Bismillahi walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.
Benarlah kata 'guru'ku. Allah akan uji pada titik kelemahan kita. Subhanallah, jika orang lain diuji dengan penceraian ibu ayah, parents sakit @ meninggal, adik beradik derhaka, tapi aku tidak pernah diuji dengan masalah keluarga yang serius. Allah itu Maha adil. Semua orang ada masalah tersendiri tetapi tergantung bagaimana kita manage masalah tersebut dengan baik.
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan pelbagai cubaan) sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..." (Surah Al-Baqarah,2 :214)
Aku boleh menarik nafas tenang kini. Tests, assignments, lab reports... sudah hampir ke penghujung sebab awal April ni suma dah peksa. Minggu lepas aku berperang dengan masa. Ditambah lagi dengan walimah 2 sepupu yang perlu dihadiri. Semua kerja perlu diselesaikan dalam masa yang singkat. Di sinilah aku belajar 'management diri'. Buat banyak benda dalam satu masa. Buat assignment sambil cari bahan, set up prog sambil berniaga, study test sambil tunggu makan, mandi sambil gosok gigi, etc..etc.Honestly, memang tersiksa juga. Tapi untuk kebaikan, aku bulatkan tekad, cabar diri sendiri untuk pergi walimah tu (walaupun sebenarnya kene marah jugak sebab balik 1 hari je)..huhuh.
Banyak hikmah dapat diperoleh. Mujur Allah bekali aku dengan keyakinan dan keazaman yang kuat.Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya padaNya
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik..." (Al-Ankabut, 29:69)
Kini Allah uji dengan mad'u yang pelbagai ragam. Ada yang manja luar biasa, ada yang malas luar biasa, ada yang busy luar biasa, ada yang 'kepala angin' luar biasa...etc..etc. Pening kepala juga. Tapi tak mengapalah. Seorang Muslim yang bergelar da'ie itu memang perlu bekali dirinya dengan kesabaran. Tak kiralah banyak manapun. Kena sabar...sabar...dan sabar (check out Ali-Imran,3:200). Yang aku perasan, setiap dai'e itu Allah beri dengan ujian yang sesuai dengan kemampuan dan kelebihannya. Seperti seorang teman tu, selalu dapat mad'u yang suka ikut kepala sendiri. Suka-suki dia je nak datang pengisian ke tak, nak pergi prog ke tak, padahal kefahaman dah agak bagus.. Ada sorang pulak, mad'unya selalunya peramah, manja, nak kena jemput. Waduh,lagi gawat. Tapi tak mengapalah. Di situlah dia belajar untuk jadi lebih baik. Senatiasa bersyukur kerana Allah selalu sahaja beri peluang. Alhamdulillah.
Sekarang ni suka baca buku tokoh dakwah. Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimeen, Salahuddin Al-Ayyubi, kisah para sahabat nabi, n biografi Rasulullah SAW sendiri. mampu naikkan semangat untuk terus maju dalam dakwah. Paling penting, cinta syahid untuk dapat redha Allah.
"Barangsiapa bercita-cita Mati Syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di tempat tidurnya.." HR Muslim, Ibn Majah, Abu Daud, Tarmidzi.
Mengundi? belum cukup umur. Apapun, still mengharap dan berdoa suatu yang nampak mustahil...... (Allah Maha Berkuasa, don't u think so?)
Wallahu a'laam.
Wassalam
mad'u = objek dakwah
Kolam hiasan
6 years ago
1 comments:
Assalamualaikum,
sabar sabar sabar...memang kena sabar dik. Tu baru 2nd year, masuk final year dengan projek2 mega lagilah kelam-kabut jadinya, hehehe.Apa2 pun, doa banyak-banyak insyaAllah akan diberiNya kekuatan dan jalan keluar dari kemelut yang dihadapi. Niat pun kena betul.
All the best in your tests & coming exam, dear.
Post a Comment