Bismillahi Walhamdulillah...
Assalamualaikum wbt...
Baru tadi Ukhti Ct Muti'ah bawak masuk Rumaisa' dari taska. Baby comel berusia 2 bulan lebih yang suka bersembang. Mudah terjaga daripada tidur... huhuh
Tadi lepas berbincang tntg prog dengan ukhti Muti'ah, aku mengambil Rumaisa' dari dukungannya. Subhanallah... anak comel ni begitu mengisi hati. Aku bawa nya ke tepi tingkat untuk menghirup udara petang. Dia tenang melihat jalan tar berturap di hadapan rumah yang dikelilingi pokok2 hijau. Mendamaikan..
Ah, bila dia mula merengek tidak selesa (cuaca panas) aku buka kipas dan meletakkannya di ribaku. Ku dodoikannya dengan nasyid syahadah. Sungguh comel melihat dia ketawa menampakkan barisan gusinya yang belumpun tumbuh sebarang gigi. Sepanjang aku membuaikannya di ribaku, aku nyanyikan nasyid syahada, dia seolah-olah ikut menyanyi sekali sambil ketawa. Hhehehe...subhanallah... senyumannya membuat aku terlupa tntg semua kepeningan kerja coursework yang perlu disiapkan segera. Subhanallah.
Lama-kelamaan, matanya semain menutup. Haha, comelnya. Lenguh jugakla kaki aku ni. Bila yakin dia dah tidur, aku alihkannya di atas sejadah bersama bantal kecilnya.
Teringat abangnya Rumaisa', si Abbas Syakir yang sungguh lasak. Waktu kecilnya, aku suka bawak dia tgk laut bila ada kesempatan. Kalo nampak laut, dia akan berhenti merengek.
Subhanallah, betapa indah ciptaan Allah ini. Moga Ruhul Syahidah, Abbas Syakir dan Rumaisa' Syahidah amah membesar menjadi bintang mujahidah yang kuat berbakti untuk Allah, ameen.
Sayang antum kerana Allah =)
Kolam hiasan
6 years ago
0 comments:
Post a Comment