Program Jalinan Ramadhan baru-baru ni mencatat rekod apabila jumlah yang hadir agak ramai berbanding biasa. Alhamdulillah, Allah kabulkan juga keinginan aku untuk menapak di bumi Institut Ibnul Qayyum Al-Jauziyah di Bkt Mertajam. Selama ni dok dengaq org bercerita aja. Tempat+makan free. Huhu..save duit. Alhamdulillah moga Allah membalas pihak yang membuat jariah ni dengan kebaikan yang banyak..Ameen
Solat tarawikh kami malam itu diimamkan oleh 2 imam IQ secara bergilir. Aku dapat kesan cara bacaan yang berbeza. 8 rakaat + 3 rakaat witir. Alhamdulillah, tenang dan tidak tergesa-gesa. Bacaan surah, mungkin baca 1 muka Ql-Quran, sekitar surah Al-Ma'idah. Lama berdiri membuat aku ingin memahami bacaan surah yang dibaca. Terkadang lost juga. Membuat aku tak penat. Tapi bila dengar kisah2 akhwat yang jarang berdiri lama begitu, buat aku nak pecah perut juga. hihih..
Dalam tengah-tengah rakaat, ramai yang pergi ke toilet perbaharui wudhuk. Ada yang duduk berehat di belakang sementara yang lain sambung solat. Kasihan, kebanyakannya adalah akhwat yang sampai lewat malam tu. Hujan lebat membuat mereka terkandas di atas jalan dan berbuka juga di atas jalan raya. Yang lucunya, aku terperasan akhwat sebelah aku bergoyang-goyang ketika solat sebab menahan mengantuk.
"Ana memang tak tahan betul, ukhti. Sampai terpaksa bertahan atas badan Asma' kat sebelah ana. Ngantuk betul!" luah Ukhti Salihah
"Owh, patutlah ana rasa berat je bahu ana!" kata Ukhti Asma'. Berderai ketawa kami malam tu.
Lucu + kasihan melihan telatah akhwat. Muka semua monyok aja. Letih. Perjalanan kami bukan mudah. Cuma guna van buat trip 2-3 kali ke IQ. Ada yang basah kuyup naik motor. Pastinya akhwat yang uruskan transport yang paling penat. Subhanallah, aku yakin Allah akan memberi kemudahan kepada mereka dalam urusan dunia. Ameen.
Lepas tarawikh, Dr. Asri naik beri sket tazkirah. Alhamdulillah, dapat juga dengar suara Dr. Asri direct first time. Haha, tapi tak fokus sangat sebab sangat mengantuk. Sambil dengar sambil terlelap. Tempat wanita di bahagian atas, jadi tak nampak si penceramah di bawah. Apalagi, ramaila yang terlelap. Ukhti Humaira' sempat lagi landing atas badan aku. Amboi, amboi! Memang rugi, tapi apa boleh buat. Yang aku dapat dengar sket2 pasal istiqomah. Yang lain xlekat. Alahai...
Selepas solat subuh, ada riadah dan sket tazkeerah subuh. Kami sempat tengok VCD Sang Murobbi pagi tu. alhamdulillah, tgk sket pun jadile. sempat 45 minit je. Lepas tu ada slot dari Ustaz IQ. Uniknya VCD ni, dia tak bleh main dalam laptop. Cuma bleh main dalam VCD Player. Sebab tu kami sangat menanti saat ni.
Selepas itu, ada pengisian dari Ustaz Hisyam yang skarang buat master kat USM dalam bidang hadis. Tentang ibadah Ramadhan. Cara dia mengisi sebijik macam cara Dr Asri. Anak didik dia kot. Banyak input yang kami perolehi pagi tu. Alhamdulillah, ramai yang bertanya soalan. Tapi aku ada sedikit yang tak setuju dengan ustaz ni. Cthnya dia kata tentang sahur, kalo ada makanan dalam pinggan dan dah azan, kita habiskan apa yang ada kat tangan je. Tak perlu habiskan dalam pinggan. Aku yang kurang ilmu ni rasa macam nak tanya, tapi lupa dalil yang kata kena habiskan dalam pinggan. Balik bilik baru dapat kaji semula. Boleh rujuk dalam posting sebelum ni.
Balik dari program, aku ditugaskan drive van angkut akhwat pulang. Trip kedua, kami terserempak dengan Dr Asri dengan isterinya yang nak pulang ke rumah. Dia lambai2 aja. Subhanallah, sosok2 soleh seperti ini wajar dicontohi agar semangat dakwah bukan tinggal semangat saja. Tapi perlu selari dengan perjalanan sirah Nabawiyah, aqidah yang lurus dan ibadah yang sahih. Banyak yang kami perolehi, Subhanallah Allah telah memudahkan perjalanan kami. Semoga Allah memberkahi ilmu yang diterima dan juga memberi petunjuk kepada akhwat yang mahu hadir tapi tak dapat hadir.
Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi
Kami adalah panah-panah terbujur Yang siap dilepaskan dari busur Tuju sasaran, siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus Yang siap terayun menebas musuh Tiada peduli siapapun pemegangnya Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi...
Kami adalah tombak-tombak berjajar Yang siap di lontarkan dan menghujam Menembus dada, lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru Yang siap ditembakkan dan melaju Dan mengoyak, menumbang kezhaliman Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi...
Kami adalah mata pena yang tajam Yang siap menuliskan kebenaran Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang slalu tajam Bak kesabaran yang tak pernah padam Tuk arungi da'wah ini jalan panjang Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi...
0 comments:
Post a Comment