Bismillahi Walhamdulillah...
Tadi balik dari kuliah mingguan HPA di Parit Buntar. Ramai juga yang hadir. Habis kuliah, depa jamu kami dengan kopi Radix & kek lapis keluaran HPA. Laa ni saya susah nak tidoq. Bila nak pejam mata saja, otak dok berlegar pikiq macam-macam. Ini adalah salah satu kesan Deoxy-direction of Cure, kesan sinergi 7 herba dalam kopi Radix. Badan masih beradaptasi, maksudnya kesan herba masih bekerja keras dalam badan untuk menolak segala toksid (toxic) dan unsur-unsur yang tak diperlukan oleh badan... tapi itu perkara biasa. InsyaAllah lama-lama biasalah nanti. Sebab sebelum ni direction of cure masa mula-mula amalkan kopi Radix, kepala aku sakit teruk, sampai rasa nak pitam. Then bila tanya herbalis HPA, depa kata aku kurang minum air. Lepas tu bila aku amalkan minum segelas air masak selepas meneguk segelas kopi Radix, kepala aku dah steady, takda pening dah. Malah, kalo nak banding dengan orang lain, aku rasa akulah orang yang paling sihat dalam rumah ni. Alhamdulillah...
Kalau orang kata, kopi Radix ni kopi jugak, ada caffein jugak... nape pulak kata dia special? Jawapan untuk soalan itu adalah, terdapat satu herba antara 7 herba dalam kopi Radix ni yang mempunyai fungsi untuk menyahfungsikan kesan caffein dalam badan manusia, iaitu Tebu Gajah (lupa plak nama saintifik dia...nantilah, check balik, insyaAllah). Sebab itulah kopi Radix ni adalah salah satu pengamalan yang baik dalam dunia perawatan herba. Tak percaya, bleh mai secawan... =)
Sebelum datang kuliah, aku dah baca sket+ ulangkaji tentang perawatan herba. Sebelum ni belajar sket dalam PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) anjuran HPA. Belajar saraf tapak tangan. Cara mengesan penyakit dan masalah organ dalaman tubuh manusia melalui penelitian tapak tangan. Subhanallah, kagum juga dengan ilmu ni. Sebabnya kalaupun herbalis ni nak mengesan penyakit, mereka tak perlu selak-selak aurat orang. Cukup dengan meneliti kawasan yang bukan aurat wanita. Contohnya tapak tangan, anak mata, dan nadi di pergelangan tangan. Menarik bukan? Aku kena hafal lepas ni, tanda-tanda penyakit jantung, tulang belakang, ketakseimbangan hormon wanita, masalah paru-paru, hati, etc..etc... InsyaAllah dah pasang cita-cita nak jadi herbalis yang baik, nak jadikan kedai stokis tu sebagai pusat perawatan, insyaAllah. Minta doanya ya =)
Teringat Dae Jang Geum (Jewel in The Palace) masa dia belajar mengesan penyakit melalui tanda-tanda di wajah, berdasar warna muka dan kesan di mata, bibir dan tapak tangan. Orang dulu-dulu mana ada stateskop kan! Takda X-ray de! Tapi bagaimana perubatan mereka mampu berkesan dengan baik. Kagum dengan cara Jang Geum masa dia belajar. Hafal nama-nama herba berdasar karateristik, mengecam penyakit orang-orang awam di pasar-pasar. Walaupun selalu kena marah dengan guru dia, tapi tak pernah putus asa. Itulah semangat orang yang mahu bangkit setelah kesusahan dan penderitaan dilalui. Keikhlasan dan ketulusan hati itu yang paling penting.
"Setiap amal bermula dengan niat, dan setiap amal akan ditimbang berdasar niatnya..."
(HR Bukhari & Muslim, hadis 1 dalam Matan Arbaien An-Nawawi)
Berjuang, berjuang juga. Tapi kalau salah niat, semua hancuq. Tu yang dok maki sana sini, pasal orang lain curi rezeki 'downline' dia... Aku geleng-geleng kepala. Kak Zai, kawan seperjuangan HPA hanya tersenyum bila timbul isu macam ni. Nak buat macam mana kan? Senyum jelah... Tarbiyyah Allah tu luas... =)
InsyaAllah akan datang saya akan cerita lagi tentang produk-produk herba HPA dan perubatan JAWI. Kalau ada sesiapa berminat mahu mengetahui lebih lanjut, sila email saya
muslimah_lazuardi@yahoo.com
atau pm dengan yahoo messenger, id muslimah_lazuardi. bleh juga skype dengan email saya. Facebook? minta maaf, saya tak layan sangat. Tapi insyaAllah saya akan cuba juga untuk manfaatkan medium tu.
Wassalam...
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment