Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 26, 2006

Mengasah bakat Menulis...

In The Name OfAllah, The Most Gracious, The Most Merciful..

Assalamualaikum wbt..
Taqabbalallahuminna waminkum, eid mubarak.Eidulfitri pun sudah memancarkan sinarnya semalam. Segalapuji bagi Allah. Itulah perayaan ekslusif untuk kita muslim,khususnya mukminat dan mujahidat sekalian.Berbagai-bagai perkara yang bergolak dalam jiwa ana raya kali ni.Yalah,kali ni lain perasaannya.Perasaan bila diri kita di'ikat'dengan sesuatu yang tidak terdapat pada semua orang.Tarbiyah.

Huhu..tengah menghayati lirik Islamy Ya Quds.Ni yang tengah bersemangatje menulis.Alhamdulillah.Agaknya bagaimanalah palestinian menyambut raya.Sejak ana tonton tayangan 'Visit Palestin' kat Dewan Budaya USM hari tu, sejak tu bayangan mereka sentiasa melekat kat minda. Tak boleh buang dan ana tak ingin buang. Ana terkedu sebab yang buat liputan ke sana bukannya orang Islam.Memang rasa tak puas hati langsung. Lepas ni bolehlah kita kumpul duit, ramai-ramai pegi Palestin tolong orang kat sana, beri sokongan dan bantuan kasih sayang.Ana tengok, ramai yang menderita ialah wanita dan kanak-kanak.Hal yang paling membuat ana kagum, budak sekecil 5 tahun sudah tersemat dalam hatinya nak mati syahidseperti abang-abangnya.Teringat satu babak yang menunjukkan seorang budak lelaki mendesak supaya lensa kamera memfokus dirinya sambil memegang senapang mainan dan berkata, "Aku nak bunuh Sharon..Aku nak bunuh Sharon!!" Fuh..

Nak tahu lagi..Sekolah, x macam bangunan sekolah.Setiap hari kanak-kanak ketakutan untuk ke sekolah.Ingat lagi peristiwa budak lelaki ditembak dalam perjalanan ke sekolah? Itu baru satu kes.Kes yang tak terbongkar berlambak-lambak lagi!! Dinding sekolah berlubang-lubang -tanda diserang hampir setiap hari.Bayangkan kekejaman Zionis ni.Kanak-kanak sekolah pun tak terlepas!! mereka juga diajar dan sudah menjadi subjek formal di sekolah, subjek cara menyelamatkan diri setiapkali tentera Zionis menyerang sekolah.Subhanallah.
Sebenarnya dah lama ana nak cerita ni.Dalam ta'alim adalah cerita sikit-sikit.Tapi tak tahulah.Raya pun raya jugak.Tapi itu tak bererti dakwah n jihad pun kene bercuti!! TIADA istilah cuti dalam dakwah!!

Memang ditekankan supaya belajar menulis dan menekan keyboard.Keluar U nanti,medan dakwah berbeza-beza.Manalah tahu kan?

Iman-dalam posting yang sebelum ni,dan ingatan-ingatan sebelum ni ada dinyatakan bahawa nak membina iman amatlah payah dan amat mudah untuk meruntuhkannya. Soalan paling common yang ditanya waktu membentangkan ghazwul fikri, "Kak,kenapa tak boleh tengok TV?" Huhu..ana rasa antunna pun tahu jawapannya. tapi bila nafsu sudah merajai diri, xperlu syaitan pun kita dah terjebak.Ingatan untuk diri sendiri.Memang.Lepas tengok tv,rasa sakit dada,sendi-sendi semua rasa lemah-walaupun tengok hanya satu sedutan je.Astaghfirullahal 'azhim. Punca lemah iman semasa di rumah.Banyakkan istighfar, tilawah Qur'an.Target nak khatam 2 kali Ramadhan hari tue x kesampaian. Apalagi..iqoblah!! kene khatam sekali lagi sebelum 8 Syawal ni. InsyaAllah.Doakan moga misi ana tercapai.

Banyak pula berceloteh.Sebarang salah dan silap harap tegur.Ana hamba lemah, baru nak belajar...Wallahu a'laam..
Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

tulisan yang bagus.palestin harus diselamatkan.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

meh mengundi di islam-online..undile pemimpin HAMAS..result terbaru, pope benedict sedang mendapat undi tertinggi..

Assalamualaykom,

Ikhwah dan akhawat,

Islam-online.net sedang mengadakan polling untuk memilih siapakah tokoh tahun 2006. Sekarang ini Hassan Nasrullah telah mendahului lain-lain calon dengan undian sebanyak 68%. Tokoh ahli sunnah yang nampaknya layak untuk menerima adalah Ismail Haneyya (HAMAS), malangnya sehingga detik ini beliau hanya menerima 15% undian sahaja. Pak Lah juga ada, dia hanya terima 3% sahaja.

Harap antum sekelian dapat mengundi Haneyya untuk menaikkan nama tokoh ahli sunnah dan mujahid kita.

Maszlee

undi melalui: http://www.islamonline.net/English/In_Depth/MuslimAffairs/PersonOftheYear/index.shtml

 

Text