Best view/format:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/07/cara-bersahur-yang-sunnah-imsak-yang.html
“Kami bersahur bersama Nabi s.a.w. kemudian kami bangun pergi sembahyang, perawi bertanya:” Berapakah jarak diantara bersahur kamu dengan solat? Zaid menjawab: lebih kurang lima puluh ayat” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
* Lima puluh ayat adalah sebelum solat, bukannya sebelum azan. Mari kita sama-sama teliti dan perincikan semula hujah-hujah tentang/berkenaan waktu sahur yang sebenar berdasarkan hadis-hadis dan fatwa para ulama yang dibawakan.
Nasruddin al-Albani rahimahullah dan para ulama generasi awal berfatwa bahawa imsak adalah perbuatan bid’ah (perbuatan yang diada-adakan di dalam agama). Baginda bersabda:
اِذَا سَمِعَ اَحَدُكُمْ النِّدَاءَ ، وَاْلإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ ، فَلاَ يَضَعَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ.
“Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan, maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya”. (H/R Ahmad 2/423. Abu Daud 1/149. Ibn Jarir dalam tafsirnya 3/529. Hakim 1/426. Baihaqi 4/218. Dan diriwayatkan oleh selain mereka. Lihat: Fawaid al-Muntaqa. 1/2 Abu Muhammad al-Jauhari)
Riwayat dari beberapa jalan, dari Hammad bin Salamah, dari Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata:
“Rasulullah bersabda: Abu Hurairah menyebutkan hadis: Jika salah seorang kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang sepinggan makanan janganlah ia meninggalkan makanannya sehingga menyelesaikan makanannya”. (Menurut Hakim, hadis ini sahih berdasarkan syarat Muslim. Disepakati oleh az-Zahabi. Hadis hasan)
Dalam riwayat Abu Hurairah radiallahu ‘anhu:
وَكَانَ يُؤَذِّنُ الْمُؤَذِّنُ اِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ
“Dahulu muazin mengumandangkan azan setelah terbit fajar”. (H/R Ahmad 1/510. Ibn Jarir dan al-Baihaqi)
Menurut al-Albani rahimahullah: Isnad hadis ini sahih berdasarkan syarat Muslim. Hadis ini mempunyai syawahid, iaitu:
Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Hammad dari jalan Yunus dari Hasan dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, kemudian menyebutkan hadis di atas yang dikeluarkan oleh Ahmad 2/423.
2. Hadis mursal diriwayatkan dari al-Husin bin Waqid dari Abu Umamah ia berkata:
اُقِيْمَتِ الصَّلاَةُ وَاْلاِنَاءُ فِى يَدِ عُمَرَ قَالَ: اَشْرَبُهَا يَا رَسُوْلَ الله قَالَ: نُعَمْ فَشَرِبَهَا
“Diketika iqamah, Umar memegang segelas air, beliau bertanya kepada Rasulullah: Apakah masih boleh minum wahai Rasulullah? Jawab baginda: Ya, minumlah! Kemudian ia minum” (Ibn Jarir 3/527/3017. Melalui dua sanad darinya)
Telah diriwayatkan dari Ibnu Lahi’ah dari Abu Zubir ia berkata:
“Aku bertanya kepada Jabir tentang seorang bermaksud berpuasa masih memegang air untuk diminum, kemudian mendengar azan. Jabir menjawab: Kami pernah mengatakan hal seperti ini kepada Rasulullah, baginda bersabda: Hendaklah ia minum”. (H/R Ahm,ad. 3/348. Beliau berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Musa ia berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Ibnu Lahi’ah)
Al-Albani rahimahullah berkata: Isnad hadis ini tidak mengapa (diterima untuk penguat hadis). Al-Walid bin Muslim juga meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Lahi’ah. Dikeluarkan oleh Abu al-Husin al-Kilabi dalam Nuskah Abu Al-Abbas Tahir bin Muhammad. Para perawi hadis ini tsiqah, termasuk perawi Imam Muslim kecuali Ibnu Lahi’ah. Al-Haithami dalam al-Majma’ 3/153 diriwayatkan oleh Ahmad isnadnya hasan.
Dikeluarkan oleh Ishaq dari Abdullah bin Mu’aqal dari Bilal:
“Aku mendatangi Nabi untuk azan Subuh, padahal baginda akan berpuasa, kemudian baginda meminta segelas air untuk diminum, setelah itu baginda mengajak aku untuk minum sama (sedangkan sudah masuk azan subuh), dan kami keluar untuk solat subuh”. (Dikeluarkan oleh Ibn Jarir. 3028 dan 3019. Ahmad 2/12 dan para perawinya tsiqah dan merupakan para perawi Bukhari dan Muslim)
Muthi’ bin Rasyid meriwayatkan:
“Menceritakan kepada kami Taubah al-Ambari, dia mendengar Anas bin Malik berkata: Rasulullah bersabda: Lihatlah siapa berada di masjid, pergilah, di sana aku dapati Abu Bakar dan Umar. Aku memanggil mereka, aku bawakan makanan, aku letakkan di depan beliau, beliau makan bersama mereka (sedangkan sudah azan subuh), setelah itu keluar, kemudian Rasulullah saw bersolat bersama mereka iaitu solat subuh. (Dikeluarkan oleh al-Bazzar 993 dalam Kasyful Astar dab Ibn Hajar berkata dalam az-Zawaid hlm. 106 bahawa Isnadnya hasan. Al-Albani berkata Al-Haitami berkata seperti Ibn Hajar dalam al-Majmak. 3/152)
Qais bin Rabi’ meriwayatkan dari Zuhri bin Abi Tasbit al-A’ma dari Tamim bin ‘Ayyad dari ibnu Umar ia berkata:
“Alqamah bin Al-‘Ash pernah bersama Rasulullah, datang bilal untuk azan, kemudian Rasulullah bersabda: Tunggu sebentar wahai Bilal, Alqamah sedang makan sahur!”
Dikeluarkan oleh At-Tayalisi 885 dan At-Tabrani dalam al-Kabir. Lihat: Majma’ 3/153. Al-Albani berkata: Hadis Qais hasan jika ada syawahidnya, namun kerana Qais sendiri jujur (suduq), dia meriwayatkan hadis sesuai dengan perawi-perawi siqah lainnya hadisnya dapat dipakai.
Dari Syuhaib bin Gharqadah al-Bariqi dari Hibban bin Haris berkata:
“Kami makan sahur bersama Ali bin Abi Talib, tatkala selesai sahur Ali menyuruh muazin untuk iqamah”. (Dikeluarkan oleh at-Tahawi dalam syarah al-Ma’ani 1/106 dan al-Muhlis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah 1/11/1)
FATWA SYEIKH SOLEH AL-UTHAIMIN
Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah ditanya: Kami melihat di sebahagian kalendar pada bulan Ramadan terdapat bahagian dinamakan Imsak, terjadi kira-kira 10 minit sebelum azan fajar, apakah ada dasarnya dari sunnah ataukah termasuk bid’ah? Berilah kami fatwa semoga anda sentiasa mendapat pahala.
Jawapan Syeikh: Imsak termasuk perkara bid’ah, tidak ada dasarnya dari al-Quran atau sunnah. Kerana Allah berfriman:
وَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الاَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الاَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
“Dan makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)
اِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ لَيْلاً ، فَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتَّى تَسْمَعُوْا اَذَانَ ابْنِ اُمِّ مَكْتُوْمِ ، فَاِنَّهُ لاَيُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلِعَ الْفَجْرُ.
“Sesungguhnya Bilal azan diwaktu malam, makan dan minumlah sehingga mendengar azan Ibnu Ummi Maktum, kerana ia tidak berazan sehingga terbit fajar”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Imsak yang dibuat oleh sebahagian orang merupakan tambahan atas apa yang diajarkan Allah, hal itu termasuk perkara batil dan termasuk tanathu’ (berlebih-lebihan) dalam beragama.
BANTAHAN TERHADAP FATWA SYAID SABIQ
Syaid Sabiq mengatakan: Apabila terbit fajar sedangkan di mulut ada makanan, wajib baginya membuangnya/memuntahkannya.
Bantahan Oleh Syaikh Nasruddin al-Albani:
Perkataan ini bertaqlid kepada kitab-kitab fiqih. Tidak berdasarkan hadis Rasulullah. Bahkan bertentangan dengan sabda baginda:
اِذَاسَمِعَ اَحَدُكُمْ النِّدَاءَ وَالاِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعَهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
“Apabila salah seorang kamu mendengar azan sedangkan tempat makan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sampai ia menyelesaikan hajatnya (makannya).
وَكَانُوْا يُؤَذِّن اِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ
“Mereka dahulu megumandangkan azan tatkala terbit fajar”.
Ini sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit, makanan dan minuman masih di tangannya, masih boleh baginya makan. Allah berfirman:
كُلُوْاوَاشْرَبُوْاحَتَّىيَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَبْيَضِ مِنَ الْفَجْرِ
“Dan Makanlah dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)
Tiada pertentangan ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya, tidak dengan ijmak bahkan sahabat dan selain mereka memakai hadis itu yang menerangkan boleh sahur sampai jelas fajar. (Lihat: Fathul Bari. 2/109-120) Hadis ini menerangkan bid’ahnya imsak seperempat jam sebelum subuh. Puncanya takut azan subuh sedangkan masih makan sahur. Seandainya difahami makan itu untuk menyelesaikan sahur walaupun terdengar azan mereka tidak akan terjerumus ke dalam bid’ah. (Lihat: Tamamul Minnah Fi Ta’liq An Fiqhi Sunnah, Sheikh Muhammad Nassruddin al-Albani)
PENDAPAT YANG LAIN
Abdullah bin Abdulrahman bin Soleh al-Bassam (Anggota Majlis Kibarul Ulama) menjelaskan melalui hadis Bukhari dan Muslim:
عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ اِلَى الصَّلاَةِ قَالَ : اَنَسٍ قُلْتُ لِزَيْدٍ كَمْ كَانَ بَيْنَ الاَذَانِ وَالسَّحُوْرِ ؟ قَالَ : قَدْرُخَمْسِيْنَ آيَةً.
“Dari Zaid bin Thabit berkata: Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian baginda bangkit untuk solat Subuh. Anas berkata, bertanya kepada Zaid, berapa jarak antara azan subuh dan sahur? Beliau menjawab: Sekitar bacaan lima puluh ayat”. (H/R Bukhari 4/18. Muslim 1097)
Azan di hadis ini ialah iqamah. Ia dijelaskan di sahih Bukhari dan Muslim dari Anas dari Zaid, ia berkata: Kami sahur bersama Rasulullah kemudian bangkit untuk solat. Anas bertanya. Berapa lama antara sahur dan solat? Zaid berkata: Sekitar lima puluh ayat”. Anas meriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa Zaid bersahur bersama Rasulullah dan termasuk kebiasaan Rasulullah bersahur menjelang subuh, setelah bersahur baginda bangkit untuk solat Subuh. Anas bertanya kepada Zaid: Berapa lama jarak iqamah dan sahur? Zaid berkata: Sekitar bacaan lima pulah ayat. Kesimpulan daripada kandungan hadis:
1 - Keutamaan melewatkan makan sahur hingga masuknya Subuh.
2 - Bersegera solat subuh.
3 - Waktu imsak adalah terbit fajar (di dalam waktu Subuh). Allah berfirman:
وَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
“Dan makan dan minumlah kamu sehingga terang benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah, 187)
Dibolehkan makan, minum dan bersetubuh selama tidak menyedari fajar telah terbit atau belum. Allah serta RasulNya telah menerangkan batas terbit fajar sehingga menjadi jelas (fajar telah terbit). Allah memaafkan kesalahan, kelupaan serta membolehkan makan, minum dan bersetubuh selama belum jelas fajar telah terbit. Sesungguhnya terbit fajar adalah satu keyakinan yang tidak ada keraguan padanya sama sekali. (Lihat: صفة صوم النبى فى رمضان) Dengan penjelasan ini, apa yang dilakukan oleh kebanyakan kaum muslimin dengan menentukan waktu Imsak sebelum waktu terbit fajar (subuh) adalah bid’ah yang tidak ada dalilnya. Yang sunnah ialah makan sahur pada permulaan hampirnya terbit fajar subuh. (Lihat: Taisir. Syarah Umdatul Ahkam. Hlm. 414-415)
Kesimpulan:
Dibolehkan makan/bersahur sehingga kira-kira bacaan 50 ayat Qur’an selepas masuknya/azan subuh.
Masih dibenarkan menghabiskan makanan/minuman (sahur) dikala iqamah.
Waktu imsak yang ditetapkan sebelum masuknya waktu subuh adalah tidak ada dasarnya dari al-Qur’an dan sunnah.
p/s: Maaf, saya sudah lupa dari mana artikel ini diambil. Tapi x mengapa, moga bermanfaat InsyaAllah
Kolam hiasan
6 years ago
2 comments:
aslm wbt
saya petik sikit dari al-fikrah.net
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=168/postdays=0/postorder=asc/start=15.html
Oleh Tuan Hasan Tuan Lah
al-Jawab:
Matnya:
إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده ، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه .
Dari Abu Hurayrah: (sabda baginda saw)
"Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan padahal ia sedang makan pada bekasnya, janganlah meletakkannya sehingga ia selesai menunai hajatnya dari itu." [HR Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim, disahihkan olehnya dan dipersetujui oleh al-Dzahabi. Dalam versi Ibn Hazm dlm al-Muhalla ada tambahan dari perawi Abu Hurayrah yakni Ibn Abi Amar:
وزاد : وكانوا يؤذنون إذا بزغ الفجر
"Adalah mu'adzin melaungkan azan pabila terbit Fajar."
Tahqiq: dinilai sahih oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah (417) dan silsilah al-Sahihah (1394). Tambahan ini dinilai mauquf kepada Abu Hurayrah dan bukannya sabda Nabi saw (Ibn Abi Hatim, al-'Ilal (2/59)
Kemudian hadith Umar itu pula adalah mursal, maksudnya hadith dha'if.
Isu: apakah seseorang wajib berhenti makan ketika azan dikumandangkan dan apakah tindakan sewajarnya: meneruskan makan hingga selesai atau berhenti serta merta dan memuntahkan saki baki dalam mulut?
Kata Imam Nawawi: kesepakatan fuqaha' ialah bila seseorang sedang makan dan kedengaran azan subuh, maka dia hendaklah mengeluarkan makanan dari mulutnya dgn serta merta. (al-Majmu' (6/333)
Komentar al-Baihaqi mengenai hadith Abu Haurayrah di atas. Jika hadith itu sahih, ia bermaksud, azan pertama yakni azan Bilal. Tambahan itu adalah bukan dari Abu Hurayrah, jika tambahan itu sahih sekalipun ia menandakan kena berhenti makan bila mendengar azan kedua: azan Ibn Umi Maktum.
Komentar Ibn Qayyim (tahdzib as-Sunan)
Jumhur (termasuk empat Imam besar) menetapkan wajib berhenti serta merta ketika mendengar azan.
Fatwa syaikh Abdullah ben Baz: Wajib berhenti makan jika mendengar azan subuh dan yakin waktu Fajar sudah masuk. Zaman sekarang sudah diketahui kerana sudah ada kalendar masuk waktu solat yg sudah dicetak (Fataw Ramadhan (201)
Fatwa Syaikh Ibn Uthaimiin: Jika kamu masih yakin fajar belum masuk walaupun azan dikumandangkan, maka masih boleh makan. Tapi jalan selamat ialah berhenti serta merta jika azan dilaungkan dan kita yakin Fajar sudah terbit (ibid)
Yang membolehkan beramal dgn zahir hadith Abu Hurairah ialah Ibn Hazm, yakni boleh terus makan jika sedang makan dan minum. Ini kerana AQ tidak merincikan secara pemutus hanya menggunakan istilah benang hitam dan putih. yang menyokong ialah al-Albani (tamam al-Minnah) dan al-Qardhawi. kerana ini adalah madzhab Umar dan Ibn Abbas.
Pendapat pilihan: Ikut Lajnah KSA, boleh makan tapi sebagai langkah berhati-hati, elok sangat berhenti makan sebaik sahaja mendengar azan subuh dan disahkan dgn jam dan kalendar solat yang dikeluarkan oleh Pemerintah.
Ini kerana pendapat jumhur (terlalu syadid),manakala pendapat Ibn Hazam dan al-Albani terlalu longgar, sedangkan fatwa ulama KSA adalah Moderat, boleh makan tapi sebagai langkah berhati-hati, lebih baik berhenti. sekian
-----------
ini kerana riwayat2 di atas jelas2 bertentgn dgn nas2 dr al-quran n hadis2 yg sahih yg dr kata2 nabi saw sndiri yg menyatakan boleh makan selg belum masuk wkt subuh.
aslm wbt
maka bg saya artikel yg di paste dlm posting ini mmg byk keraguan krn jelas2 bertentgn dgn al-quran n sabda Rasulullah saw sndiri.
Post a Comment