Assalamualaikum.
Tidak tahu mengapa terdetik di hati ingin menulis kala ini. Siang tadi pembentangan BM dan seperti biasa ana mendapati pembentangan ana agak teruk. Tidak tahu mengapa jika iamelibatkan majlis formal, ana jadi kaku. Huhu. Jazakillah kepada sahabat yang menegur.
Tidak seperti kebiasaan, seorang akhwat duduk di surau.Tak sangka kat dalam surau kat pusat bahasa tu ada 5 org coursemate sekali tgh duduk sembang2 sambil ulangkaji pelajaran. Terkadang bayk juga 'tersasar' topiknya.
Dia mengeluh. Tiba-tiba datang idea..
"Korang percaya tak ramadhan ni bulan special?" dia bertanya.
"Eh, mestilah. Kenapa plak ko tanya macam tu?" jawab Akmal.
"Apa ye agaknya harapan korang ramadhan ni? Yalah, ramadhan ni kan special. Mesti korang ada harapan sendiri," akhwat tu menjawab.
"Oh, aku harap dapat habiskan tarawikh satu bulan ni," jawab Zahirah.
"Aku harap dapat tambah amalan, nak cuba solat tahajjud," jawab Wanee.
"Alhamdulillah, baguslah kalau korang ada fikir nak tambah amalan dlm bulan Ramadhan ni. Kita kene ingat, Ramadhan ni x datang banyak kali. Maka rebutlah peluang yang ada untuk meningkatkan iman dan amalan setakat termampu. Manalah tau, kot-kot tak jumpa lagi Ramadhan yang seterusnya. Amalkan Qur'an betul2. Paling koman, banyakkan baca Qur'an. Kalau buku rujukan Kimia, Biologi yang tebal-tebal tu boleh kita selak n baca, takkanlah Al-Qu'an yang menjadi panduan hidup kita ni diabaikan?" akhwat tu menasihati panjang lebar. Semua terdiam sambil menunjukkan gaya berfikir...
p/s: yalah, nak beri pengisian x semestinya dalam majlis tazkirah formal..ikut kondisilah.
Al-kisah.Semenjak kadar hormon estrogen n progesteron ni meningkat, belum lagi ana mengalirkan air mata sehingga hari ni. Dosa yang menggunung punca iman semakin rapuh. Ya Tuhan... ampuni diriku. Sama-samalah kita muhasabah diri. Manalah tahu, serasa tak ada dosa besar yang dilakukan, tetapi dosa-dosa kecil yang dihijab dari pandangan itulah yang terkadang mengoyakkan kekuatan dan mematahkan iman yang dibaja. Ukhti, proses untuk meningkatkan iman sangatlah rumit tetapi untuk meruntuhkannya amat mudah. Jagalah dan bajalah ia. Semoga niat kita semua sentiasa lurus dan semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah yang berlipatganda dalam bulan Ramadhan ini. Doakanlah kami di sini.Semoga Allah memelihara kita semua dari api neraka...QS 66:6
Minta doa dari ukhti, moga Allah luruskan niat ana di sini. Tawaran ke PCM untuk medic telah ana tolak. Kita semua ada masalah dan kerja berat yang perlu difikir dan ditanggung bersama. Sama-sama kita berdoa kepada Allah.
Uhibbukunna fillah..
Wassalam
Luruskan Hatiku
Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa
Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati
Kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku
Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu
Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasad
dan tidak berdendam sesama manusia
Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment