Bismillahi Walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt...
Terasa malas nak tulis panjang-panjang. Banyak peristiwa berlaku, tapi malas nak tulis. Harini gi kelas, dapat lucky draw lagi. Kali ni memang saya tak dapat menahan gelak dalam kelas tadi. Terasa kelakar, lepas banyak libatkan aktiviti dengan produk halal ni, rasa rezeki melimpah ruah. Walau banyak jugakla duit habis nak bayar itu, bayar ini... tapi bila once tangan ini terasa ringan untuk memberi, yakinlah rezeki Allah sangat luas buat hamba-hambaNya yang berusaha menuju ketaqwaan dengan banyak memberi, insyaAllah...
Saya sangat ingat pesan ibu saya yang satu ni. "Kita ni kalau tak banyak buat amal pun, banyakla bagi orang sedekah. Jangan kedekut. Walau sedikit pun wang yang ingin diberi, beri dengan hati yang ikhlas. Kelak nanti Allah murahkan rezeki kita, malah melimpah ruah..."
Alhamdulillah, saya punya ibu yang sangat suka bersedekah...
Bukanlah niat menunjuk-nunjuk, tapi mudah-mudahan dapat diambil ibrah, insyaAllah...
Masih belajar tentang perubatan herba. Tapi kadang-kala agak 'panas' jugakla hati ni bila ada jumpa manusia yang terlalu sempit pemikiran. Kapsul susah nak telan, ubat tak sedap, kari cair tak sedap, produk melayu tak berkualiti n mahal...Geram, memang sangat geram. Tapi manusia ni macam-macam, tarbiyyah Allah juga pada jiwa saya. Nak jadi herbalis yang sabar bukan mudah. Bila berjumpa dengan macam-macam kerenah manusia ni buat hati saya bertambah besar, bertambah matang... nak cari jalan supaya bertambah sabar dengan realiti kehidupan dan ragam manusia.
Tentang informasi produk, saya perlu tambah lagi pengetahuan saya. Bila ada customer datang, tanya produk apa sesuai untuk anak yang ada gelemair kat tekak? gulp, tak tahu dan tak pasti, maka jawapan saya adalah tak pasti. Mana boleh prescribe produk sesuka hati. Maka, saya forwardkan padanya number contact perawat yang saya kenal. Maka kesimpulannya, saya sedang mengumpul idea bagaimana cara yang memungkinkan saya untuk ke Sijil Herbalis bulan Disember ni...
Tanggungjawab semakin bertambah. Mintalah didoakan mudah-mudahan Allah memberikan kecukupan kepada saya, amiin...
Cukuplah, Wassalam...
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment