Bismillahi walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.
Macam-macam berlaku minggu ni. Semoga Allah luruskan niat dan tujuan aku berada di sini. Berjalan-jalan di alam maya mampu menghidupkan semangat rupanya. Satu lagi, jumpa ramai 'member' yang buka weblog sendiri. Alhamdulillah. Memperluas tsaqafah dakwah, "crossing boundaries, bringing gaps". Semuanya ada cara tersendiri menyampaikan dakwah. Bagi aku, paling penting ialah kita berbuat, bukan hanya menunggu-nunggu orang lain memulakan, apatah lagi menjalankan.
Kerja 'membina' memang suatu yang melelahkan. Apatah lagi jika tidak dibekali dengan iman dan kefahaman yang cukup. Bagi aku yang baru kehilangan seorang mutarabbi...perasaannya memang menyedihkan tapi kita perlu ingat, kita menarik dia, membina dia bukan kerana jemaah atau untuk kepentingan peribadi. Tapi kita sebenarnya membina dia untuk Islam, untuk membangkitkan semula keperibadian Muslim dan seterusnya membina dia untuk bangkit menyebarkan risalah dakwah yang mulia. Itu tujuan aku. Juga tujuan semua dai. Namun apakan daya, rencana Allah lebih sempurna...Dia Maha Mengetahui. Hal itu tidak boleh kita jadikan sebagai penamat, bahkan patut dijadikan titik tolak untuk terus maju mencari dan seterusnya membina... Pancarkan kembali cahaya gemilang Islam yang suatu ketika dahulu pernah menggegarkan dunia. Subhanallah...indahnya tarbiyah.
Ahh, banyak berkata hanya akan mengurangkan keberkesanan. Do ur work!
Kolam hiasan
6 years ago
2 comments:
jazakillah for this entry..really help me..byk lagi ana perlu belaja dr akhwat..ana nie anak ta'limpun lari..
ukhti fillah,
ehe...ana pun kene blaja banyak lagi.yang penting, barakan semangat + amal untuk terus maju.insyaAllah :)
Post a Comment