Bismillahi Walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...Went to the class, heh, I won the 2nd lucky draw in my life. HPA new product, the Soy Bean Drink. wa~~ very happy... (because I love soy bean so much) ^_^
Kali ni kami didatangi oleh Leader HPA yang dijemput khas untuk memberi ilmu lagi tentang perawatan herba dan juga memberi motivasi, semangat untuk berusaha dengan produk halal. Alhamdulillah, banyak sangat ilmu baru dapat lagi, dan menambah lagi keyakinan menjadi herbalis yang baik. Bulan Disember ni ada Sijil Herbalis 3 minggu, mungkin I can't make it... sebab? [...adalah...]
Bertolak keluar dari rumah semalam, boleh dikatakan separuh semangat saya hilang... huh, biasalah... keluar dari zon selesa, tempat yang paling selamat dan paling menyenangkan di dunia ni adalah berada di rumah sendiri di samping ibu, ayah, bergurau senda dengan acik & adik dan dekat dengan keluarga tersayang. Tapi apakan daya, janji mesti dikota, dan saya bukan seorang yang suka buat kerja separuh jalan. Meskipun berderau juga darah ni bila wan (nenek belah ayah) tak bagi saya balik... zzzzzzz...
Raya 2010 kali ni macam biasa, kami sekeluarga jalan sakan. Balik kampung belah ibu kat Johor, tambah majoriti adik beradik ibu pun kumpul sama, wah memang meriah rumah tu. Berkumpul dengan sepupu macam-macam cerita keluar. Nak kawen? wah, sapa klik kami yang nikah dulu ni? Budak-budak ni memang tak habis-habis!... Yang best, kami berkonvoi ramai-ramai ke umah saudara-mara, sampai tak cukup ruang kat rumah pakcik tu, separuh duduk di luar. Memang seronok dan satu yang saya cukup bangga dengan keluarga ini, kami agak menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Takdalah cuit-cuit antara sepupu, apalagi bersalaman. Yang perempuan dalam rumah memang jaga aurat... Alhamdulillah... masing-masing dah besar.
Peristiwa best yang paling menyenangkan hati saya raya ini ialah bila adik-beradik lelaki yang masih bujang telah berjangkit dengan habit ayah... Alhamdulillah...
Bila saya kata, "Adik, tolong kaklang jemur kain?..." Selang bape minit, dia pun buat...
"Acik, tolong isikan kuih dalam bekas?..." Kejap tu, diapun duduk atas meja, susun kuih-kuih...
"Angah, tolong carik ayam ni?... nak buat sotolaa..." Tak lama tu, dia amek pisau ngan pelandas, potong ayam yang dah direbus kecik-kecik. Nak cepat katanya... ceh, orang guna tangan jela...
Seronok!... tengok suma orang bekerjasama buat keje. Takda muncung-muncung, takda ngelat-ngelat, suma redhaaa je. Nak tergelak pun ada. Bagusnya... Ibu saya kata, saya yang paling malas. heheh...
Bukan apa, kalau nak banding dengan ayah, memang jauh lagila mereka ni. Ayah saya, satu sifatnya yang saya sangat kagumi adalah caranya mencontohi Rasulullah SAW dalam satu hal ni. (Banyak lagi sebenarnya)... Bila ibu saya memasak, ayahlah orang yang paling sibuk di dapur. Dia buat kerja yang banyak dan susah especially dalam kuantiti yang banyak (untuk kenduri, jamu tetamu dan open house) seperti basuh ayam, siang ikan, siang udang. Subhanallah... kalau hari-hari biasa pun, ayahlah orang yang akan mengemas rumah, lipat kain, lap dapur, sebab ibu allergik habuk, dia akan bersin dengan teruk. Haha, saya anak perempuan ni pun malu kalau keluar bilik, semua dah bersih. Selalu memang rasa bersalah teramat, bila ayah balik kerja, dia nampak ruang tamu agak semak, dia akan bersihkan tanpa bunyi sedikitpun. Kalau pinggan mangkuk saya lambat basuh, dia akan basuh senyap-senyap sampai singki-singki dilapnya. Adeh, macam karen menyengat ke kepala... zzzzzzzzzz.... Saya malu sendiri. Takpa, takpa, saya belajar... Fuh, dalam hati saya doa, moga-moga Allah memberi saya calon suami seperti ayah saya (Ameen...)
Masa open house kelmarin, saya amikkan makanan untuk wan (nenek belah ayah). Agak banyak juga... untuk menghargai kedatangannya. Pastu saya duduk di sebelahnya lepas kerja saya selesai dengan niat untuk menolong menghabiskan makanannya. Tapi saya lihat wan saya bersungguh-sungguh menghabiskan semua makanan tersebut.
Wah... saya katakan, "Wan, kalo tak habis, meh yati habiskan...".
Wan jawab, "Takpa, takpa... nak habis dah ni..." sambil menyuap makanan dan meminum air masak berselang seli, tanda bersungguh-sungguh menghabiskan makanan... Saya hanya melihat dengan kagum. Dalam hati, barulah saya tahu, from whom my father took that good side...
Moga menjadi ibrah...
Wassalam...
Kolam hiasan
6 years ago
2 comments:
u can changed the word took to 'inherited' instead.
owh, trima kasih...thank you
Post a Comment