Bismillahi walhamdulillah...
?????
Dunno why, but plz don't make any wrong perception. Many things mixed up in my mind, at the same time, I have many plans to make in order to achieve my big dream...
Duhai adik-adikku yang dikasihi kerana Allah,
Di kala dirimu jauh dari diri ini, dan tak tertanggung rasanya menahan perasaan dan kasih kerana Allah. Kerisauan diriku tatkala menerima berita yang dirimu kini tidak menerima tarbiyyah dengan baik... Perasaan bersalah yang menghurung tatkala dirimu mengadu tidak mempunyai bi'ah Islam yang dapat membantu meningkatkan keimanan kepada Allah... Juga ketidakkeruan hati ini bila mendapat balasan sms-sms rindu...
Aduhai adik-adikku yang dirindui kerana Allah,
Bukan diri ini tidak mahu. Jika Allah memberikan aku 100 kudrat, mahu sahaja ku beri satu seorang. Jelajah satu negara untuk menyampaikan ilmu-ilmu keislaman kepada adik-adik yang dahulu pernah bersama suka dan duka, pernah bersatu menjayakan amanat-amanat Islam. Subhanallah, adik-adikku. Walaupun kini aku disibukkan dengan tugasan-tugasan dan amanah-amanah baru, tetapi percayalah bahawa kerisauan dan ingatan diriku buat dirimu tidak pernah luput dan sentiasa sahaja diri ini mencari peluang untuk bertemu kembali satu hari nanti, insyaAllah...
Tetaplah bersabar dengan keimanan. Jadikan Allah tempat utama untuk mengadu segala permasalahan, mudah-mudahan Dia memberikan kekuatan dan jalan keluar untuk segala kesulitan tersebut...
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran..." (Surah Al-Baqarah,2:186)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar..." (Surah Al-Baqarah, 2: 153)
Just pouring out my special feelings for my sisters in their first year of study at the university all over the country. Dearie sisters, May Allah guide you always in His Rahmah n Love =)
Pray to Allah Always, may He grants us for our next meeting,insyaAllah.
Uhibbukum fillah... =)
Wassalam
p/s: Specially dedicated to my sisters all over the world =)
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment