Soalan:
Beberapa hari lepas, saya berasa terkejut dan sedih bila terdengar seorang sahabat melabelkan ikhwanul muslimin (ikhwani) sebagai termasuk dalam 72 firqah. Saya pun membantah dengan segenap kekuatan yang ada. Tanpa berakhir di situ, saya pun cari fatwa2 dan artikel2 yg ada mengenai apa yang tak kena dengan ikhwani di mata org2 salafi. Terkejut betul bila saya baca secara rambang apa yg artikel di www.salafipublications.com mengatakan. Ada pula yang sampai mempersoalkan manhaj ustaz2 seperti Ust Abdullah Yasin, Ust Asri Zainal Abidin, Ust Hussein Yee dll. Saya ingin minta pendapat ustaz disini apa yg patut saya lakukan? Apa yang patut saya percayai? Kerana apa yang saya baca bila mereka2 melabelkan ikhwani dan tulabul ilm di nusantara sebagai tidak berada dlm landasan salafiyah sgt menyakitkan hati. Kekadang terlintas jugak di benak saya perkataan2 sebegini, "Asik2 dorang quote Syeikh Albani. Asik2 Syeikh Rabi`. Tak ada ulama` lain ke?"
Kerana kesedaran ini, bila saya berbincang dengan teman2 yang belum terdedah pada salafiyah, saya lebih kerap quote apa yg terdapat dlm kitab2 Ibn Hajar Asqalani atau Imam Nawawi etc. Adakah golongan salafi sekarang sendiri telah termasuk dalam kancah terlalu taksub pada ulama` mereka sendiri sampai kekadang pada mereka, hanya masyaikh di arab saudi sahaja yang layak memberi fatwa? :confused: :confused: :confused: :hanged
Jawab:
Kumpulan yg anda temui itu ialah dari dua golongan:
a. Mereka bukanlah dari manhaj salafi tulin tapi Talafiyun (perosak) atau Syalafiyun (slogan kosong) atau menurut syaikh alGhazali, Qutha’ atTuruq (penyamun jalanan). Mereka ini ialah barisan pelapis generasi salafiyah sedangkan Guru-guru mereka spt Muhaddith Albani, Ben Baz , Uthaimeen yg menulis dgn penuh adab dan sopan. Golongan salafiyah yg ultra ini mengutuk Dr Qardhawi dan Syaikh alGhazali, sedangkan jika Albani melakukan beberapa kesilapan yg fatal, mereka tidak mengkritiknya; begitu juga mereka mendiamkan diri dgn beberapa Fatwa Syaikh Baz yg fatal spt haramnya fotografi dan harusnya berdamai dgn Israel dan bekerjasama dgn USA. Golongan salafiyah pelampau ini menerbitkan buku antaranya,” alQardhawi fil Mizan (Qardhawi dalam Penilaian) Rumusan dari kitab ini, Qardhawi sesat lagi menyesatkan. Hakikatnya Pelopor2 Salafiyah spt Albani, Ben Baz dan ulama’ Lajnah Daimah dan Buhuth KSA adalah diseqahi ilmunya, Cuma barisan pelapis mereka yg agak keras dan tidak ada sopan dan menghormati ulama’ selain salafiyah.
b. Golongan Jama’ah Ahbasy: Dr Qardhawi mendedahkan jama’ah ini dalam Fatawa Mu’asirat edisi terbarunya Jld 3. Jama’ah Ahbasy ini telah mengedarkan kitab,” Tahzir alMuslimin min Dhalalat Yusof alQaradhawi (Menyedarkan peri kesesatan Yusof alQardhawi). Jama’ah ini mengkafirkan semuanya yg berada di luar Jama'ah Ahbasy: alQardhawi-Syaikh alGhazali-Ibn Qayyim-Ibn Taymiyah-Ben Baz-Albani dan jama’ah Ikhwan Apakah sikap kita dgn tindaktanduk yg melampau dari golongan ini yg tidak menunjukkan adab sopan terhadap ulama’: Imam Ibn Abdul Bar memberi nasihat (Jami’ alBayan al ‘Ilmi wa Fadhlihi: 2/152): “Jika ada seseorang (ulama’) yg kredibilitinya tidak diragukan, amanah dlm ilmunya, diseqahi (dipercayai), terbukti kealimannya, accountability, maka jangan dihiraukan dengan tohmahan seseorang terhadapnya kecuali dia mampu mendatangkan bukti2 ilmiah dan fakta bahawa yg ditohmahnya itu melakukan kesalahan2 yg fatal dan bantahan2nya dinilai dari kekuatan dalilnya.”
Dr Yusof alQardhawi, Syaikh Muhammad alGhazali, Imam Hasan alBanna, ini adalah peribadi2 yg diseqahi (dipercayai) lagi amanah dalam keilmuannya. Maka buktikanlah kesalahan2 mereka yg fatal lewat kitab dan jihad mereka itu jika mereka mampu berbuat demikian. Dan kita sama-sama kaji kesalahan2 tsb. Maka itulah dua puak yg bikin kacau dan ribut: pengikut2 Salafiyah yg masih mentah dan fanatik dan Jama’ah Ahbasy yg lebih buruk dari golongan salafiyah ultra. WA
[img:ecf040282f]http://al-ahkam.com.my/forum/images/panel_feqh.gif[/img:ecf040282f
Kolam hiasan
6 years ago
6 comments:
aslm wbt
salaf ialah manhaj dan bukan gerakan. amat meneydihkan kalau mrk yg mengakui salfiu, bermanhaj salaf menjd pemecah belah ummah dgn menghentam saudara seislam tanpa belas kasihan.
saya menasihati spy bebaskan pemikiran drpd kongkongan mana2 aliran n peganglah Islam sebgmana yg difahami para shbt dan salaf as-soleh.
bebaskan drpd pemikiran Ikhwan, drpd pemikiran aliran slaafi moden,
amik bgmana menthod rasulullah, pemahaman sahabat2 nabi dan tabi2 tabiin.
dan dlm masa yg sama, tika kita menghentam rakan2 kita yg mungkin ektsrim dlm mengkritik tokoh2 ikhwan, kita juga perlu berlaku adil bhw dlm kritikan2 keras mrk itu ada juga kebenarannya.
kita menyayangi tokoh ilmuan Islam akan ttp kebenaran lbih dicintai.
isu tokoh ikhwan spt Muhammad al-Ghazali khususnya, membaca buku beliau yg bertajuk as-sunnah, baina ahl al-feqh wa ahl al-hadith (xingt tajuk sbnar, lbih kurg mcm2lah) membuatkan saya terpk dua-3 kali utk membela beliau.
serangan membuat tuli yg beliau lakukan keatas hadith2 nabi yg bercanggah dgn logika akal walaupun yg diriwayatkan di dalam sahihain amat xdpt diterima. adakah kesalahan fatal sebegini mahu dibiarkan di dalam umat atas dasar hormat pd ilmuan Islam. sudah pasti tidak!
dan gi2 jugalah dgn kesalahan2 ulama2 yg sedia ada, mesti ditangani dgn adil,
ketaksuban kpd albani, bin baz dan lain2 hana menjdkan kita sbg puak2 firqah yg sesat yg taksub membuta tuli kpd imam masing2.
wallahu'alam
jemaah ahbasy pula sudah menular di UIA.
mrk inilah puak2 yg xsegan silumengkafirkan ulama2 secara terang2 terangan.
inilah jemaah takfir yg nampaknya sdg menular di Malaysia. xhairanlah jika saya atau sesiapa yg membaca ini akan dikafirkan oleh mrk krn mmg itulah dakwah mrk iaitu mengkafirkan sesama muslim.
nk tahu psl ahbays
masuk weblog kwn saya http://abusyuaib.blogspot.com
mrk inilah puak yg xreti nk diskus secara ilmu n suka cari gaduh.
suka putar2 ayat, bleh check dkt google video , ada video live penerangan isu ahbasy di uia oleh ustaz arif nazri, n adale sorg mamat ahbasy bg soalan. n
spt biasa mrk adalah penipu. mrk menuduh pencinta sunnah uia sbg memotong2 kalam2 imam abu hanifah di dlam kitab feqh akbar, sdgkan bila kita check balik dia lah penipu krn menambah apa yg xdisebut oleh imam abu hanifah dan menyandarkan kpd imam abu hanifah.
wassalam
cuma saya belum menemui mana2 web ikhwan di malaysia yg nampaknyabenar2 komited dgn dakwah salafiah.
saya jumpa satu di indon
http://www.al-ikhwan.net/
n satu weblog kwn saya di mesir
http://drabduh.blogspot.com
kita jgn lupa ustaz hassan al-banna memberikan puji2 pujian dalam kata aluannya kpd buku feqh sunnah yg menjd rujukan kpd pemuda2 pencinta sunnah sedunia.
bahaya jemaah takfir- AWAS! JEMAAH TAKFIR MENYERANG UIA sila baca web2 ini utk mendapat maklumat ttg mrk http://www.antihabashis.com/eng/index.asp http://abusyuaib.blogspot.com
salam..lawat a blog aku yg x seberapa hehe..http://barisasourire.blogspot.com/
Salam ziarah :)
Post a Comment