Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 10, 2009

Jalan Cinta Para Pejuang

Allahumma, Rabb Jibril, Mikail wa Israfil
Yang Menghamparkan langit serta bumi
Mengetahui yang ghaib serta yang terang
Engkaulah yang memutuskan hukum dia antara hamba-hambaMu
terhadap apa yang mereka perselisihkan
Dengan izinMu, tunjukkanlah kebenaran padaku,
dalam perselisihan itu,
Sesungguhnya Engkaulah yang memberi petunjuk
kepada siapa sahaja yang Engkau kehendaki...
(HR Muslim, no 770, I/534)

Bismillahi walhamdulillah...

Perselisihan itu wajar, membawa rahmat. Lihat sahaja hikmah di sebalik perbezaan fikiran antara ulama-ulama fiqh. Jika difikir, perbezaan itu membawa hikmah kasih sayang sebenarnya. Cuma pada mereka yang 'buta jiwa'...terlalu taksub, menutup pandangan luar, maka hanya keburukan orang lain yang mampu dilihat. Menghijab kelemahan diri sendiri. Inilah yang mahu kita elakkan dalam berda'wah. Kita berda'wah, mengajak orang kepada kebaikan, bukan menghukum sesiapa sesuka hati. Juga dai'e yang bermaksiat secara terang-terangan... malulah kepada Allah, meskipun antum tidak malu kepada manusia!!...

Rupanya menjadi tenaga peggerak itu lebih mudah daripada mnjadi penjana minda. Baru ku tahu... Walaupun penggerak ini memerlukan banyak tenaga untuk beraksi, namun keletihan yang dirasa tidak sama seperti keletihan penjana minda. Tidak hairanlah jika setiap kali hadir halaqah, aku akan temui wajah murobbi yang sedikit cengkung dan nampak keletihan... Subhanallah... begitu banyak ladang dakwah yang harus dimanage... apalagi halaqah-halaqah mingguan yang tak ku tahu bilangan sebenarnya. Duhai sang Murobbi... Semoga Allah membalas pengorbananmu dengan syurga yang tidak terbanding nikmatnya di akhirat kelak, ameen..

Minta didoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan jihad ini, untuk segala urusan berjalan lancar...

Khas untuk akhawat yang disayangi, nantikan KHAZINATUL ASRAR Oktober ini, insyaAllah. Kita menanti pewaris-pewaris dakwah dalam kalangan mereka satu hari nanti =)

Wassalam.

2 comments:

sariha-"chan" said...

who is khazinatul asrar yg dimaksudkan?jeng...jeng...

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Jazakillahi Khairan Kathira.

Walaupun tulisan ini aku sedar bukan untuk diriku, tapi saat ia dipublishkan amat tepat dengan situasi yang terpaksa aku hadapi dengan sahabat-sahabat seperjuangan di medan da'wah.

Hebat ujian Allah untuk para dai'e lebih-lebih lagi melibatkan ikhtilat.

Moga Allah pelihara kita semua daripada fitnah yang hebat ini.

 

Text