Bismillahi walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt.
Sudah bersawang blog ini kutinggalkn sejak mula bekerja lewat 2010.kini sudah pertengahan 2012, bererti sudah hampir 1 thn setengah aku meninggalkn alam universiti yg sgt byk mengajar aku erti hidup sebenar... argh, yada yada again.
Tak tahu bagaimana caranya, tapi ini kukira peluangku untuk mengucapkn tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya 'mempublish' buku tulisan sendiri. Baarakallahu fiekum... Semoga Allah terus memberikn kekuatan kepada kaluan untuk terus berkarya dalam membangun peradaban ummat, ameen.
Sebentar tadi baru mengambil kad jemputan dari printer. Baru sahja melipat n menulis nama di atas beberapa keping kad tersebut. Perasaannya bercampur baur... sambil memasang n memperdengar ayatul muhafazah, saya bermuhasabah sendiri.
Mungkin orang lain melipat kad jemputan dengan senyum manis,
Saya hanya memikirkan diri sendiri,
Jika orang lain menghitung hari bahagia denga gembira,
Entah mengapa saya menghadapinya dengan banyak menangis,
Memikirkan tanggungjawab n amanah yg makin bertambah...
Jika sebelum ini saya hanya punya ibu, ayah n adik abang untuk dikasihi,
Yang telah saya kenali n sayangi sejak lahir,
Namun nanti akan hadir pula makhluk yang begitu asing,
Dengan hanya satu lafaz saya wajib mencintainya n menaatinya,
Aneh bukan?...
Jangan salah faham,
Saya tidak sekali-kali menyesali pemilihan ini,
Harta, pendidikan, rupa dan keturunan bukan faktor utama,
Kerana jika semua itu yg menjadi ukuran,
Saya akan lalai, leka n alpa,
Saya tahu iman saya,
Saya faham benar diri saya,
Biarlah tidak sempurna sekalipun di mata manusia,
Kerana di mata Allah,
Dia sempurna untuk saya,
Kerna dia Allah datangkan di sela2 doa solat malam saya...
Astaghfirullahal azhim...
Moga Allah memperbaiki iman saya,
Moga Allah memperbaiki imannya,
Janganlah bisikan-bisikan syaitan n nafsu,
Merosakkan benih-benih taqwa yang dibaja.
Bukan untuk sesiapa atau apa-apa,
Sekadar bingkisan peringatan untuk diri sendiri,
Dalam persiapan menuju hari
Menjadi 'orang baru'...
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment