“Tut..tit..tut..tit…” handset berbunyi. Message received from Ct Muti’ah. Apa pula kali ni?
“Salam, ukhti. Tolong mesej ukhti Zinnirah. Beri kata-kata semangat motivasi. Tapi jangan mesej ke handset dia. Bateri kong. Mesej ke handset ukhti Shafiyyah. Bgtau To zinnirah…”
Oh, now it goes again. Aku tahu benar keadaan ukhti seorang ini. Kadangkala aku terasa ingin membantu, tapi apakan daya, kemampuanku terbatas. Penyakitnya semakin teruk. Tapi sampai bila dia ingin bersandar pada akhwat?
“Ukhti, sampai bila dirinya ingin bertahan dengan semangat akhwat? Kita perlu tekankan sentiasa, Allah yang memberi kekuatan pada semua. Ingatkan kami, ukhti…”
Terus aku tekan SEND. Kadangkala aku kurang senang dengan keberadaan sesetengah akhwat yang terlalu membuat pergantungan kepada manusia, esp akhwat. Contohnya, pergi tempat dekat minta akhwat hantakan. Boleh saja naik bas. Bila bosan, lepak bilik akhwat. Sepatutnya pergi bilik mad’u. Etc..etc. Kalau sekali sekala, tidak mengapa. Tapi jika berlarutan, ia boleh menjadi satu gejala yang membahayakan. Apa lagi tarbiyah ini sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Boleh jadi suatu hari nanti kita perlu berdakwah dalam kawasan yang di situ kitalah penggeraknya. No other akhwats. How could we survive in that conditions?
Sedang berfikir, datang lagi satu mesej.
“Ukhti, memang benar, kekuatan itu dari Allah. Tetapi tahap kekuatan sesorang itu tidak sama dengan yang lain. Tidak kira walau berapa lama usia tarbiyahnya. Inilah tarbiyah. Kekuatannya masih dalam pembinaan. Pernah ke anti bagi mesej motivasi padanya? Teruskan menghantar, ukhti. Jangan pernah jenuh…”
Aku baca sekali, terus tekan DELETE. Tak mampu baca banyak kali. Tapi kata-kata itu berbekas di hati. Aku teruskan berfikir..dan berfikir. Then terus mencapai buku Menuju Jama’atul Muslimin tulisan Hussein bin Muhammad bin Ali jabir M.A. Sambung bacaan yang tergendala. Tapi takpat concentrate. Kata-kata itu melekat di fikiran. Entah mengapa…
Petang tadi aku buka inbox handset dan terbaca mesej-mesej menarik. Aku ingin menghantar sesuatu pada ukhti Zinnirah. Huh, jarang aku forward mesej dari orang lain. Biasanya aku akan ambil dari buku-buku. Tapi tak mengapalah..
“Ketika ku mohon kekuatan, Allah berikanku kesulitan sehingga aku kuat..
Ketika aku mohon kebijaksanaan, Allah berikanku masalah untuk aku pecahkan…
Ketika aku mohon kesejahteraan, Allah berikanku akal untuk berfikir…
Ketika aku mohon keberanian, Allah berikan bahaya untuk aku atasi…
Ketika aku memerlukan cinta, Allah berikan ku orang bermasalah untuk aku tolong…
Ketika ku mohon bantuan, Allah berikanku kesempatan…
Ketika ku tak pernah menerima apa yang aku minta, aku menerima apa yang aku perlukan…
Jazakillahu ahsanal
Jaza’ di atas segala tarbiyah…”
Aku tekan SEND dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Kerna aku sebenarnya sedang menghantar mesej itu pada diri sendiri. Beberapa minit lepas tu, satu mesej masuk. From Zinnirah.
“Tapi kadangkala ana xmampu, ukhti. Tak mampu…”
Terkesima sebentar. Air mataku jatuh. Astaghfirullahal azhim. Berdosakah aku padamu ukhti? Ya Tuhan…berikan kami jalan keluar…
Aku perlu balas mesej ini!
“Duhai mujahidah Allah! Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Ketahuilah bahawa Dia menyayangimu di kala hatimu penuh dengan cintaNya… Terus kuat ukhti. Teruskan mujahadahmu! Moga Allah kabulkan doa kita semua. Ameen. QS 65:2,3”
Aku mengumpul kekuatan untuk menekan butang SEND. Aku menangis di situ juga, mengenangkan ukhti seorang ini. Dia seorang yang proaktif. Tsaqafahnya luas. Bahan bacaannya luas. Tapi pergerakannya terbatas kerana penyakitnya. Aku kagum dengannya. Sampaikan kami pernah berkumpul ramai-ramai bersolat hajat memohon semoga Allah mengurangi beban yang ditanggungnya.
Ya ukhti fillah, ketahuilah olehmu bahawa aku juga mencintaimu kerana Allah, walaupun tidak terlihat secara zahir, tapi yakinlah olehmu…Kami semua sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat. Dan ketahuilah olehmu, sabar itu akan mendatangkan nikmat yang lebih banyak di akhirat kelak. Doakanlah untuk itu, ukhti…doalah…
1 comments:
subhanallah..kagum
[speechless]
Post a Comment