Alhamdulillah, kali ni dipaparkan input yang diterima dari D. Hafazan oleh seorang ustaz lulusan sebuah universiti di Yaman. Untuk tatapan akhwati wa ikhwati. Moga bermanfaat...
TEKNIK MENGHAFAZ EFEKTIF
1) Tentukan bilangan ayat yang ingin dihafal
2) Membetulkan bacaan dari aspek makhraj, hukum, mad, dan waqaf
3) Ayat2 yang hendak dihafaz itu hendaklah diperdengar kepada orang yang lebih mahir
4) Melancarkan bacaan seluruh ayat2 yang hendak dihafaz terlebih dahulu.
5) Lancarkan bacaan dgn nada dan intonasi yang menarik
6) Mula menghafaz dgn membaca secara melihat Al-Qur'an ayat pertama berulang kali
7) Mula membaca ayat 1 tanpa melihat ayat AQ dan dibaca berulang kali sehingga yakin kemantapannya
8) Mula menghafaz ayat kedua spt proses menghafaz ayat pertama
9) Jgn sesekali menghafaz ayat AQ selagi bacaan x diperbetulkan
10) Guna mushaf (AQ) yang sama
11) Beri tumpuan, jaga mata, jgn berbual-bual semasa menghafaz ayat2 baru
12) Elakkan daripada sebarang gangguan semasa menghafaz (jgn tension, jgn tgk makna ayat)
13) Jgn ganggu teman anda yg sedang bersusah payah mengingati ayat AQ
14) Lakukan sedikit gerakan badan atau membasuh muka sekiranya mengantuk
15) Ingat kedudukan ayat dlm muka surat itu, di atas, di tgh atau di bawah
16) Pastikan ayat2 yang ada persamaaniaitu 'ayat mutasyabihaat', apa perbezaan dan persamaan antaranya.
17) Selepas menghafaz ayat2 g ditentukan tadi, tasmi' hafalan kpd teman anda terlebih dahulu
18) Selepas itu, lancarkan kembali hafazan dan barulah diperdengar kepada guru anda
19) Hendaklah saling bantu membantu
20) Pilih waktu yg berharga untuk menghafaz ayat sebelum, selepas Subuh dan selepas Mghrib
21) Pilih tempat yg sesuai y xda gangguan
22) Hafal semasa muda spt mengukir di atas batu. Jgn sia-siakan tempoh ini. Hargai setiap minit dan masa yang anda miliki.
Alhamdulillah, sangat puas dengan input dan pengalaman yang dikongsi oleh ustaz sepanjang pengalaman beliau menjaga seorang Al-Hafiz. Dia juga ada bercerita mengenai seorang anak muridnya yang berjaya khatam menghafaz Al-Quran dlm masa 4 bulan sahaja. Subhanallah... katanya, muridnya itu memang cerdas otaknya. Tipsnya, dia menjaga pandangannya, menjaga makanannya, dan sudah pasti ibunya sangat 'menjaganya'.. subhanallah, di rumahnya tiada TV, tiada radio. Subhanallah..subhanallah...
InsyaAllah, mulailah pasang azam dan niat baru untuk menjadi Al-Hafizah pula lepas ni. InsyaAllah...
Wallahu a'laam
Wassalam.
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment