Bismillahi walhamdulillah...
Semalam hari yang sangat pack... Subhanallah, tapi saya seronok. Menyertai PIC di Sg. Petani dan berguru sendiri dengan pengasas HPA iaitu Tn. Hj. Ismail b. Hj. Ahmad tentang produk-produk berasaskan herba dan kesihatan keluaran HPA Industries Sdn. Bhd. Sampai pagi ni bahu terasa lenguh-lenguh tapi tak mau tido lepas Subuh sebab nak jadi 'a morning person'... =)
Banyak yang dipelajari tentang produk. Sehingga kini, HPA telah mengeluarkan sehingga 380 produk di pasaran (stokis berdaftar sahaja) dan merangkumi 4 jenis iaitu, produk harian, ubatan herba, kosmetik, dan makanan & minuman yang semuanya disahkan halal, 100% Musleem products dan mendapat sijil-sijil kualiti yang diiktiraf oleh badan berkanun. Ubatan herba diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan mendapat sijil Good Manufacturing Practise (GMP) dan mereka telah mendapat sijil kualiti MS ISO 9001.
Subhanallah, berkembang pesat industri ini. Saya tak mampu nak taip panjang-panjang, tapi yang pasti anda boleh menemukan beratus-ratus bahkan beribu-ribu testimoni positif daripada orang-orang yang mengamalkan produk herba (sebenarnya ubat-ubatan) HPA seperti kencing manis, darah tinggi, gout, masalah hormon wanita, masalah tulang belakang dan banyak lagi. Jika selama ini anda hanya bergantung kepada ubatan hospital yang kita tak pasti kehalalannya, bahkan bukan boleh menyembuhkan. Mengapa tidak kita mencuba perubatan alternatif ini? Tidak berbahaya dan tidak membawa kesan sampingan. Inilah kejayaan orang-orang yang tinggi tawakalnya kepada Allah dan memanfaatkan setiap peluang yang diberi oleh Allah untuk menyampaikan Islam kepada umat Islam yang sedang lena... Yang pasti, zat yang menyebuhkan itu adalah Sang pencipta sekalian alam... Allahu Akhbar!
Jagalah kesihatan diri sendiri. Saya atau siapapun tidak mampu mengubah kesihatan anda jika anda sendiri tidak mengubah gaya hidup anda...
Biarkan ubat menjadi makananmu, makanan menjadi ubatmu...
Saya sedang memantapkan dan mencari keberanian untuk apply pengetahuan berbekam. InsyaAllah, minta didoakan...
Wallahu a'laam...
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment