Bismillahi Walhamdulillah...
Siap Lab report Hedonic Test kelmarin untuk Sensory Evaluation... barulah rasa tenteram sket. Hari-hari yang memeningkan kepala sudah berlalu, alhamdulillah. Lepas ni kena tumpu untuk final year projek dan juga projek sensori Dr. Nurul. Long way to go... (argh...kena korbankan cuti mid sem nampaknya. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini...)
Allah akan menguji seorang hamba tepat pada titik lemahnya dan juga untuk menguji keimanan hamba-hambaNya.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman', dan mereka tidak diuji? Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta..." (Surah Al-Ankabut, 29:2-3)
Beberapa hari ini, aku didatangi akhawat yang Allah uji keimanannya. Sabarlah wahai ukhti. Yakinlah Allah bersamamu pada setiap detik. Jgn cepat putus asa dari rahmatNya. Ujian itu tanda sayang Allah padamu ukhti.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran..." ( Surah Al-Baqarah,2 : 186)
Buat Ukhti A, tetaplah mohon pertolongan Allah. urusan ajal, jodoh, takdir yang baik & takdir yang buruk telah Allah tetapkan sejak azali lagi (Hadis ke 4 Matan Arbaien). Teruskan munajat, istikharahmu pada Sang Pencipta. Boleh jadi apa yang dirimu suka itu tidak baik bagimu, apa yang dibenci dirimu baik untukmu (QS 2:216). Moga Dia memberimu yang terbaik. Jika dilanda kegusaran, ingatlah insan2 lain yang Allah uji lebih hebat daripada apa yang dikau alami. Ukhti sayang, sabar ya...
Buat Ukhti R, jgn berputus asa menghadapi kehidupan. Kesempitan yang Allah uji buat dirimu perlu dihadapi dengan lebih tabah. Aku kagum dengan kekuatanmu. Moga kekuatan itu kau gunakan untuk terus maju dalam kehidupan, tidak kira dlm dakwah, akademik, kehidupan mahupun rumahtangga. Jadilah seperti makna namamu.Berjalan di padang pasir yang tandus dengan penat lelah, tapi bila sampai destinasi, tetap tersenyum manis.Terus berusaha ukhti sayang.. (ehem, roti yang anti tinggalkan kat bilik ana ni dah berkulat. Bila nak kasi ikan makan? =P )
Buat Ukhti I, tetap tsabat dengan jalan dakwah yang diterajui para Nabi dan Rasul, yang dicintai para sahabat nabi dan penghuni syurga. Gunakan kelebihan dirimu untuk terus menarik manusia mendekati Islam yang sebenarnya. Pengalaman masa lalu bersama beberapa saf dakwah perlu dirimu pergunakan sebaiknya untk menjadikan dirimu insan cemerlang, yang menjadi lilin menerangi bilik yang gelap. Aku mencintaimu kerana Allah ya ukhti... [Kita buat master sama-sama ya, InsyaAllah =) ]
Buat Ukhti H, tetaplah bersabar dengan ujian dakwah. Cercaan manusia dan 'usikan' yang Allah timpakan buatmu perlu dijadikan pedoman untuk bermuhasabah diri, menjadi da'ie yang paling baik akhlaqnya. Jadilah da'ie berprofil pokok kurma. Sentiasa memberikan buah terbaik. Hatta dibaling batu sekalipun, tetap memberikan buah yang terbaik. Mari kita soroti contoh-contoh sikap Rasulullah SAW dan para sahabat apabila mendapat cercaan dan ugutan dari musuh-musuh Allah. Moga ujian ini membuat kita lebih matang dan sabar dalam berdakwah.
Juga buat ukhti lain yang tak berkesempatan untuk diri ini bersamamu. Tetap teguh di kala insan lain dilalaikan hati-hati mereka. Renungi hakikat "Ma'iyyatullah" dlm diri kalian. Dalam setiap penciptaanNya itu terselindung seribu hikmah. Kita sama-sama tadabbur ya...
"Sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tntg penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka..." (Surah Ali-Imran,3: 190-191)
Tidak lupa buat diri sendiri yang sentiasa alpa... MasyaAllah, Allah memudahkan urusanku dan Allah timpakan ujian dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Subhanallah... Maha Adil Sang Pencipta. Tidak pernah membiarkan hamba-hambaNya lalai dalam kesenangan. Dan ujian itu membuat aku lebih berhati-hati dalam bergaul, terutama apabila melibatkan projek-projek yang membawa carry marks untuk final nanti.
Muhasabah diri untuk jadi insan paling baik. Moga-moga Allah melayakkan kita untuk mengecapinya, insyaAllah...
Ameen ya rabbal Alamin.
Wassalam
Kolam hiasan
6 years ago
3 comments:
ukhti..bila nak tulis kata2 khusus u ana plak,huhu
nak jugak..........(=
salam,
maaflah, antuma ni lupa tulis nama ke.ana tak tau, tapi mcm kenal.hehe, insyaAllah..doa-doa buat kalian sentiasa mengalir. Semoga Allah memberkahi ukhuwwah imaniyah ini, ameen.
Doakan untuk ana juga ya.. =)
Post a Comment