Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 01, 2009

Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang Berpuasa

Sesungguhnya, sesiapa yang taat serta faham dengan Al-Quran dan Sunnah, maka sekali-kali dia tidak akan meragui bahawa Allah menginginkan kemudahan untuk hambanya, bukan kesulitan. Allah telah membolehkan beberapa perkara bagi orang yang berpuasa dan tidaklah merupakan satu kesalahan bagi sesiapa yang melakukannya. Di sini, disenaraikan perkara-perkara tersebut beserta dalil-dalilnya.

1. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub

- Dari ‘Aisyah dan Ummu Salamah :

[ أن النبي كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل و يصوم ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa “. [HR Al-Bukhari : 1825, Muslim : 1109]


2. Bersiwak

- Nabi r bersabda :

[لولا أن أشق على أمتي ، لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة] وفي رواية : [عند كل وضوء]

Maksudnya : ” Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka

bersiwak setiap kali ingin bersolat “. [HR Al-Bukhari : 887, Muslim : 252] Dan ada riwayat ” Setiap kali wudhu ” [HR Al-Bukhari : 2/682]

Hadis di atas adalah umum. Oleh itu, diperbolehkan siwak bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu samada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Al-Bukhari[1] serta Ibnu Khuzaimah, Al-Baghawi dan jumhur ahli ‘ilm.


3. Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tanpa berlebih-lebihan

- Rasulullah r sendiri berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa. Tetapi Baginda melarang orang yang berpuasa berlebih-lebihan dalam melakukan keduanya, sebagaimana sabda Baginda r :

[ ... وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائما ]

Maksudnya : ” ..berlebih-lebihanlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu berpuasa “. [HR Abu daud : 2366, At-Tirmidzi : 788, Annasai' : 87]


4. Bermesra dan mencium isteri

- Dari ‘Aisyah, telah berkata :

[ كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يُقبل وهو صائم، ويباشر وهو صائم، ولكنه كان أملككم لإربه ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Rasulullah r pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang paling mampu menahan diri ” [HR Al-Bukhari : 1927, Muslim : 1106]

- Perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda dan diperbolehkan bagi yang sudah tua, sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, telah berkata :

[ كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم ، فجاء شاب ، فقال : يا رسول الله ! أُقبل وأنا صائم ؟ قال : لا ، فجاء شيخ ، فقال : أٌقبل وأنا صائم؟

قال : نعم ، قال : فنظر بعضنا إلى بعض ، قال صلى الله عليه وسلم : ... إن الشيخ يملك نفسه ]

Maksudnya : ” Kami pernah berada di sisi Nabi r, datanglah seorang pemuda, lalu berkata : Wahai Rasulullah ! Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata : Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa ? Nabi menjawab : Ya. Berkata (Abdullah) : Kami melihat sesame sendiri (kehairanan), Nabi bersabda :

Sesungguhnya orang tua lebih mampu menahan dirinya “. [Lihat Silsilah Asshahihah : 1606]


5. Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan.

- Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama’ al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan oleh Majma’ Fiqhul Islami.[4]


6. Berbekam

- Sesungguhnya berbekam merupakan antara perkara yang membatalkan puasa, kemudian hukum ini dinasakhkan, sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

[ أن النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم احتجم وهو صائم ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r telah berbekam dalam keadaan berpuasa “. [HR Al-Bukhari : 1939]


7. Merasa makanan

- Dari Ibnu Abbas, beliau telah berkata :

[ لا بأس أن يذوق الخل ، أو الشيء ما لم يدخل حلقه وهو صائم ]

Maksudnya : ” Tidak mengapa merasai cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke kerongkong dalam keadaan berpuasa “. [HR Al-Bukhari ta'liiqan[5], lihat Fathul Bari : 3/154]


8. Memakai celak, menitiskan air atau ubat yang masuk ke dalam mata

- Telah berkata Imam Al-Bukhari[6] : “Anas bin Malik, Hasan Al-Basri dan Ibrahim Annakhai’ memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa “

- Telah disepakati oleh jumhur ulama’ al-mu’ashirin, antaranya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh

Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Dr. Wahbah Azzuhaili, Dr. Fadhl Hassan Abbas, Dr. Muhyiddin Masto, dan lain-lain bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa.[7]


9. Mencucurkan air ke atas kepala serta mandi

- Diriwayatkan dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang[8] yang meriwayatkan kepada aku :

[ لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يصب على رأسه الماء وهو صائم من العطش أو من الحر ]

Maksudnya : ” Aku telah melihat Rasulullah r mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan “. [HR Abu Daud : 2365][9]

- Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya, mengadakan satu bab iaitu : (Bab Mandinya orang yang berpuasa), dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar :

[ وبلّ ابن عمر ثوبا فألقاه عليه و هو صائم ]

Maksudnya : ” Ibnu umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudian beliau memakainya dalam keadaan berpuasa “. [HR Al-Bukhari, lihat Fathul Bari : 3/154]


[1] Lihat Shahih Al-Bukhari : 2/682, dan Fathul Bari : 4/158.

[2] Lihat Shahih Ibn Khuzaimah : 3/247.

[3] Lihat Syarh Sunnah : 6/298.

[4] Lihat Majallah Majma’ : 2/464

[5] Iaitu, tanpa sanad. Tetapi Ibn Hajar telah menyambungkan sanadnya di dalam Taghliiqut Ta’liiq : 3/151-152.

[6] Lihat Fathul Bari : 4/153

[7] Lihat Majallah Majma’ : 2/378,381,385,392. Lihat perbahasan yang terperinci di dalam (مفطرات الصيام المعاصرة) oleh Dr. Ahmad

Muhammad Al-Khalil di laman web : www.saaid.net.

[8]Abu Bakr tidak menyebutkan nama sahabat yang melihat Rasulullah. Dalam ilmu hadis, perkara sebegini dikenali sebagai (جهالة)

ataupun orang yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tidak dikenali perawinya adalah hadis yang dhaif, tetapi sekiranya yang tidak

dikenali itu adalah sahabat, seperti hadis di atas, maka ia terkecuali dari hukum dhaif, kerana sahabat Nabi kesemuanya (عدول) dan

tidak dipertikaikan kedudukan mereka. Inilah keistimewaan sahabat Rasulullah. Sila lihat perbahasan ringkas tentang (عدالة الصحابة) di

dalam Huqbatun Mina Attarikh oleh Uthman bin Muhammad Al-Khumais : mks 157.

[9] Sanadnya Shahih, lihat Shahih Sunan Abi Daud oleh Syeikh Al-Albani : 2072.


source: www.soaljawab.wordpress.com

Friday, August 28, 2009

That's The Way It Is...

Bismillahi walhamdulillah...

Menggaru-garu kepala yang tak gatal tatkala ditanya oleh masyarakat... "Kamu buat projek apa?"
Hmm...bagaimana nak explain ye? Kata "Kita nak kaji kesan treatment Cinnamon oil pada kualiti dan mikrobiologi pada ikan talapia yang disejuk beku"... Kalo yang diterangkan ialah kepada seorang pensyarah atau student IPT, mungkin terjawab soalan itu. Tapi kalo yang bertanya ialah pakcik atau makcik yang dijumpai di tepi jalan? Haha, pening juga kepala kawan tu nanti.

Tak tahulah sudah berapa hari tak betul2 study yang berkualiti. Setiap hari, dari pagi hingga petang, malah kadang-kadang sampai malam duduk di laboratory menyiapkan kerja-kerja projek. Kalah student2 master camni. Subhanallah... banyak yang dipelajari. Daripada terkial2 dan lembap, menjadi semakin mahir dan laju... Timing is everything. Kalo boleh satu hari siap semua benda, sebab hari-hari memang tak boleh lari drpd membuat analisis.

Plating microb dlm 3 jenis agar (Plate Count Agar, Triple Sugar Iron and Chloroflouro Carbon Selective Media untuk Pseudomonas sp. sejenis microb spoilage pada ikan freshwater. Kita ada 3 jenis treatment pada ikan talapia yang sudah di potong membentuk fillet (diambil isinya sahaja), dan satu negative control. Treatment pertama, ikan talapia dicelup dengan 0.5% cinnamon oil. Treatment Dua, kita celup dgn 0.1% Lactic Acid, treatment 3 kita celup dengan combination cinnmon oil (kulit kayu manis) dan lactic acid.

Kami perlu membuat analisis setiap 3 hari sehingga hampir 2-3 minggu. Tapi preparation dan trial memang mengambil masa yg sangat lama. Analysis pula diambil dari aspek, microbiologi (3 jenis agar), pH, Total Volatile Base Nitrogen, color and sensory. Hari ni hari pertama kami mengelola sensory test. Selalunya jadi panelist, kali ni kami pula yang menjadi 'organizer". Rasa macam menjamu orang yang datang rumah. Tapi nasib baik puasa. Kami guna Hedonic Test, uji attribute color, texture, odor, appearance and overall. Tak masuk flavor. Panelist hanya perlu memberikan markah kepada keempat-empat sampel berdasar ke 'suka'an atau ke'tidaksuka'an mereka terhadap sampel tersebut.

Masak agar, cuci botol mikrobiologi, buat peptone water, steam ikan, pinjam kunci makmal, isi borang OT, bla..bla.. dah jadi rutin harian. Jam biologi dah berubah. Sekarang ni jadi berserabut sikit. Astaghfirullahal azhim... Minta doa moga Allah kuatkan jiwa ni, ameen.

"Ya Allah, rahmat-Mu ku harapkan. Janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) atas diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan Yang berhak disembah selain Engkau" (Diriwayatkan Abu Dawud & Ahmad, dihasankan oleh Al-Albani dan disahihkan Abu Dawud) - Hisnul Muslim

Walaupun sibuk, dan walaupun seorang wanita, aku juga tak mahu ketinggalan merebut pahala jihad seorang lelaki. Apabile terbaca kisah sirah Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan para sahabat, aku jadi kuat, dan itulah perkara yang membuat aku terus tegar. Biar otak penat, biar badan letih, jgn pernah sekali biar iman penat, kerana itulah 'pengecas' utama kehidupan jiwa. Alhamdulillah halaqah berjalan seperti biasa, cuma sekarang sedang cari jalan bagaimana mahu 'upgrade' kefahaman & iman adik2 ni. Subhanallah, bila teringat amanah-amanah Allah ini, jiwa jadi tak keruan, serasa mahu sahaja kuberi jiwa dan raga pada mereka, agar mereka tumbuh menjadi insan da'ie dan murobbi yang kuat menelusuri cabang-cabang sunnah. InsyaAllah, doakan..doakan...

Teringat lirik lagu dari Celine Dion:

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is...

Tiada kaitan dgn sesiapa, mentadabbur setiap perkara dalam dunia ciptaan Allah..

Setiap insan memang sentiasa silap dan lupa. Janganlah kalian serik untuk menegur atau membetulkan kesilapan. Semoga Allah sentiasa membalasnya dengan kebaikan. Jazakumullahu khaira.

Wassalam.

Sunday, August 23, 2009

Harapan Ramadhan (2)


Alahmdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah... bertemu lagi ramadhan kali ni. Mari sama-sama manfaatkannya.

Banyak-banyak nasyid Ramadhan, nasyid ini yang paling menyentuh hati. Jom hayati..

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan feat Manbai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


p/s: bagaimanakah hari-hariku kemudian???
.....

Tuesday, August 18, 2009

Artikel: Menjadi Kader yang Berdaya

Ketika rasulullah s.a.w menawarkan kepada para pemimpin kabilah untuk membawa dan membela dakwah, kebanyakan mereka menolak. Sebahagian mereka mengatakan: “Jika demikian, kalian akan diperangi orang-orang Arab dan bukan Arab.” Dan ada di antara mereka yang mengatakan: “Urusan ini (dakwah) adalah urusan yang dibenci oleh para penguasa.” Memang demikian adanya, bahawa dakwah akan mendapat tentangan besar dari para penentangnya sepanjang zaman. Dakwah membawa misi besar perubahan, akan melibas beragam budaya dan kebiasaan, menghancurkan kebatilan dan segala ragam perilakunya. Menentang penguasa zalim dan pendukung serta tata aturannya, menghentam Illah batil dengan perundangannya, mengharamkan industri maksiat dan menentang para pemilik dan jajaran pegawainya. Wajar jika dakwah akan mendapat serangan bertubi-tubi sepanjang zaman kerana ada kepentingan besar di sebalik perlawanan tersebut iaitu tradisi, kemuliaan dan harga diri.

Di balik tekanan dakwah yang sedemikian dahsyat, baginda sedar bahawa dakwah memerlukan lelaki kuat penopang tegaknya kebenaran. Hari-hari beliau adalah hari-hari mencari kader guna menguatkan rumah dakwah agar nyaman ditempati penghuninya. Meski beberapa tokoh dan pemuka Quraisy sudah membulatkan tekad menyatakan dokongan terhadap perjuangan baginda, namun Rasulullah s.a.w. masih merasa sangat perlu akan hadirnya tokoh besar dengan jumlah yang banyak. Setiap kabilah didatangi, setiap tokoh ditemui…akankah ada di antara mereka yang siap menjadi pahlawan besar pengawal kebenaran. Keinginan baginda akan kehadiran antara dua tokoh besar Umar bin Khattab dan Umar bin Hisyam (Abu Jahal), baginda lontarkan dalam ungkapan doanya: Ya Allah, wibawakan Islam antara dua Umar.” Namun di balik pencariannya, baginda sedar bahawa mencari kader tidak seperti mencari ikan ditambak besar, sebaliknya membahasakan kader seperti unta tunggangan (rohilah), dari seratus unta belum tentu ada satu di dalamnya.

Di salah satu rumah di Madinah, Khalifah Umar bin Khattab r.a. duduk bersama sahabatnya. Lalu bertutur: “Bercita-citalah kalian!” maka salah seorang dari mereka mengatakan: “Alangkah baiknya jika rumah ini dipenuhi dengan emas yang dapat ana infaqkan dan sedeqahkan fi sabilillah.” Lalu umar berkata lagi: “ Silakan kalian berangan-angan!” Mereka menjawab: “ Wahai Amirul Mukminin, kami tidak tahu lagi apa yang harus kami katakan.” Umar pun menjawab: “Ana merindukan para kader seperti Abu Ubaidah Al Jarrah, Mu’az bin Jabal dan Salim Maula Abu Huzaifah, untuk berjuang menegakkan kalimatullah.” Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Umar. Beliau amat mengetahui tentang faktor penunjang bagi wujudnya kemuliaan dan harga diri, modal besar penggerak bangsa yang mati dan bagi tegaknya peradaban besar yang hakiki.

Sungguh kader lebih mahal dari barang tambang, lebih kuat dari karang dan daya ledaknya lebih dahsyat dari senjata. Kehadirannya di tengah umat mampu membangunkan orang yang tidur, menyedarkan orang yang mabuk bahkan mampu menghidupkan mereka yang telah mati. Tidak perlu ribuan, ratusan atau puluhan bahkan satupun jumlah mereka telah mampu memberi roh baru bagi kehidupan umat. Imam Hasan Al Banna membahaskan kader dengan ungkapan indah: Kalian adalah roh baru yang mengalir dalam tubuh ummat.”

Ketika dakwah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Madinah, Rasulullah s.a.w. tidak perlu lama mencari siapa yang tepat untuk dikirim menjadi da’ie dan murabbi ke sana. Baginda tidak perlu mengirim sahabat senior sekelas Abu Bakar atau Umar Al-Khattab, tidak perlu banyak, cukup seorang iaitu Mus’ab bin Umair sebagai pembuka kota Madinah. Rasulullah s.a.w. memahami benar bahawa seluruh kadernya berdaya dan memiliki tanggungjawab yang tinggi terhadap kerja-kerja dakwah.

Ketika Khalid Al-Walid mengepung suatu tempat dalam pertempuran dahsyat, beliau meminta bantuan pasukan tambahan kepada khalifah Abu Bakar r.a. Akan tetapi sang khalifah hanya mengirim seorang lelaki sahaja iaitu Qo’qo bin Umar Attamimi r.a. seraya berkata: “Insya Allah, pasukan tidak akan kalah dengan adanya lelaki seperti dia.” Dan Khalid Al-Walid pun berkata: “Sungguh! Suara Qo’qo di tengah pasukan jauh lebih menggentarkan musuh berbanding 1000 orang tentera.” Seorang kader terkadang berbanding seratus, bahkan seribu orang. Dan kader kadang kala bandingannya adalah satu bangsa, sehingga dikatakan: Seorang kader yang punya cita-cita besar mampu menggerakkan satu bangsa.

Kader ibarat roh bagi raga atau penggerak enjin sebuah kereta. Seluruh roda kebaikan tidak akan bergerak tanpa kehadirannya. Wajar jika Rasulullah s.a.w. dan khalifah-khalifahnya selanjutnya menaruh tumpuan besar kepadanya kerana di atas pundaknya, dakwah meletakkan tanggungjawab besar iaitu tetap adanya risalah kebenaran hingga akhir zaman. Kelemahan mereka membuat tanggungjawab besar iaitu tetap adanya risalah kebenaran hingga akhir zaman. Kelemahan mereka membuat melemahnya dakwah dan melemahnya dakwah membuatkan kehidupan rosak binasa seterusnya menyebabkan umat tenggelam dalam kenistaan. Kerana sangat khuatir Umar Al-Khattab akan kelemahan dirinya sebagai kader, beliau berdoa:Ya Allah, aku berlindung paamu dari kezaliman para pendosa dan aku berlindung pada-Mu dari menjadi kader yang tidak berdaya.Kalaulah musibah tsunami mampu menenggelamkan ratusan ribu orang, maka yakinilah bahawa ketidakberdayaan kader akan mampu menenggelamkan satu bangsa. Na’udzubillah.

Kekaderan bukan diukur oleh lamanya dan panjang waktunya tarbiyah, tidak juga diukur dari tinggi rendahnya status keanggotaan, akan tetapi diukur dari sebesar apa yang sumbangan yang dapat diberikan bagi kesuburan dan kebaikan dakwah. Apalah ertinya lama tarbiyah dan kesenioran sementara di balik itu semua fatamorgana. Lebih baik menjadi kader pemula yang berdaya daripada menjadi kader ahli yang tidak berguna. Tidakkah kita belajar dari Al-Aswad, seorang budak hitam. Meskipun baru masuk Islam dan belum lagi melaksanakan solat namun beliau memperoleh syahadah kerana sumbangannya. Jelaslah bagi kita, kekaderan ditentukan oleh kerja dan karya, bukan status keanggotaan semata. Boleh jadi status keanggotaan kita terdaftar namun tidak diakui, dan boleh jadi ada orang yang tidak berdaftar menjadi anggota akan tetapi statusnya diakui. Alangkah bijaknya Imam Hasan Al-Banna dalam menetapkan keanggotan kadernya: Berapa banyak kader di tengah-tengah kami namun dia bukan bagian dari kami dan berapa banyak orang yang tidak bersama kami namun mereka adalah kader kami.

Tidak jarang dalam satu masa ada sejumlah kader yang tidak berdaya, tidak menyumbang dan tidak bekerja. Jangankan sampai tingkatan hadir dalam halaqah atau usrah yang kebaikannya akan dirasakan oleh dirinya sahaja – terasa berat. Kalau semangat membina diri saja sudah terasa berat, bagaimana semangat membina umat? Mundur malu, maju terhuyung-hayang...hidup segan, mati tak mahu…berjemaah serasa ikan masuk daratan. Jangankan lagi memikul beban dakwah justeru kehadirannya sudah membebani dakwah. Apakah dakwah akan menjadi punah kerana keadaan kadernya yang sedemikian merana ? Sungguh tidakkan pernah dakwah ini kehabisan pendukung dan pembelanya kerana dakwah ini milik Allah, maka Dia pula yang akan menjaganya. Bahkan Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa : “ Sesungguhnya Allah akan membangkitkan seorang mujaddid setiap seratus tahn untuk tajdid agama-Nya. ” Dan Allah pun memberikan penegasan bahawa generasi yang tidak peduli dengan urusan agamanya akan digantikan. “ Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatanya kepadamu: “ Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia dengan kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikit pun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ” (At-Taubah: 38-39)

Akankah kita menjadi kader yang berdaya yang akan menggantikan generasi yang tidak peduli, ataukah kita menjadi kader tidak berdaya yang akan digantikan. Semua pilihan menuntut kesannya, silalah gunakan nurani dalam menilai pilihan sendiri….

Manjadi Kader Yang Berdaya

Bismillahi walhamdulillah...

Kaki dah tak berdaya menapak. Dari pagi hingga petang turun naik tangga di laboratory untuk projek... Subhanallah, walhamdulillah. Penat memang penat, tapi entah mengapa hati tetap bahagia sebab dapat bersolat jemaah di masjid, mendengar lantunan surah Al-Quran yang cukup merdu dari imam masjid USM. Syukur Alhamdulillah... nikmat Allah begitu luas.

Tiba-tiba mendapat ilham drpd Allah. Msg semua adik2 tersayang di selatan tanah air, kita buat liqo cinta online nak?..... respon yang memberangsangkan membuat aku bertambah semangat mentarbiyah jiwa-jiwa muda ini. Subhanallah. Ditambah-tambah setelah membaca artikel yang dikirim oleh ex-murobbiku setelah aku menanyakannya musykilah halaqah beberapa minggu yang lalu. Jazakillahu khoiran jaza' ya ukhti. Sayang ukhti keranaNYA... =)

Subhanallah...begitu banyak kebaikanNYA pada ku. tak dapat ku hitung nilainya (QS 16:18) Masakan aku tidak jatuh cinta???...
 

Text