Bismillahi walhamdulillah.
Astaghfirullahal Azhim… Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui diri ini…
Subhanallah, kini aku kembali ke profesi asal setelah satu sem meninggalkannya…menggilap peribadi Muslimah yang dirindui. (Ah, sungguh excited nak mengisi sampai terlupa bagi risalah!) Tidak aku akui, kadang-kala aku juga terpukul dengan kata-kata sendiri. Takut juga dosa-dosa lalu menjadi penghambat sampainya ilmu ke dalam hati mereka. Tapi aku cukup yakin, Allah yang memegang hati-hati mereka. Sepertimana Allah merubah peribadi para sahabat sebelum jahiliah kepada peribadi yang mantap selepas Islam. Semua itu atas keyakinan bahawa kalimah La ilaaha illallah adalah yang paling agung di muka bumi. Kalau tidak, masakan Rasulullah SAW para sahabat bermati-matian memperjuangkannya?
Terkenang aku pada satria aku di Sabah sana. Apalah khabarnya dia agakya… (Jangan salah faham ya. Dia abangku..) Teringat aku ketika aku pulang ke rumah sehari sebelum dia berangkat ke Sabah. Dia datang menejemputku di stesen KTM Seremban malam tu. Dengan kereta Gen2 sporty hitamnya, dia kelihatan sangat bergaya. Huhuh…abang aku ke nie? Tak mengapalah. Asalkan dia masih tahu menjaga batasnya sebagai seorang Muslim.
Sebagai seorang yang sedar akan kewajipan, tugas dakwah bukan untuk mad’u di kampus sahaja. Bahkan untuk keluarga lebih-lebih lagi perlu.
“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan…” (At-Tahrim,66:6)
Pada side satriaku ini pula, tiada yang mampu untuk aku lakukan selain berakhlak yang paling baik dengannya. Lama sudah meninggalkan sekolah agama, banyak yang dia dah ‘lupa’ agaknya. Peluang berada dalam kereta bersama dengannya tidak aku lepaskan begitu sahaja. Banyak perkara yang kami bincangkan, antaranya keadaan hidupnya sebagai seorang pegawai tentera TLDM, pengalamannya mengelilingi dunia dengan KD Tunas Samudera, dan ada juga aku tanyakan misi hidupnya. Dia pulak bawak keta macam formula 1!
“Angah tak teringin ke mati syahid?” aku sengaja bertanya soalan itu.
“Hmm, siapa taknak… “ Dia menjawab perlahan. Ek, macam tak ikhlas je!
Aku cuma tersenyum. Masih segar di ingatan ketika kami kecil2 dulu. Masa tu malam bulan Ramadhan, dia tingkatan 1 di SMKA P****. Aku dan adik2 lain duduk di buaian luar rumah lepas tarawikh, dengar ta’allim dia berkenaan malam Lailatul Qadr. Kami khusuk mendengar dia bercerita. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan bulan mengambang, terasa meremang bulu roma. Subhanallah, indahnya saat itu. Selepas daripada itu, aku dapat merasakan seronoknya tarawikh dan nak tambah lagi banyak2. Huhu…
Ah, Ramadhan…
Ya, pastinya Ramadhan kali ini berbeza. Sangat merinduinya…Dengan system baru yang ku terima, aku sangat mengharap ia sangat membawa erti kepada pengislahan diri dan dakwah. Yang penting, keikhlasan berada dalam saf dakwah. Refresh semula, apa tujuan sebenar? Adakah benar-benar telah mencapai Sibghah wal Inqilab? (Pencelupan dan perubahan total)
KESABARAN = usaha semaksima + seoptima mungkin!
Terkesima sebentar menonton trailer “Sang Murabbi, Mencari Spirit yang Hilang”. Tak perlulah sibuk-sibuk nak bezakan jemaah apa, jemaah apa… atau membahaskan jemaah apa-apa… Yang penting amal jamai’e untuk menghidupkan dan menyalakan obor Islam yang malap. Berdoalah untuk kejayaannya.Amin...
Wallahu a’laam bissowab.
0 comments:
Post a Comment