Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 23, 2008

Tepuk Bahu untuk Solat Jemaah?

Assalamualaikum wbt.
Di bawah ini adahal hasil scroll down dari web www.al-ahkam.net. Jawapan saya tidak punya dalil, jadi saya try mencarinya dlm web yg arif.Moga bermanfaat...

Soalan 1


Salam,

Ada kemusykilan.

1- Kalau imam rukuk, adakah makmum yang ingin masbuk perlu baca sesuatu sebelum takbir untuk rukuk. Maksud sesuatu ialah sebahagian al-fatihah.

Atau Takbir->Takbir nak rukuk->rukuk dengan tomakninah

2- Kalau imam pada fasa bukan rukuk (tahiyat, duduk antara 2 sujud), adakah kes yang sama(baca sebahagian al-Fatihah)? Atau terus rukuk.

-tak pernah check daleel perkara ni ,tapi dah terlintas jadi confuse pulak.

Jawapan Abu Umair,panel fiqh Al-Ahkam.net

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد



Dalilnya: Hadis kisah Abu Bakrah yang masuk bersolat ketika Nabi sedang rukuk. Lalu dia terus rukuk dan berjalan memasuki saf dalam keadaan rukuk. Selepas selesai solat, Nabi SAW tidak mengarahkan beliau mengulangi rakaat yang dia tidak sempat membaca Fatihah. (Rujuk kisah ini dalam Sahih Bukhari (no: 750).

2- Situasi kedua ini sama seperti kes di atas, malahan lebih aula daripada kes di atas. Maka tidak perlu membaca apa2 selepas takbiratul ihram. Cuma bezanya: dalam kes sempat dengan rukuk, si makmum masbuk dikira sempat dengan rakaat tersebut. Manakala dalam kes sempat dengan iktidal, sujud dll, makmum masbuk tidak dikira mendapat rakaat tersebut. Dia hanya wajib mengikuti perbuatan imam. (Majmuk 4/216)

Wallahu A'lam. 1- Makmum masbuk seperti ini hanya perlu takbiratul Ihram, kemudian takbir rukuk dan rukuk bersama-sama dengan imam. Tidak wajib membaca Fatihah sebelum rukuk itu. Kerana bacaan Fatihah adalah tugasan semasa qiyam. Jika qiyam sudah tidak wajib, maka Fatihah juga sudah tidak wajib.



Soalan 2

masa solat jamaah baru2 ni, saf pertama penuh kiri ke kanan hingga ke dinding masjid. sy berada di hujung sebelah kanan. ada sorang hamba Allah ni masbuk dtg pd rakaat ke2, dia cuit bahu saya,mintak sy ke belakang teman dia dlm saf.

nak undur ke x ni... ? undur nampak mcm pelik, tp penah dengar ustaz ngajar pasal ni. tp x bapa pasti caranya. tengah2 dok konfius tu, baca fatihan pun habis, imam pun rukuk. terus jelah smpai tahiyat akhir.

apakah sy bersalah?
apakah pahala jamaah masbuq tadi kurang sbb solat sorang satu saf diblkg?
ada sorg ustaz lg cakap, jgn kacau org masa solat. just takbir aje dekat dia, untuk ambik dia sbgai imam. cuit2 bahu tu mengganggu kekushukan org masa solat. ada yg siap tepuk n garu bahu sekali. mau x teperanjat
saf ni, bukan kena mula dr tengah blkg imam ker?


Jawapan oleh Abu Umair, panel fiqh Al-Ahkam.net

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد



HUKUM MENARIK ORANG KE BELAKANG;
apabila seorang masuk masjid dan didapati saf telah penuh, dan tiada org lain untuk dibuat saf baru, ada pendapat mengatakan sunat menarik seorang dari saf dan bersembahyang bersamanya.
pendapat ini berdalil hadis:

"Apabila datang salah seorang kamu, dan tidak mendapati ruang kosong, dan tidak mendapati org lain (unt membuat saf baru), maka hendaklah dia tarik seseorang, dan bersembahyang bersamanya. alangkah besarnya pahala orang yg ditarik itu".
Tetapi di sisi ulama, dan muhddithin hadis ini adalah DHAIF.

maka pendapat yang sahih, TIDAK BOLEH menarik orang lain ke belakang, kerana tiada dalil sahih tentang perkara ini. Tambahan lagi, ia menyebabkan:
1) mengubah tempat orang lain dari tempat yg afdhal kepada tempat yg kurang afdhal.
2) mengganggu solat orang yg ditarik itu.
3) menyebabkan berlaku kekosongan dalam saf tersebut. Ditakuti ia termasuk perbuatan memutuskan saf yg dilarang dlm hadis.
4) mengganggu orang2 lain dalam saf itu kerana mereka terpaksa beranjak-anjak unt memenuhi ruang kosong itu.

(jangan jadi macam dalam video ini: http://www.youtube.com/watch?v=hqkczXuNz-4 )

Jadi, apa yang perlu dilakukan?
jawapan: Bersembahyanglah berseorang di belakang saf. walaupun terdapat hadis2 sahih melarang bersembahyang di belakang saf, tetapi dalam keadaan uzur seperti ini, dikecualikan daripada umum larangan itu. sebagaimana jika seorang perempuan bersembahyang di belakang saf lelaki, sah sembahyangnya dengan ijmak, kerana ia terkecuali daripada umum larangan itu.

Soalan: Apa kata kalau dia tidak menarik orang ke belakang, dan tidak pula bersembahyang berseorangan, sebaliknya menunggu ada orang lain datang.
jawapan: Tidak digalakkan juga demikian, kerana ia memungkinkan terluputnya rakaat. dan mungkin boleh terluputnya solat jemaah.


Soalan 3

Assalamu'alikum..
minta pertolongan..saya telah menghadiri satu usrah yg menyatakan menepuk bahu imam itu adalah tidak dibenarkan sebenarnya..boleh jatuh haram sbb ganggu si imam bersembahyang..sunnah yg nabi buat,berdiri tanpa bg apa2 isyarat..
oleh kerana itu,saya telah merujuk al-ahkam punyer fail2 solat dan terjumpa satu pertanyaan yg hampir sama ngan pertanyaan saya..menurut jawapan thtl..boleh tepuk atau kuatkan suara ketika bertakbir dibolehkan sbb takder dalil..ibn abbas penah berdiri solat sebelah nabi tanpa bg apa2 isyarat..

permintaan saya,bolehkah diterangkan lagi ttg hal ini?ini kerana member2 usrah sumer agak konpius sbb yg bg pengetahuan baru tu pun tak bagi dalil..skrg,nak stat jemaa'ah pun konpius..'bedosaker aku tepuk mamat depan ni?'

Jawapan oleh THTL, panel fiqh A-ahkam.net

Wassalam

الجواب
alJawab:

Kami tak mampu menerangkan hukum halal/haram dalam isu cuit bahu Imam bagi yang masbuk total (maksud masbuk total ialah mereka yang mendapati Imam resmi sudahpun menamatkan solat jama'ah) yang hanya menemui orang lain yg sedang solat secara bersendirian di sana sini dalam ruang mesjid. kemungkinan makumum tsb sedang solat sunat.

Hukum cuit bahu imam ni tak ada dalam kitab-kitab besar. Maka atas dasar apa si fulan tu kata haram. sebab halal/haram ni memerlukan nas yang tegas (qat'iy), cthnya: " janganlah engkau menepuk bahu Imam jika engkau masbuk"...kalau ada larangan semacam tu, barulah hukumnya haram.

Adapun dalil yang ada ialah para sahabat jika ingin berImamkan RasuluLlah saw mereka hanya berdiri di tepi kamar baginda di mesjid Nabawi ketika bulan Ramadhan. solat tu dikenali kemudian dengan solat tarawih. Ibn Abbas pun pernah datang menemui RasuluLlah saw di rumahnya dan dia mendapati Nabi SAW sedang solat, lalu baginda solat di sisi RasuluLlah saw tanpa cuit bahu baginda.

Saya agak ini cuma uruf (dat) Melayu yang terkenal dengan budibahasanya, maka tepuk bahu Imam itu bermaksud (mungkin) minta keizinan supaya sudi menjadi Imam kepadanya.

Jadi hukumnya tidak dapat kita pastikan tapi sebaiknya kita tidak berbuat demikian tapi taklah sampai haram kalau rata-rata orang Melayu melakukannya. Kemungkinan ada dalam kitab-kitab madzhab yang saya tidak menemuinya. Mungkin masyaikh lain boleh membantu (khasnya syaikh kamin dan alitantawi atau syaikh sifoo kerana ia mungkin diajar di pondok.



sumber carian:

http://al-ahkam.net/home/index.php




p/s: untuk ukhti pytia-pila daurah fiqh.pape yg hangpa dapat, bitau kat cheq na.nije yg mampu cheq carik. WA

1 comments:

Anonymous said...

terima kasih, saya sudah tua dan baru berjinak dalam sembahyang. ini sangat membantu. insyaAllah.

 

Text