bilik pengantin

Rumah dah berubah habis... subhanallah, sgt cantik. Sampai adikku di mesir sudah tak kenal rumah bila aku mengirimnya gambar. Sorry dik, tak dapat skype hrtu.

Khemah jamuan tetamu kami buat di suaru tak jauh dari rumah memandangkan jalan berdekatan rumahku sedang dibaiki...banyak habuk. Jadi memang kelam kabut dan kami tak sempat langsung mengambil gambar penuh satu family. Masing-masing sibuk melayan tetamu, dan aku pun tak pasti dah berapa kali aku berulang-alik dari rumah ke surau. Penat dan....Sedihnya!...



Gabungan dua keluarga

Subhanallah, unik sungguh nikmat ini. Keluarga bertambah, dan hubungan kekeluargaan semakin erat, bila semua ahli keluarga berganding bahu berusaha menjayakan majlis yang meriah ini. Terima kasih semua tetamu yang menghadirkan diri. Kehadiran kalian sangat dihargai dan semoga Allah membalasnya dengan nikmat yang lebih baik. Ameen.

Baarakallahu fiekum ya Ahlil Bait...

Wassalam

4 comments:

aliya said...

Assalamualaikum Yati,
Wah, tahniah dapat kakak ipar, hehe. Kak aliya tumpang gembira. Just one thing, nak nasihat tentang foto2 tu. Kalau boleh gunakanlah program seperti ImageStyler yang akak guna, labelkan kerana foto yang Yati load terus dari file ke blog boleh diklik semula, dilihat dengan jelas pada skin dan lebih bahaya lagi, boleh disave/copy oleh orang lain. Klau dengan program tertentu, image yang dihasilkan di blog akan kelihatan kecil saja bila diklik padanya.
Zaman sekarang perlu berhati-hati ya.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Ya ukhti, mabruk untuk pernikahan abang ukhti.

"Barakallahu Laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair" [doa untuk beliau].

Cuma sedikit teguran dari seorang sahabat lama. Gambar ukht dalam posting ini terlalu besar, dan ana tahu ukhti sangat menjaga bab-bab sebegini.

Bukan ana keluar fatwa haramnya meletak gambar di sini, cuma kesan negatif pada seorang gadis sangat besar, manusia boleh mengambir gambar ini dan memanipulasi dengan teknik super impose dan lain-lain.

Cukuplah dengan wajah sahaja sudah mudah bagi mereka.

Cadangannya, ukhti kecilkan gambar. Sebab bila klik pada gambar di posting ini, ia akan membawa ke gambar asal yang saiznya sangat besar dan sangat clear.

Nak kecilkan gambar? Mudah sahaja gunakan microsoft office picture manager, lalu ukht boleh resize dan kecilkan saiz gambar.

Risiko seorang perempuan untuk diambil kesempatannya lebih besar dari seorang lelaki.

Itu sekadar perkongsian, jika rasa relevan bolehlah diguna pakai kerana setiap kalam boleh diterima dan ditolak kecuali kalam Allah dan Rasulullah SAW

Syaima' Azure said...

Waalaikumussalam wbt...

Kepada sahabat berdua, syukran atas teguran dan cadangan... Really a big mistake.

Maybe I should remove certain photo.

Jazakumullahu khair.

zidah mdtahir said...

yati..tahniah dpt akak ipar... maaf ari tu tak dpt dtg rumah ko.. sbb cuti2 mesia ngan family aku..hee..
ok anyway, selmat bjaya utk ur final projek yek!!..InsyaAllah... =P

 

Text