Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 18, 2008

Monolog Seorang Pengabdi


In the name of Allah, the most Gracious, most Merciful….

Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNya tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Terkadang kita terlupa, sering saja keluhan dan rungutan tercetus keluar dari bibir, mungkin hanya kerana tertinggal barang , atau terpaksa menunggu seseorang atau mungkin yang lebih besar dari itu, kita ditimpa ujian. Kita seringkali memandang pada apa yang menimpa sehingga terlupa pada yang membenarkan perkara itu berlaku.

Fitrah insani…lupa..,tapi Dia tak pernah lupa, tak pernah jemu, dan tak pernah menolak permintaan hambaNya. Terkadang aku terfikir, layakkah aku menerima semua nikmatNya? Nikmat iman, islam, tarbiyyah, dakwah, ukhwah…ah.. tak mungkin aku dapat menyenaraikannya, cukup banyak,terlalu banyak. Walaupun aku hidup seribu tahun, pasti takkan mampu membayarnya, kerana kehidupan itu sendiri adalah nikmat dariNya.

Tuhan..,aku bukan Khadijah,pendamping kekasihMu,tidak setabah Maryam wanita terpuji yang tinggi darjatnya di sisiMu, bukan juga segigih Asiyah yang telah terbina istananya di syurgaMu apatah lagi semulia Fatimah, penghulu wanita syurga, aku hanyalah hambaMu ,hamba yang mendamba secebis redhaMu, hamba yang menagih secebis kasihMu,hamba yang mencari-cari andai ada peluang untukku melihat wajahMu,andai ada kesempatan untukku berkumpul bersama-sama RasulMu dan para sahabat, atau paling tidak,cukuplah andai aku dapat melihat mereka dari jauh… cukuplah andai aku dapat mendengar suaraMu…

Tuhan…hambaMu ini sering saja terlupa,terkadang tawaku berlebihan sedangkan mati itu hampir sekali,terkadang aku mengajak orang kepada kebaikan tetapi aku melupakan diriku, terkadang aku mencegah orang melakukan kemungkaran tanpa sedar aku melakukannya. Engkau Maha Tahu ya Allah,adakalanya niat ini terpesong, lantas Engkau menyedarkan aku. Ampunkanlah dosaku,bimbinglah hambaMu ini, janganlah Engkau palingkan wajahMu dariku Ya Allah. Tetap dan tegarkanlah langkah kaki ini atas jalanMu. Aku berlindung padaMu dari keburukan dan kelemahan diri ini,janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau berikan hidayah..perkenankanlah.. ya Rabbal alamin..

Wahai diri…perhatikanlah kata-katamu,kerana engkau pasti akan diuji dengannya. Andai sampai saat itu, maka ingatlah tiada pergantungan selain dari Allah dan tiada kekuatan melainkan dariNya. Peliharalah dirimu daripada termasuk golongan yang dibenciNya iaitu golongan yang sering mengatakan tetapi tidak berbuat. Luruskanlah niatmu,luruskanlah niatmu,luruskanlah niatmu agar setiap apa yang kau lakukan hanyalah keranaNya. Jagalah amarahmu,bencimu,tangismu, suka dan duka mu agar tidak lari dari landasan yang telah ditetapkanNya. Sentiasalah mohon keampunan dan rahmat dariNya. Ingatlah! Iman itu bukan terletak pada ungkapan ‘pendamba redha ilahi,pemburu syahid abadi’, bukan juga pada kata berapi-api yang dilontarkan penuh semangat,tetapi iman itu hanya akan terbukti melalui ujian yang telah ditetapkannya. Mungkin kecil dan mungkin besar,sebagai tarbiyah dariNya…

PRIPSA…

0 comments:

 

Text