Bismillahi Walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, tamat sudah Latihan Industri selama 4 bulan di Premier Milk, PJ. Bererti tamat sudah keberadaan aku di bumi kL ini. Bumi yang banyak memberi pengalaman & kenangan yg amat bernilai. Perlu pulang ke 'kampung halaman' membuka lembaran baru untuk pentarbiyahan seterusnya, InsyaAllah. Jalan masih jauh...
Tiada kata mampu melafazkan betapa bersyukurnya diri ini diletakkan di sini. Namun, masih ada hati-hati batu yang begitu rabun dengan kekuasaanNya. Dan diri ini begitu kesal kerana gagal melembutkan hati-hati tersebut.
"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak dari hambaMu, ubun-ubunku (nasibku) ada di tanganMu. Telah berlalu hukumMu atasku, adil ketetapanMu atasku, aku mohon kepadaMu dengan perantara semua nama milikMu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan seseorang dari hambaMu, atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisiMu. Jadikanlah Al-Qur'an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku, dan pengusir keluh-kesahku..
(HR Ahmad [1/391], disahihkan oleh Al-Albani dlm Kalim Ath-Thayyib no.124)
Balik, sambung buat kerja....!
Wassalam
Kolam hiasan
6 years ago
1 comments:
salam..
waiting for your story =)
welcome back!
Post a Comment