Bismillahi walhamdulillah
Jauh sudah menjelajah. Dari celah bangunan tinggi KLCC hinggala ke ceruk kampong ‘native’ sana. Subhanallah, rupanya disebalik keperitan manusia menempuh kehidupan, Allah seringkali memberiku kesempatan untuk melihat dan merasai sendiri kebesaranNya. Namun seringkali juga diri ini lupa. Lupa dengan segala nikmat yang telah dukurniakan. Astaghfirullahal ‘azhim..
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim(14) :7)
Cuti-cuti ni, biasalah, ramai yang naik pelamin. Kini aku di rumak pakcik sebelah ibu di Johor. Kakak sepupuku yang paling rapat, Kak Jaja telah pun selamat dinikahkan petang tadi. Alhamdulillah. Terlihat senyuman manisnya sepanjang hari membuatkan hatiku turut berbunga, Mana taknya, inilah dia insan yang banyak berkongsi suka duka bersamaku waktu kecil-kecil dahulu. Tawanya, tawaku jua. Tangisku tangisnya jua, walaupun kami jarang bertemu. Doaku buatmu kakakku, semoga sentiasa berbahagia selalu di bawah lindungan dan rahmat Allah, amen.
Entah apa cerita ukhti Aini di Terengganu. Akhawat kental ini juga selamat dinikahkan jumaat lalu. Namun sayang, family priority tidak membernarkan aku bertandang ke rumahnya. Namun, aku yakin, janji Allah itu pasti buat hamba-hambaNya yang bertaqwa. Aku kenal suaminya. Ikhwah yang banyak berkorban harta demi dakwah. Namun bukan harta menjadi ukuran. Rupa paras jauh sekali. Iman dan taqwa yang dibaja sejak awal, pernikahan yang barakah yang tidak pernah secebis pun dikotori dengan maksiat2 hati sebelum bernikah… Subhanallah… Moga kalian dikurniakan Allah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.
Lucu pula diri bila asyik ditanya, “Kamu bila pula?”. Heheh, bukan sekali, dah berpuluh kali (beratus agaknya) soalan ditanya oleh orang yang berbeza ragamnya. Jawapanku simple je. “Kalau ditaqdirkan Allah ia datang, datanglah ia, insyaAllah. Jangan risau. Doakan saja”… (Tersenyum)
Di sekelilingku penuh dengan keluarga yang baru nak dibina. Anak-anak kecil 2-3 orang. Aku senang melihat mereka. Suci dari dosa. Ahli fitrah. Namun aku kurang senang melihat cara anak-anak itu dilayan dan diasuh oleh ibu bapa mereka. Silap sikit, ditegur dengan nada agak keras (sakit telinga aku). Mahu memperbaiki kesilapan anak itu dengan ancaman. Bahkan ibu dan ayah sama saja perangainya, dua-dua memberikan arahan. Padahal anak itu masih kecil, perlukan didikan sebaiknya. Seeloknya jika ayah memarahi, ibu menjadi pelembut/ tempat anak mengadu, atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka mencerahkan kembali perasaan yang keruh. Jika perasaan buruk dalam diri anak-anak itu berlarutan, ia akan merangsang pertumbuhan emosi yang tidak baik untuk kanak-kanak, bahkan mungkin akan menyebabkan kemurungan.
Anak-anak ini adalah amanah Allah. Maka kita sebagai ibu bapa (walaupun aku belum menjadi seorang ibu) harus sedar tanggungjawab yang dipikul. Bukan hanya tahu melahirkan. Didik anak-anak dengan sabar dan penuh kasih saying. Sebab kesabaran mendidik anak itu adalah suatu perasaan yang mahal, tak ramai orang memilikinya. Maka, hasilnya juga sangat mahal. Anak soleh yang berbakti untuk agama. Mana nak cari????!!!
Cuti ini memang penuh dengan pengalaman baru. Hasil program-program under syarikat motivasi, maka aku ditugaskan membuat ‘follow up’ adik2 sekolah yang melanjutkan pelajaran di negeriku. Subhanallah, aku dapat lihat perubahan dan hasil ketara yang mereka tunjukkan. Maka jiwa-jiwa ini harus sentiasa dibaja dengan iman yang kukuh dengan akidah yang lurus agar kesinambungan dakwah di bumi ini akan terus mekar mewangi, Ya Allah, lindungilah jiwa-jiwa ini dari kemaksiatan dan berilah mereka kekuatan untuk terus istiqomah di jalanMu, amen…
Aku ingin sekali berkongsi pengalaman sepanjang aku menjalani Latihan Industri di Petaling Jaya. Banyak pengalaman baru yang meilibatkan masyarakat luar dan non-muslim yang sedikit merubah pemikiranku yang agak ke’katak bawah gelas’an sebelum ini. Aku belajar menerima bagaimana sebenarnya masyarakat berfikir dan bertindak, cara berinteraksi dengan mereka dan bagaimana menyentuh hati mereka. Sebelum ni hanya tahu masyarakat belia saja. Maka kali ni, Alhamdulillah, persekitaran baru yang mematangkan pemikiranku. Subhanallah.
Tapi insyaAllah, lain kalilah.. Belum ada ‘feel’ nak bercerita.. (Maaf ye).
Cukuplah sampai sini. Nak prepare untuk LQ on9 esok.
Wallahu a’laam.
Wassalam.
Kolam hiasan
6 years ago
1 comments:
salam ziarah k.izyati..
sihat?
seronok kan dpt menjelajah.
dpt ilmu baru,
tahu budaya baru,
ragam manusia yg terlalu byk n berbeza,
mcm2lah..
harap2nya da'wah kita pun macam tu kan.
dpt tambah thaqafah org,
dpt rekrut lebih ramai daie,
dpt apa lg?
byk lah..
insyaAllah.
tp kita kena kerja kuat lah kan?
Post a Comment