Alhamdulillah, Syawal menjelma lagi. Serasa kurang terasa syawal ini kerana malam-malam terakhir Ramadhanku tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Allah mengujiku dengan 'kelemahan kewanitaan' tahun ini. Tak mengapalah...banyak hikmahnya.Hanya Allah Maha Mengetahui.
Entah mengapa, sangat demotivated untuk mengupdate blog. projek final year yang tak sudah-sudah, hinggakan instructor projekku yang berasal dari Yaman berkata, "Actually, we're not supposed to do the lab work during the last days of Ramadhan..." huh, dengar saja dia kata begitu, aku cuma tersenyum. Dalam hati aku berkata, tau takpa. "Then, what to do? You're the big boss!" aku memerlinya. Dia cuma ketawa.
Mana taknya. Memang setiap hari dalam bulan Ramadhan tu, dari pagi sampai petang kami habiskan masa di lab untuk menyiapkan projek. Terkadang aku dan partner projek balik sampai lewat malam. Buka puasa?huhuh, aku pernah berbuka puasa hanya dengan air paip yang aku rebus dalam bikar..dalam processing lab. Jarang-jarang aku dapat solat tarawikh berjemaah. Apa lagi solat dan buka di masjid. Kalo sampai bilik, aku hanya solat tarawikh di bilik secara solo. Kadang-kadang, roomate join skali. Pernah juga, balik terus tidur. Tak larat nak buat apa-apa dah. Subhanallah, aku kira itulah tarbiyah askariyah Allah padaku. Melatih diri menjadi akhawat yang kental dgn cabaran hidup. Haih, ini baru 1st degree. belum master or phD lagi. belum kerja lagi, belum masuk medan dakwah sebenar lagi. Kalo cabaran sebegini pun sudah tewas, bagaimana nanti mahu menjadi ummi murobbiyah yang succes?
Syawal ini aku terasa hikmahnya. Dari 1 syawal hingga 3 syawal ini, rumah kami memang sentiasa dikunjungi tetamu. Stamina kene kuat, nak jamu tetamu. Alhamdulillah, Allah memberikan kami rezeki dalam bentuk pelayanan para tetamu. Teringat peristiwa lucu di petang 1 syawal. Lepas solatsunat aidilfitri, kami pi umah wan(mak kpd ayah kami), pastu paklong, pastu kak nor (pengasuh masa kecik2), pastu umah tok andak (adik arwah atok, ketua kampung pondoi), pastu umah tok mat sah (member baik arwah atok n ayah). Lepastu trus balik rumah. memang letih.. ingat takda orang datang, mereka suma landing, bersiap nak 'berqailullah'. Ceh, macam confirm je takkan ada orang datang. Tinggal aku seorang membelek kamera. Tiba-tiba aku dengan bunyi derap kaki di luar... pandang sekilas di cermin tingkap.. seorang lelaki, badannya rendah, berambut putih dan sedikit tempang. SAH!
"Ayah, tok busu datang!..."aku sedikit terjerit mengejut ayah yang baru nak lelap. Hahah, lepastu suma orang bangun mengejut kelam kabut mengemas rumah. Tok busu n keluarga anak-anaknya datang menziarah. Dup..dup, dalam kami kelam kabut menyiapkan juadah (mujur pagi tu ibu sempat membuat seperiuk besar kuah lodeh, alhamdulillah, penyelamat kami, hehe aku tukang siapkan bahan je), kemudian, datang lagi satu rombongan. Keluarga paklong dan keluarga pak usu. Subhanallah, sangat meriah rumah kami yang lama ditinggalkan tak berpenghuni tu. Bila keluarga tok busu balik, datang pula sekumpulan besar keluarga tok andak. Subhanallah...subhanallah... Sungguh besar kurniaan Allah di hari kemenangan. Walaupun kami letih, tapi kami seronok menerima kurniaan Allah ini. Alhamdulillah...
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sedikitpun dari kebaikan-kebaikan, meskipun hanya kamu menjumpai saudaramu dengan muka manis/ceria” (HR. Muslim).
my beloved brothers (along,angah,acik,adik)
Subhanallah, tak rugi jadi orang yang peramah. Aku dapat lihat contoh itu dalam diri ayahku. Beliau seorang yang sangat suka menyambung silaturrahim, dan suka memaniskan muka kepada semua orang yang ditemuinya. Dia bukanlah ahli mana-mana perubuhan NGO spt JIM, ABIM, etc.. tapi semngatnya menyemai benih kebaikan dalam orang sekelilingnya begitu menebal. Setiap kali raya, pasti akan dibawanya kami pergi berziarah rumah tok-tok saudara, mak-ayah saudara supaya talian persaudaraan itu tetap terpelihara. Petang raya pertama, lepas penat melayan tetamu, lepas asar kami berangkat pula ke Sungai Dua (Negeri Sembilan) untuk menziarah Tok Alang dan keluarganya. Malam itu kami rushing kemas rumah kampung untuk pulang ke rumah Tampin kerana keesokan harinya kami akan menerima tetamu di Tampin pula. Petang raya kedua, kami berziarh ke Semerbok, rumah-rumah kaum kerabat sebelah ibu. Hehe, keluarga kami memang kuat jalan =P
Raya ke-3, kami di tepi pantai Pengkalan Balak, meraikan hari jadi ayah
Selamat Hari Raya =)
Wassalam...
Jadi tidak hairanlah jika rumah kami sentiasa dikunjungi tetamu. Masyarakat sangat menyenangi sifat ayahku. Bahkan dalam konflik keluarga ibuku juga, ayahku yang menjadi tempat rujukan, bak kata orang 'problem solver'. Bukanlah nak meriak atau menunjuk-nunjuk. Cuma apa nak diketengahkan di sini ialah dalam berdakwah, hati masyarakat perlu dicuri dahulu supaya mudah dakwah itu diterima. Dalam pendekatan dakwah juga harus diselitkan bahasa-bahasa yang sopan dan tuturkata yang lembut. Walaupun ilmu penuh di dada, ilmu tersebut harus disampaikan dengan cara yang baik, bukan dengan cara yang hanya bersemangat dan hanya tahu mneyalahkan sahaja. Bersabarlah dalam berdakwah. Jangan hanya mencontohi Rasulullah SAW dalam bab ibadah dan aqidah sahaja. Adab-adab dan perilaku baik bersama objek dakwah juga harus dipandang berat supaya Islam itu dapat difahami dengan baik oleh semua masyarakat. Bersabarlah..bersabarlah...
Selamat Hari Raya =)
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment