Bismillahi Walhamdulillah...
Teringat perbualan / (macam janji kot?) dengan si Iqa Sabarani kat majlis Konvo tahun lepas. Kami dok pekena ais kacang ngan nugget kat tepi lab kimia. Saya plak baru siapkan plating mikrob (kaji mikroorganisma dalam makanan untuk final year project). Wah, terasa cepat masa berlalu!... Cerita pasal Dr. Tajul, lecturer subject Halal Food Management yang tanya saya kalo berminat nak wat research (Master) subject Halal bawah dia. Masa tu memang tak fikir apa-apa lagi pasal masa depan. Memang rasa macam ini satu kewajipan, fardhu kifayah, sebab mengkaji pasaran makanan Halal di Malaysia. Pastu bila bulan-bulan berikutnya berlalu, (Alhamdulillah subjek tu saya dapat A!) lepas penat bergelumang dengan FYP, rasa macam dah tak mampu nak dok lama-lama dalam lab tu. Adoi... banyak lagi keperluan + keutamaan yang perlu diutamakan. InsyaAllah, mudah-mudahan keputusan yang diambil sekarang betul (walau mungkin tidak tepat) dengan mengikut kondisi masyarakat dan keperluan dakwah. Dan saya berdoa mudah-mudahan Dr. Tajul menjumpai graduan yang lebih layak daripada saya, insyaAllah...Wallahu a'laam... (Tawakkal 'alallah).
Laa ni, memang agak sibuk mengurus kedai stokis ni. Menjadi usahawan HPA, bukanlah semudah yang disangka. Saya bukanlah orang yang mudah percaya kepada sistem MLM sebab dah banyak sangat cerita tak baik yang dibaca di akhbar, apalagi kalo nak dikaitkan dari segi syariahnya. First thing dalam mind sebelum join HPA adalah sebab produk makanan yang dipasarkan. Makanan yang dijamin halal, berkualiti seperti kopi Radix itu yang menjadi tumpuan saya. Sebelum ni tak tahu pun yang HPA ni produk utamanya adalah ubat-ubatan herba. Saya menjadi ahli pun sebab otak bisness saya dah mula fkir, lepas grad saya tak nak kerja dengan orang. Saya nak jual produk orang Islam, dan produk makanan sunnah. Supaya saya boleh memperkenalkan Islam kepada masyarakat melalui makanan kesihatan yang berkualiti dan baik. Syarikat-syarikat yang berlegar dalam fikiran saya setahun sebelum saya grad adalah seperti Ana Edar, Permata Hijrah, Jus Tok Guru dan lain-lain yang saya pun dah tak brapa ingat... [sebab saya tak mampu lagi nak buat produk sendiri... tak salah kan, kalau gabung dengan yang sedia ada? =) ]
Semasa halaqah Taman Syurga dengan adik-adik di sebuah kolej, salah seorang bertanya kalo saya nak jadi ahli syarikat HPA ni. Sebelum ni memang dah kenal sikit-sikit, tapi tak berapa tahu sangat. Saya menjadi ahli dengan harapan mahu tahu dengan lebih lanjut tentang produk-produk halal HPA dan berniat mahu menjadi salah seorang daripada agen stokisnya. Itu niat saya yang pertama. Kemudian setelah saya mengikuti Perkongsian Bijak Cemerlang, barulah saya tahu ini juga merupakan sebuah syarikat multi-level marketing ang dipantau oleh panel syariah yang berkelayakan, tak dibuat single level sebab utamanya adalah untuk menjaga kualiti produk dan cut habis kes ciplak produk dan penipuan.
Alhamdulillah, saya sudah faham kini apa yang dikatakan HPA MLM Syariah kerana mereka mempunyai panel syariah yang berkelayakan tersendiri yang memantau perjalanan business mereka. Bahkan semasa perlantikan saya sebagai agen stok (stokis), saya berhadapan sendiri dengan panel syariah yang hadir dan diberi keterangan sendiri oleh Tn. Hj. Ismail tentang MLM Syariah HPA. Siap buat akujanji depan mereka... (Jangan salah faham, semasa 'bai'ah' kami tidak bersalam tangan, yang hukumnya sah-sah HARAM). Memang kali ni depa jaga betul-betul, saya hadir bersama beberapa agen stok wanita dari serata Malaysia. Tn. Haji Ismail masa tu bahas tentang niat dalam berniaga dan berkongsi tentang beberapa masalah lampau yang terjadi dalam bisnes MLMS HPA ni. Beliau mengingatkan kami agar berhati-hati, jangan sampai keinginan terhadap dunia mengelabui amanah kita terhadap Islam dan hubungan kita dengan Allah.
Masakan tidak...? Waktu itu juga kami dibawa melawat ke semua cawangan HPA yang berada di Sg. Petani. pi RFC, Radix Pizza, Radix Bakery, El-Zahraa Inn (hotel HPA), Bookstore, Tours & Travel, Dobi, etc..etc... Penat jugakla. Yang saya kagum, mereka sangat menjaga kualiti produk sehingga semua staff diwajibkan untuk berzikir al-ma'tsurat dan menunaikan solat sunat Dhuha sebelum memulakan pekerjaan. Itu adalah tawakkal mereka kepada Allah, mudah-mudahan Allah memberikan mereka petunjuk dan jalan keluar kepada setiap permasalahan dalam menaikkan ekonomi ummah.
Sempat saya dan rakan-rakan stokis menjenguk ke bilik Tn. Haji di dewan tersebut. Bukan calang-calang, subhanallah. Buku-buku yang tersusun di raknya berbagai genre. Daripada perawatan herba, motivasi, Tafsir, fiqh dakwah, ekonomi, syariah, etc... Wah, bulat mata saya. Banyak buku yang best.. huhu, sabar...sabar...
Saya menasihatkan kepada kawan-kawan, sebelum membuat keputusan atau memburukkan sesuatu, kaji dan selidiklah dahulu perkara sebenar. Supaya tidak ada pihak yang dizalimi dan terzalimi. Jika salah, tegurlah dengan cara yang makruf.
Rawai'y saya. Malam tadi pergi kelas mingguan, pertama kali dalam hidup saya menang cabutan bertuah =P dapat tepung gandum HPA yag baru... Alhamdulillah =D
Wassalam...
Kolam hiasan
6 years ago
1 comments:
Pendedahan dan perkongsian yang bagus Syaima'..Moga terus dredhaiNya..Selamat berbussiness!:)
Post a Comment