Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, December 16, 2010

Saya Tak Tahu...

Bismillahi Walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan segala peluang untuk memajukan diri sendiri...

Honestly, otak saya sangat beku sekarang. Sekian lama tidak mengaktifkan diri, terasa diri semakin 'berisi' (baca: gemuk)... berhibernasi sambil memikirkan kehidupan pada masa hadapan. Sangat benyak perkara berlaku dan banyak perkara yang saya pelajari tentang kehidupan sebenar, erti susah, perit jerih manusia mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Saya sudah melaluinya, dan bakal meneruskannya, maka saya tahu perasaan itu. Subhanallah, hal itu menjadikan saya lebih bersyukur dengan kurniaan Allah dan tak mahu lagi berpusing ke belakang.

Dari medicine(cita-cita saya dahulu) ke Food Tech (jurusan saya dahulu), dari Operations Officer/Executive (jawatan saya dahulu) di Penang ke Nutritionist cum Communications Executive (bakal pekerjaan saya akan datang) di PJ..... Jangka masa 6 tahun sejak meninggalkan sekolah menengah, belajar hidup sendiri di tempat orang, jauh dari keluarga untuk memberi petunjuk apa lagi melindungi, dari tidak mengenal apa itu usrah sehingga sudah mampu mengelola usrah (baca: halaqah)... Alhamdulillah, kurniaan Allah pada saya sangat banyak... cuma mungkin saya perlu lebih banyak menterjemahkan syukur itu dalam bentuk amalan pula, InsyaAllah...

Memahami erti Maal Hijrah, menitis juga air mata mengenang hijrah Rasulullah SAW dan susah payah baginda, sedang saya berhijrah dengan selesa sekali... Alhamdulillah, Allah melindungi saya, walau enjin berasap di tengah jalan (coolant kering, temperature naik)...

Saya tak tahu apa perkara yang menanti saya di hadapan. Hidup di tengah kota raya pastinya cabaran lebih hebat. Saya mesti kuatkan diri, kuatkan iman, tambah kualiti amal. Nasihat murabbi saya sebelum berangkat, berlapang dadalah dengan masalah peribadi, supaya kita lebih banyak berfikir masalah umat. Sepanjang saya bekerja di Penang, saya sangat sedih dengan keadaan remajanya. Sangat...sangat...sangat sedih. lebih teruk dari apa yang saya pernah gambarkan. Subhanallah, bangkit kesedaran dalam diri saya untuk menambah lagi bekalan untuk terus berdakwah dan berdakwah... Saya sangat merindui adik-adik halaqah (dahulu) di sekitar lembah Klang. Mungkin inilah salah satu hikmah Allah memperkenankan doa saya untuk berada di sini. Alhamdulillah...

Sekarang tengah cari rumah sewa sekitar PJ... Doakan saya lagi, agar bertemu dengan teman serumah yang baik dan solehah... ameen...

Wassalam

2 comments:

asma said...

Moga Allah memberi ruang yang sangat luas untuk beramal disana ukhti..tidak kira dimana pun ant berada,tarbiyah terus berjalan dan penghijrahn menjadikan kita menjadi insan yang lebih hebat disisi Allah..mis u alot..teruskan melangkah..potensi ant bnyk yang sgt berguna dimanfaatkan dlm dk,gunakanlah ia sebaiknya..moga Allah menjadikan kita hamba yg sgt bersyukur dengan takdir dan ketetapan Allah.Doakan kami disini..cabaran ada dimana2 hehe.

Syaima' Azure said...

Ukhti asma yang dikasihi kerana Allah...

em, firstly,kordial roselle tu bukan untuk perhiasan tau...minum je sampai habis.hehe

selamat untuk anti juga.moga lebih kuat dan sabar dengan dugaan.

rindu kamu juga =P

 

Text