Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 19, 2008

Iman oh Iman...

Assalamualaikum wbt.


Bagaimanakah iman anda hari ini?

Malam tadi solat tahajjud ?

Hari ni dah habiskan 1 juz tilawah?

Pagi tadi solat Dhuha tak?

Sampai malam ni, istighfar dah sampai 100x?

Ma'tsurat dah habis baca?


Subhanallah, wahai sahabat sekalian. Setiap hari Allah beri kita waktu untuk bermuhasabah dan meningkatkan iman kepadaNya. Mungkin iman kita tak semantap para mujahidin Palestin@ Afghan, or Umar Tilmisani, or Hassan Al-Banna, or para sahabat, malah jauh nak capai tingkat iman Rasululullah SAW.

Tetapi, fikirlah. Adakah kita telah gunakan masa kita sehari untuk melakukan yang terbaik untuk kebaikan kita sendiri? Susahkah untuk beramal? Susahkah tinggalkan sebentar kebahagiaan hawa nafsu untuk kebahagiaan abadi di akhirat kelak?

"Dan barangsiapa berjihad bersungguh-sungguh di jalan agama Kami, sungguh-sungguh benar akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Dan Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat baik..." (Al-Ankabut,29:69)

Syaikh Sa'id Hawwa menulis dalam kitabnya, Jalan Ruhani bahawa hidayah Allah tu akan diperoleh apabila seseorang menempuh jalan mujahadah. Mujahadah untuk meraih redha Allah.

Abdullah Nashih Ulwan dalam Tarbiyah Ruhiyah menegaskan bahawa salah satu jalan menuju Taqwa ialah melalui mujahadah, bersungguh-sungguh mengoptimalkan potensi.

Jadi, apa ditunggu lagi? Tinggalkanlah berkeluh-kesah.. Hentikanlah kekesalan terhadap diri sendiri setiap kali!.. Sudahlah.. jangan berlengah lagi. Berbuatlah sesuatu untuk agama yang dicintai.Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirlah demi agama yang dicintai.Ayuh!!!

Coretan rasa sempena musim exam. Alhamdulillah, Allah sentiasa beri peluang untuk berbuat kebaikan, memperbetuli kesilapan. Dan Dia sentiasa beri kemudahan dalam urusan. Bersyukurlah. Konsep ibadah...meminta dan mengharap hanya pada Dia.Walau sebesar mana dosa, walau sebanyak mana palitan maksiat dan titik hitam dalam hati...kembalilah pada Dia. Dia sentiasa bersama kita,lebih dekat dari urat leher kita sendiri!

Firman Allah,

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Qaf,50:16)

Sempena cuti sem ini, perbaharui niat pulang ke kampung. Ambil peluang berbakti pada orang tua, jadi anak soleh+solehah. Jangan culas2 buat kebaikan. Moga amal kita yang ikhlas kita itulah yang dipandang Allah, yang akan menyelamatkan kita dari azab neraka. Sentiasa perbaharui iman, tingkat kualiti ibadah. Janganlah kita dilalaikan dengan perkara-perkara yang sia-sia. Jadilah umat terbaik...

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik ang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." (Ali-Imran,3:110)

Wallahu a'laam

0 comments:

 

Text