Assalamualaikum wbt.
Masih terasa letihnya memandu dari Sg.Buloh ke Tampin. Semalam lagi best. Memandu straight dari Tampin ke Lumut. Namun, Alhamdulillah atas belas kasihan Allah padaku dan ahli keluargaku, kami selamat sampai rumah.
KLD Tunas Samudera is back! Alhamdulillah misi pelayaran TLDM buat julung kalinya mengelilingi dunia berakhir semalam apabila kapal layar tersebut mendarat di Pelabuhan Kelang. Abangku juga merupakan salah seorang drpd krew yg terlibat dalam pelayaran tersebut. I'm proud of him.
Aku terfikir dan sentiasa terlintas di benak... Mungkin dia bukan seperti tentera Islam dahulu, apalagi mempunyai semangat jihad melawan musuh Allah seperti Salahuddin Al-Ayyubi. Tapi as long as dia berbakti untuk negara ini dan menjamin keselamatan penduduk Islam dan dua't di Malaysia ini, bagiku itu sudah cukup memadai mengikut kemampuan dia.
Dan aku selalu mendoakan agar dia menerima hidayah Allah selalu, seperti yg pernah dia kecapi waktu awal2 dia masuk sekolah agama dahulu. Bila balik dari asrama, dia akan bercerita macam2. Tentang membuat kebaikan, malam lailatul qadar, ajak adik2 pi surau, selalu ingatkan spy solat di awal waktu, selalu kenakan kopiah walaupun berada dalam rumah. Aku rindu dia yang itu.. dan akan tetap menanti dan berusaha sehingga waktu spt itu wujud semula... Ya Allah, kabulkanlah. Ameen..
"Wahai org2 yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras..." (Surah At-Tahrim,66:6)
Today was such an exciting day. Well, I had the oppurtunity to see all the big ships and helicopters that are used for war in front of my eyes. Subhanallah. I got the chance to be inside the ship and see what's in. Nothing much, but for me, i got the real expression of feeling on how my brother and other TLDM crew live inside the ship. That's not easy man!
Huhu...terbayang kisah silam, peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah dan juga yang berlaku selepasnya. Aku terbaca kisah perang Hunain dlm Kitab Tafsir Ibn Katsir. Jumlah mereka yang ramai tidak memberi jaminan bahawa mereka akan menang. Boleh rujuk tafsir Surah At-Taubah ayat 25-27. Perang Hunain terjadi selepas peristiwa "fathul Makkah". Ada pihak yang kurang berpuas hati dengan penaklukan tersebut, antaranya kelompok dari suku Hawazin, Tsaqif, bani Jasyam, Banu Sa'ad bin Baker dan Bani Hilal, Bani Amer. Mereka berencana menyerang kaum Muslimin dan telah bergerak ke Mekah dengan kelengkapan yg cukup dan tentera yg ramai, termasuk wanita dan binatang ternak. Kaum Muslimin pula waktu itu dipimpin oleh Rasulullah bersama 10 000 pasukannya. Ramai tu, kalau nak banding dgn bilgn tentera perang sebelumnya (Badar 315, Uhud 1000, etc).
Apabila kaum Muslimin turun ke lembah Hunain, mereka dihujani dengan panah dan barisan yg mendadak menyerbu tengah-tengah pasukan Muslimin. Mereka tidak bersedia untuk itu. Serangan mendadak itu berkesan mencerai-beraikan Muslimin dan ramai antara mereka lari ke belakang. Hanya tinggal Rasulullah dan beberapa org sahabat yang bertahan. Antaranya Abu Sufyan bin Al-Harits, Al-Abbas bin Abd Mutalib (bapa saudara Rasulullah), Ali, Abu Fadhl bin Abbas, Abu Bakar, Umar, Aiman bin Ummi Aiman, Usamah bin Zaid dan lain-lain. Mereka berseru orang2 itu supaya kembali. Pada msa ni, Rasulullah suruh bapa saudaranya Al-Abbas yang terkenal memiliki suara keras supaya menyeru mereka kembali. Seruan tersebut mendapat respon 'Labbaika-labbbaik!', maka berkumpullah mereka mengelilingi Rasulullah SAW.
Sesudah itu, Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu dibaca " Tepatilah apa yg Engkau janjikan padaku..." lantas dilempar ke pihak musuh. Maka tentera musuh tersebut telah diganggu penglihatan dan mulut mereka dgn debu pasir dan teralih perhatian meraka. Pasukan Muslimin tidak mensia-siakan kesempatan baik tersebut dan membalas serangan mereka. Ramai yg lari tunggang langgang dikejar oleh pasukan muslimin, dibunuh apa yg boleh dibunuh dan ditawan apa yg boleh ditawan.
Aku tertarik dengan beberapa ibrah dari riwayat dari para sahabat bawah ini.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Al-Barra' bin Azib bahawa seseorg bertanya kepada Abu 'Umarah (sahabat yg hadir masa perang tersebut), "Apakah kamu lari meninggalkan Rasulullah dlm perang Hunain?"
Ia menjawab, "Akan tetapi Rasulullah SAW tetap bertahan dan tidak lari. Org2 dari suku Hawazin iu itu pemanah-pemanah yang hebat. Mereka pada mulanya mundur apabila kami mengadakan serangan, tetapi tatkala org2 kami sibuk mengumpul ghanimah, kami dikejutkan oleh Hawazin dengan panah-panahnya berjatuhan di tgh2 barisan dan sempat mengacau, mencerai-beraikan anggota pasukan sehingga sebahagian besarnya lari meninggalkan Rasulullah. Baginda hana dengan beberapa org sahabat sahaja, sungguh menakjubkan sikap berani yg ditunjukkan oleh Rasulullah sbg pemimpin pasukan, betapa beliau tetap tegak di atas unta tunggangan disertai kurg dari 100 org sahabatnya. Inilah cth dari sikap tawakal kepada Allah dan iman serta kepercayaan yg teguh bahawa akan dtg pertolongan Allah yg dijanjikan kpd RasulNya, agar dpt menyempurnakan risalahNya sbg penutup Rasul, pembawa agama Allah yg terakhir." Demikian jawab Abu 'Umarah.
Diriwayatkan oleh Said bin Assa'ib dari ayahnya yg mendengar Yasid bin 'Amir Assawa'ie, seorg yg turut mengambil bahagian dlm perang Hunain di pihak kaum musyrikin, yang kemudiannya memeluk Islam. Apabila ditanya tentang rasa takut yg dimasukkan Allah dlm hati mereka, ia mengambil seketul batu lalu dilemparkan ke dalam sebuah baskom seraya berkata, "Semacam suara inilah yg kami rasakan dlm hati kami..."
Aku teringat peristiwa yg berlaku semasa exam week 2 minggu lalu. Tatkala itu aku sedang demam exam, killer paper, Operation Unit I yg banyak kira-kira dan Instrumental Food Analysis yang banyak kena hafal n tahu fakta penting (takla killing sgt pun). Seperti biasa, jika melalui waktu2 mencabar, aku minta doa dari org2 soleh, seperti akhwat tersayang. Kali ini lain jawapannya. Aku sangat menghargainya. Jazakillah ukhti atas ingatan.
"Buang mindset killer paper. Jangan takut pada paper." Serta merta kisah viva nya yg pernah diceritakan padaku menyingkap tabir minda ketika itu. Sewaktu mahu mula viva (presentation Final Year Project), first step hilangkan rasa gemuruh, dia istighfar kepada Allah, takut hanya kepada Allah, bukan kepada penyelia viva, atau penaya soalan, walaupun ketika itu perasaanya sangat mendebarkan. Nanti jika tiba masanya, antum beritahu aku apa perasaannya. TAKUT & BERHARAP hanya pada Allah!
Semoga Bermanfaat. InsyaAllah
Wallahu a'laam.
1 comments:
best kan.. i tak dpt peluang lg tgk live.. even one of the naval pilot yg bawa heli tu is my hubby!~
Post a Comment